Followers

30 April 2009

April 30, 2009 - , No comments

Mentor Jutawan: Dato Hussamuddin (Pengasas Karangkraf)

Miji,

Apabila menjalankan perniagaan, pada mulanya ramai yang bermula
seorang diri (kecil-kecilan). Seperti Dato Hussamuddin, pengasas
Kumpulan Karangkraf (penerbit majalah terbesar di Malaysia).
Tetapi, apabila perniagaan berkembang, pastinya kita akan menambah
juga pekerja untuk melancarkan lagi kerja dan menambahkan lagi
keuntungan.

Perniagaan saya Irfan Khairi Sdn Bhd dikira perniagaan
kecil-kecilan dengan hanya kurang dari 5 pekerja (ketika ini). Pada
asalnya saya menjalankan perniagaan Internet seorang diri. Tetapi,
sering saya kagum dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai
beratus... atau beribu pekerja! Jadi, soalan saya kepada Dato
Hussamuddin dalam Mentor Jutawan (http://www.irfankhairi.com/mentor)
adalah berikut...

===================

IK: Apa success principle Dato'? Sebab saya pergi ke Karangkraf,
memang sangat ramai pekerja dan bagaimana Dato' handle ramai pekerja?

Dato' Hussamuddin: OK, di Karangkraf sekarang kita ada 1100
karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya
memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk
berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh
berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi
peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka
berkembang. Sebab itu, 30 majalah dan 1 suratkhabar yang kami buat,
sekarang kami buat trend baru, Sinar Harian Kelantan, Sinar Harian
Terengganu, Sinar Harian Pahang, dan Sinar Harian Selangor. Setiap
team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya
delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang.
Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi
memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak
tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

===================

Ulasan jawapan: Pastinya perniagaan anda juga satu hari nanti
memerlukan pekerja, oleh itu, tip dan strategi Dato Hussamuddin
adalah sangat-sangat berharga!

Saya juga pernah menyebut terdapat banyak tip-tip tersirat dalam
jawapan mentor-mentor jutawan ini. Melihat jawapan di atas, anda
nampak tak apa yang tersirat? Sekiranya tidak, saya akan sebutkan...

Perasan tak Dato Hussamuddin menggelarkan pekerja-pekerjanya
"Karyawan". Walaupun saya menyebut "Pekerja". Ini menunjukkan tahap
penghargaan Dato Hussamuddin kepada pekerja-pekerja/karyawannya.
Next time bila anda baca semula Mentor Jutawan, baca perlahan-lahan
dan cuba dapatkan tip-tip tersirat mentor-mentor jutawan anda!

Teringat saya kepada Mr. Walt Disney (pengasas Walt Disney...
Disneyland). Beliau menggelarkan pekerjanya sebagai "Cast members"!

Miji, sekiranya anda belum lagi memiliki Mentor Jutawan,
dapatkannya di sini hari ini. Memang hot in the market dan terlalu
banyak permata-permata yang amat berharga di dalamnya.

Dapatkan ebook mentor Jutawan hanya pada harga RM40 secara bayaran
kredit ataupun bank-in ke akaun kami. Lawati
http://www.irfankhairi.com/mentor untuk keterangan lanjut!

29 April 2009

April 29, 2009 - , No comments

ABANG ABU-MENTOR JUTAWAN

Miji,

Kali ini, saya buat lain sikit kerana, kali ini saya ingin ambil
sedutan daripada Mentor Jutawan seterusnya, tetapi bahagian latar
belakang... bahagian kisah tragis bagaimana, Abang Abu, Usahawan
Jutawan terpaksa lalui sebelum bergelar jutawan!

Oleh kerana mungkin anda belum mengenali Abang Abu (kecuali mereka
di Singapura), so, latar belakang atau kisahnya dapat memberi
gambaran kepada anda bagaimana cekalnya perlu seseorang itu untuk
menjadi jutawan! Ikuti kisah dan strategi kekayaan Abang Abu di
Mentor Jutawan http://www.irfankhairi.com/mentor

===================

IK: Boleh tak Abang Abu kongsikan kisah tragis yang berlaku ke
atas Abang Abu.

Abang Abu: Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1994, ketika saya
berumur 22 tahun. Saya adalah anak sulung dan saya mempunyai 4
orang adik. Adik saya yang ketiga ketika itu berumur 17 tahun.
Beliau telah mendapat tempat di USM. Waktu itu saya hendak
menghantar adik saya. Masa itu saya memandu bersama ibu dan ayah
saya. Dan waktu itu dari Johor Baru ke Penang.

