Followers

30 Jun 2010

Jun 30, 2010 - No comments

D.I.Y Special Bullet List

Korang teringin tak nak letak bullet list yang boleh tukar tukar bila gerakkan mouse kat dia cam aku punya ni,senang je kalau nak buat.Kali ni aku akan menerangkan dengan sangat jelas sebab benda alah ni pun memang senang je kalau nak buat tak caya cubala,kalau takut apa apa jadi,backup template anda dengan log in ke dashboard->design->edit html, dan download full template.Ok,dah,mari kita mulakan pembelajaran kita,dah lama tak menulis tutorial ni.

Oops lupa plak,sebelum korang mula,mesti kasi korang tengok apa yang bakal korang buat,ni dia,bullet list yang cantik.

  • Follow me
  • Nuff me
  • Comment me

Tugas korang senang je,gi kat design->edit html,lepas tu tekan Ctrl F,nanti dia keluar find,cari kod ni:



Ok,pastu kat atas kod tu,korang copy and paste je kod yang biru ni:

.post ul {list-style:none;

}

.post ul li {
line-height: 1.4em;
background: transparent url(http://3.bp.blogspot.com/_7wsQzULWIwo/SuOQQiLH43I/AAAAAAAACH4/FBUdi0H2EEo/s400/265.gif) no-repeat scroll 0px 4px;
margin: 0.3em 0;
padding: 0 0 0.8em 20px;
}

.post ul li:hover {
background: transparent url(http://4.bp.blogspot.com/_7wsQzULWIwo/SuOQQ5UHawI/AAAAAAAACIA/7tgVDjU40qc/s400/261.gif) no-repeat scroll 0px 4px;

}



Save template.DAH SIAP!!Cuba test tulis sebuah pos,dan gi kat compose,buat bullet list anda untuk melihat hasilnya.

Jun 30, 2010 - 2 comments

Portugal Bungkus


CR7 pudar pada perlawanan menentang Spain

Huhu,pasukan pilihan aku dah kalah.Sanggup aku bersengkang mata pukul 2.30pagi semata-mata nak tengok Portugal lawan Spain,game best tu,mana boleh miss.Sepanyol,yang macam gabungan Barcelona dan Real Madrid,adala gak sikit dari kelab lain mula menyerang ngan ganas dari awal babak pertama lagi,pergh,sayang Torres cam dah tumpul sikit.Dua bekas coach Real Madrid bertanding kepintaran strategi.Cristiano Ronaldo,kapten Portugal yang merupakan bintang termahal dunia Real Madrid mencuba trademark free kicknya ke atas teammatenya di Real,Casillas,kapten dan goalkeeper Spain,hu banyak sangat pemain Real Madrid.Dan pada masa kedua, jaringan gol datang dari pemain Barcelona,David Villa.1-0,Portugal Bungkus.Ok,aku sokong Spain plak lepas ni,haha.Tapi kelakar betul waktu tv tunjuk masa Casillas gerakkan mulut dia,siap ada replay dan waktu TV tunjuk Xavi tersenyum kat kamera,haha.Sergio Ramos,bek kiri Real main ngan sangat baik,tapi nanti kalau Maicon(bek kiri Brazil)masuk Real,adakah dia akan menjadi centre back,sebab tengok game ni,Ramos ni bahaya bila naik atas.Cristiano Ronaldo plak cam tak berapa menyerlah dalam game ni,jadi aku pudarkan gambar dia haha.

29 Jun 2010

Jun 29, 2010 - 8 comments

Ninja Lagu Pada Blog



Aku dah letak lagu kat blog ni,lagu Justin Bieber.Gi kat ninja kat bawah shoutbox tu,ninja tu memang suka menyanyi haha,klik la play,nanti kepala ninja tu pun ikut goyang,layan la tu hehe.Ok,aku tak set lagu ni auto start,tapi aku buat dia auto loop,maknanya ninja tu takkan menyanyi kalau tak klik play,dan bila klik play,dia akan terus menyanyi,dan tekan stop klau korang dah tak nak dengar ninja tu memekak lagi.Ok tu jela,aku nak beritahu,enjoy^^

28 Jun 2010

Jun 28, 2010 - 4 comments

Picture:Cat With Laptop





Selama ini kita menyangka bahawa yang datang blogwalking ke blog kita adalah manusia-manusia yang bergelar para blogger,tapi nyatalah kita telah tersilap,sebenarnya ada makhluk lain yang turut berdaftar dengan blogspot dan melakukan blogwalking bersama,jadi usah biarkan hidup anda diselubungi misteri dan marilah bersama melihat gambar ini untuk menyaksikan sendiri bagaimana makhluk ini telah menyaingi kemajuan teknologi kita,dan ditambah dengan kecomelan mereka,menjadikan merela lebih merbahaya haha



Fuyoo,gambar panas tu,seksinya kucing luar negara

Camna,nak spamkan blog Zamzameer ni....

Nuff untuk blog Aideal Fitri!

Jun 28, 2010 - 2 comments

Komen dengan Emotikon

Yup,hari ni,aku dah tambah emotikon plak kat blog aku.Selalunya kalau korang komen mesti camni kan :),tapi kali ni korang komen kat sini guna emoticon yang aku letak kat bawah ni.Ini supaya menarik minat korang utk komen kat sini,dan korang pnya gambar gak boleh diletakkan,haha,apalagi komenla,penat aku buat huhu

27 Jun 2010

Jun 27, 2010 - No comments

Blog aku dalam proses evolusi

Bagi korang yang pernah datang blog aku sebelum ni,mesti pelik ngan bentuk blog aku yang baru ni,haha,bukan apa,aku nak test pakai tiga layout plak.Okla,untuk blog yang ni beberapa tambahan telah aku buat,antaranya korang bukan saja boleh tukar saiz teks malah korang boleh pilih jenis font,cuba test^^ dan mungkin ada beberapa font lagi yang akan aku tambah.Ok selain tu,tak banyak beza pun fanction dia ngan yang dulu,korang still boleh ubah background.Dan menu pun turut aku ubah kepada dropdown menu,cantik tak,tapi aku masih tak tahu nak letak apa.Ok,beberapa tambahan lagi menyusul kemudian,ni baru 20% siap.Ok,selain tu,aku harap korang bolehla membantu aku ngan memberi cadangan yang bernas untuk blog aku ni,dan aku dah cuba buat blog ni loading dia lebih pantas sedikit berbanding yang sebelumnya.Ok,sebarang masalah atau pertanyaan amat dihargai.

26 Jun 2010

Jun 26, 2010 - 2 comments

Brazil,Portugal Seri

Haha,terrer aku teka,Brazil ngan Portugal mesti seri punya,kalau korang tak caya,cuba korang check entri ni,aku siap dah tulis yang Brazil ngan Portugal seri.Brazil ngan Portugal lebih kurang cam sedara mara je,malah bahasa rasmi Brazil adalah bahasa Portugis dan Portugal turut dikenali sebagai Brazil Eropah,sebab corak permainan diorang sama.Ok Mel,kau punya pasukan pilihan Brazil layak,aku punya pasukan pilihan Portugal pun layak,dak Zam punya pasukan Afrika Selatan dah lama out haha.

25 Jun 2010

23 Jun 2010

Jun 23, 2010 - No comments

Lawak Bangang!!!!!!!!!!

Ada 2 ekor cicak di atas dinding, seekor telah di lastik oleh seorang budak lalu terjatuh...... tetapi, kenapa tiba-tiba je, cicak yang seekor tu pulak jatuh????? Sebab dia bertepuk tangan, lalu terjatuh lah kerana tak melekat kat dinding tu lagi...

adik tengok buaya berdiri ke merangkak? tentulah merangkak. kesiannya adik kena merangkak nak tengok buaya.... ????????

Ali: Ada satu Siti ni, banyak betul duit dia. cuba ko teka? Abu: Ala...Siti Nurhaliza. Ali: Salah. Abu: Abis tu sapa? Ali: Citibank.

Lumrah hidup, masa perlu tiada siapa disisi, masa kau perlu tiada siapa disisi, masa engkau sedih tiada org prihatin, masa engkau jatuh tiada siapa tolong tapi bila engkau kentut(buang angin) semua orang pandang.

kenapa cicak jatuh dari atas? sebabnya dia tepuk tangan............????

Kojek : Kajol..U selalu isi minyak kat mane.?
Kajol : Dekat Petronas, kenape.?
Kojek : Bukan kat tangki ke.?*hehehe*
Kajol : **&%&(*(?>#!..

kenapa kayu balak kena ditebang hah,,,,,,, sebab dia tak boleh dicabut, kalau boleh takyah tebanglah kan.

"Kenapa Superman pakai baju ketat??? Jawapanya : Sebabnya dia pakai baju sais "S" Ha...ha....ha lawak tak......

mengapakah penumpang teksi tidak membayar duit dahulu jawapan:kerana duit dahulu manalah laku

Ahmad, Abu dan Atan berpayung di bawah satu payung yang sangat kecil. Tapi mengapa mereka tak basah? Jawapan: Sebab hari tak hujan

dalam banyak banyak bunga...bunga ape warna hitam....bunga tayar...kuikui

DALAM BADAN ARNAB ADA BERAPA BULU.JAWAPANNYA IALAH TIADA BULU LAH.SEBAB DALAM BADAN ARNAB MANA ADA BULU.

Jun 23, 2010 - 4 comments

Kereta Yang Cool

Kereta berkonsep enigma/sukar difahami


Mengunakan Teknologi Campuran Bio-elektrik

Kereta Aptera(California)

Dua penumpang,tiga roda,kelajuan tertinggi 120km sejam

Eco Car Berkonsep Phoenix


Kereta Boleh Terbang-Terrafugia





Kereta skuba

22 Jun 2010

Jun 22, 2010 - 6 comments

Ubah Saiz Teks Blog Sesuka Hati

Kat blog aku,kalau korang perasan kat side yang ada style,dimana korang boleh ubah latar belakang blog ni,aku dah tambah supaya korang boleh ubah saiz teks juga,jadi kalau korang nak kecik kan saiz teks klik + yang kecik,kalau nak besarkan,klik + yang besar,dan + yang last tu,aku setkan untuk kembali ke saiz normal teks blog aku ni.Ini bertujuan bagi memudahkan korang membaca blog aku ni.Ok,nanti ada apa pertambahan yang baru,aku akan maklumkan.



Kalau korang berminat,ni kod dia,copy and paste je kat add gadget html

Jun 22, 2010 - 4 comments

Greatest Award Blog



Award dari SweetSyaza

1. Anda mesti beri pujian padaa pemberi award ni
Thanx you SweetSyaza,anda memang sweet^^

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
Zamzameer
Cik Arnab
Kiddo
Tok Nabe
Arel Hakim
Miji
Shameel
Anisa Hang Tuah
white mommy
Teyha is daddy's girl

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
Ok,10 blogger diatas,anda telah mendapat award,cepat ambek

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
Aku gelar sendiri jela,rasanya takde orang yang gelar pun...

Jun 22, 2010 - 2 comments

How To Draw Spongebob Squarepant




Haha,cantik plak aku tengok lukisan aku ni,apada Aideal,masuk bakul angkat sendri ke?Cam biasa,garisan merah adalah apa yang korang perlu lukis,lukis mata dulu ya,lepas tu ikut step yang aku tunjuk tu^^Ok,aku nak jual lukisan aku ni seratus juta,sapa nak beli,hahaha XD.Untuk melihat lukisan yang lain,sila lihat label 'Mari Melukis Bersama Aideal'.TQ :)

21 Jun 2010

Jun 21, 2010 - 2 comments

Mr.Happy Award

Award dari nyna rawk,TQ TQ,so happy^^.Saya tak tahu yang mana satu award untuk saya,so ngan happynya saya amek award Mr Happy ni,betul ke,award yang lagi satu saya dah ada,jadi saya bagi orang lain haha.



M: Adakah anda happy sekarang?
Happy :)

M: Kenapa anda happy?
Sebab dapat Happy Award :)


M: Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Happy Award :)

M: Pernahkah anda menerima tag?
Pernah :)

M: Nyatakan warna yang anda suka?
Hijau :)

M: Beritahu 9 orang yang anda mahu tag??
Zamzameer
Cik Arnab
Kiddo
Tok Nabe
Arel Hakim
Miji
Shameel
Anisa Hang Tuah
Teyha is daddy's girl

M:Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
Zam,bila ko nak belanja aku kokenat shake hehe^^

M: Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Saya happy Saya happy Arghhhhhhhhhhhhhhhh Banyak tanyala,dah dah nak tulis blog ni,arghhhhhhhhhhhhhhh,ok saya Happy^^

Jun 21, 2010 - No comments

Cutest Blogger Award



1) Give thanks to the blogger for this award and tag.
TQ Ira,I really appreciate it^^

2) ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND. make 15 words from the sentence above. Dont repeat the words n make sure have meaning.
ROLL,COST,EAST,HILL,STERN,TREND,CHILL,GROUND,DAY,ROAST,LEND,CHAT,CAT,CHEAT,TEAR

3) Put your transport picture when u go to school,work or campus.


4) Put your fevret sandal or shoes.


6)Pass kpd blogger yg lain.
Zamzameer
Cik Arnab
Kiddo
Tok Nabe
Arel Hakim
Miji
Shameel
mama najla punya
white mommy
Anisa Hang Tuah
Teyha is daddy's girl

okeh smua..mekacih banyak2...sila jawab!!!!!!!!!!!!!:)..

Jun 21, 2010 - No comments

Piala Dunia:Portugal 7:0 Korea Utara

Wohoo,team pilihan aku menang besar la,tujuh kosong tu,kesian Korea Utara kena tibai.Seronok betul tengok Portugal main,laju tu,Korea Utara masa pertama,banyak menyerang tapi Portugal bahaya masa counter attack.Separuh masa Pertama Korea kena sebiji,masa kedua,kena enam,tapi kalau ikutkan beberapa peluang lagi yang Portugal miliki,mau lagi teruk score tu.Aku rasa dlm kumpulan ni Portugal akan layak,Ivory Coast out.Brazil dah confirm layak,Korea Utara dah confirm out.Portugal ngan Brazil bahasa lebih kurang je,lgpun Brazil dah sah dendam ngan Ivory Coast sebab buat Kaka kena kad merah,tentu diorang kasi dengki punya ngan Ivory Coast,klau Brazil ngan Portugal seri,Ivory Coast akan out walaupun diorang menang ke atas Korea Utara.Akhirnya Cristiano Ronaldo gol gak kat pentas dunia,dia sendiri pun tak caya,man of the match pun dia,bagus,tak sesia aku ajar dia main bola.

Jun 21, 2010 - 2 comments

Piala Dunia:Perancis Bermasalah

Pemain-pemain Perancis taknak berlatih pada hari Ahad slps penyerang dia orang Anelka diterajang keluar oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis dibwah arahan jurulatih Raymond Domenech.Anelka dan Domenech dikatakan bertengkar semasa separuh masa kedua pada perlawan hari Khamis,dimana Mexico menang 2-0 ke atas Perancis.Anelka tak nak mintak maaf kat coach dia sebab dia rasa raya lambat lagi...Perancis tiba untuk latihan pada hari Ahad,dan terjadi lagi perkelahian,kali ni antara kapten Patrice evra dan pembantu jurulatih Robert Duverne menyebabkan pemain merajuk dan meninggalkan padang tanpa berlatih.Domenech yang syok tengok pertengkaran antara Evra dan Duverne,menjoinkan diri dia dan menyettlekan perkelahian tersebut,tapi lepas tu dia pula bergaduh ngan Duverne,mungkin sebab dia orang berebutkan Evra,wahaha.Duverne plak merajuk dan berjalan keluar,apada asyik merajuk je diorang ni,dan kemudian semua pemain bermesyuarat tingkap di tepi padang dan kemudian memutuskan untuk tak nak berlatih,alah malas cakap jela.Nampak gayanya Perancis aku rasa akan terkeluar dari Piala Dunia,diorang perlu menang ke atas Afrika Selatan dan mengharapkan Mexico dan Uruguay tak seri.Aku dah kata takde Zidane,Perancis hancur.....



Aku rasa nila antara perbualan yang mungkin terjadi antara Anelka dan Domenech

Domenech:Anelka,apsal ko botak,ko ingat hensem
Anelka:Nak silaukan golkeeperla
Domenech:Tapi apsal tak gol gol gak
Anelka:Takde rezeki,nak buat camna
Domenech:Ko pergi tanduk keeper tu,buat cam Zidane
Anelka:Tak mahula
Domenech:Oh kau melawan eh,meh sini aku sekel kepala kau
Anelka:Adeh,apa ni main sekel sekel kepala,meh aku tarik rambut kau
Domenech:Wah,kau usik rambut aku eh,dah ko jangan main lagi

20 Jun 2010

Jun 20, 2010 - No comments

Lelaki Tertinggi Dunia



Robert Pershing Wadlow (February 22, 1918 – July 15, 1940) adalah lelaki tertinggi dunia.Lebih dikenali sebagai gergasi Alton kerana tinggal di Alton,bandaraya Illinois.Tinggi Wadlow mencecah 8kaki 11.1 inci(2.72 m) dan berat sebanyak 490paun(220kg) semasa kematiannya.Ini berlaku disebabkan peningkatan kelenjar pituitarinya yang menyebabkan keadaan abnormal pada hormon pembesaran manusia.Ketinggian dia dikatakan bertambah malah semasa dia mati,ketinggian dia terus bertambah.Tinggi macam dia ni sangat sesuai rasanya untuk main bola keranjang......

Jun 20, 2010 - No comments

Info:Tendangan Basikal

Bicyle kick ataupun tendangan basikal (juga dikenali sebagai chalaca, chilena, bicicleta,atau overhead kick)merupakan gerakan dalam bola sepak,dimana badan dihumban ke udara.sambil membuat pergerakan serta merta dengan kaki,dimana salah satu kaki diangkat tinggi melepasi kepala,cuba menyepak bola.Teknik ni dikatakan dimulakan oleh pemain Brazil,Leonidas da Silva.



video

19 Jun 2010

Jun 19, 2010 - No comments

Baru-baru nie aq g pawagam ngok cter Karate Kid, lakonan JACKIE CHAN dan JADEN SMITH ngan Fitri and the cousin...Memang besh, besh tahap cipan...Campaikan nak terkencing pn aq ley tahan...1 keje yang giler...

I like coz jln cerita yang menarik, kelakau, mengandungi nasihat dan falsafah tersendiri diikuti dengan semangat...Berbaloi laaa aq msuk pawagam dengan bayaran RM10...Standard la tue...Tp, yg x beshnyer...

2 2 sebelah aq lelaki...x acuk laaa gney...time nak terkncing lak tu...hehehehehe....abes jer citer, terkedek-kedek aq ngan ijat cari toilet...jauh lak tu...kureng ajau..x ley blah cter aq ni

Jun 19, 2010 - 5 comments

Bahaya Menunggang Sambil BerSMS

Baru baru ni,orang kampung saya telah terlibat dalam kemalangan motorsikal.Kedua-dua mereka adalah budak perempuan dalam umur belasan tahun,telah meninggal dunia.Punca kejadian adalah disebabkan salah seorang yang memandu motorsikal bermain sms sambil menunggang dengan laju.Menurut pemandu kereta yang bertembung dengan motorsikal terbabit,beliau telah cuba mengelak,namun oleh kerana motorsikal itu terlalu laju,tidak dapat mengelak dari bertembung,malah motor terbabit terbelah dua dan kedua-dua remaja tersebut cedera parah.Jadi kat sini aku nak ingatkan korang,janganlah sambil menunggang tu korang bersms ngan pakwe ke makwe ke,bahaya wo.Selain tu aku ada gak tengok satu klip video kat U tube ni,ada seorang bapak tu,dia tinggalkan anak dia kat motor skuter,enjin tak mati lagi,anak dia pulas throttle,apalagi motor tu bergerak,kesian budak tu jatuh tergolek,nanti aku jumpa video tu aku letak kat sini sbagai peringatan kita bersama.Hah jumpa pun,ni video dia

video

Jun 19, 2010 - No comments

D.I.Y Radio Button

Teks Item1
Teks Item2
Teks Item3








Example:
Siapakah pemilik blog ni
Zamzameer
Aideal Fitri
Kamil

Jun 19, 2010 - 2 comments

D.I.Y Selection List









Example:
Senarai nama mereka yang ada hutang ngan aku haha

18 Jun 2010

Picture:Funny Shoes






Sesuai untuk mereka yang gemar berkaki ayam tapi terpaksa memakai kasut.Kasut Cap Kaki Ayam Haha XD


Wah,ni memang tumit tinggi ni^^


Kasut buaya...Zam kasut ko ke ni?


Uiks?


Inila dia fesyen masa depan :)