Kira-kira 2 pagi, sesuatu yang saya tak nak terjadi. Kereta yang
saya pandu itu terlanggar divider di Sungai Bakap. Ibu bapa saya
terpelanting keluar dari kereta. Bapa saya meninggal dunia pada
waktu itu dan ibu saya setelah hampir 4 bulan kemudian pula
meninggal dunia. Sebelum itu saya juga dalam keadaan koma selama
beberapa hari. Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah
putus harapan termasuk juga doktor.

Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu.
Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan
berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu.

IK: Tapi yang menariknya Abang Abu, bangun dan menjadi usahawan
yang berjaya.

Apa yang dapat saya rasakan pada waktu itu adalah, keluarga saya
sekarang bergantung pada saya. Dan ketika saya terbaring di
hospital itu, ketika mereka datang melawat saya, saya terdengar
orang bercakap

'Kesian Abu, maknya nak meninggal, bapanya dah meninggal, dia juga
nak meninggal'.

Pada waktu itu, saya sedar tetapi mata saya tidak boleh buka dan
saya hanya boleh dengar.

Tetapi yang aneh saya rasa dalam hati saya, saya selalu berkata;

'Tidak, kenapa saya akan mati, I'm OK, I'm alright'.

Ini yang menguatkan saya ketika itu. Saya ada 4 orang adik waktu
itu. Yang kecil sekali 7 tahun waktu itu, kemudian 11 tahun,
kemudian 17 tahun dan 19 tahun. Semuanya jatuh tanggungjawab ke
atas diri saya pada waktu itu. Saya berada di hospital pada waktu
itu selama 3 bulan di mana badan saya dibalut dengan bandage.

Bila saya boleh balik ke rumah, ibu saya bertanya 'Mana Bapak?'
kerana kisah bapa saya meninggal beliau tidak tahu.

Jadi dari situ, ibu saya sudah mula berputus asa. Dan kira-kira 10
hari selepas saya pulang itu, ibu saya pula meninggal dunia. Jadi
dari situlah kisah betul-betul menyayatkan hati saya bila mak saya
berada dalam pegangan saya.

Saya kata 'Mak tak boleh pergi mak, adik beradik ni ramai.'

Ibu saya hanya menunjukkan ke arah saya. Saya pun menangis waktu
itu, masih mudakan, 22 tahun. Saya cakap 'Tak apalah mak, adik
semua saya boleh jaga, tapi saya ini siapa nak jaga?'

Mak saya hanya menunjuk ke arah atas.

Dan dari situlah semangat saya untuk bangkit kembali.

===================


Miji, kisah Abang Abu memang memberi inspirasi. Infact,
banyak email saya terima mengatakan memang banyak tip & strategi dari
Abang Abu yang dikongsikan. Bagi saya, Abang Abu adalah "underdog"
dalam kompilasi Mentor Jutawan ini, kerana ramai yang tidak
mengenalinya berbanding dengan nama-nama jutawan lain. Tetapi, itu
tidak menghentikan sesiapa pun daripada menggunakan segala strategi
kekayaan yang dikongsikan olehnya- terlalu banyak! Oh ya, untuk
pengetahuan anda, Abang Abu menjadi jutawan 4 tahun kemudian,
ketika berumur 26 tahun! Ingin tahu rahsianya?

So, bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di
http://www.irfankhairi.com/mentor

28 April 2009

April 28, 2009 - , No comments

TIP IRFAN KHAIRI-: 2 KAEDAH MENAMBAHKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN

TIP PILIHAN: 2 KAEDAH MENAMBAHKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN
=======================================================

KAEDAH #1
---------

Miji, dalam perniagaan, kita mesti selalu menambahkan prospek
kita. Salah satu kaedahnya adalah dengan mencari pasaran baru untuk
produk atau perkhidmatan kita yang sedia ada.

Sekiranya anda dapati produk dan perkhidmatan anda kini berjaya di
sesuatu pasaran, apa kata kembangkan pasaran tersebut. Bukan
mencari pasaran yang segalanya berbeza... tetapi...

Cari demografi yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti
pasaran yang berjaya itu, tapi, mungkin di tempat lain.

Contoh kes study:

Sejak 2005, Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan hangat
di Kuala Lumpur... sampai sekitar 2007 tak silap baru Workshop
dijalankan di luar KL. Itu pun setahun 2-3 kali. Masuk 2009,
sebulan 2-3 kali pula Workshop di jalankan di luar KL.

Pada bulan depan May, kami akan menjalankan workshop di Kuala
Lumpur, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Jadi, mereka yang berada di
Sabah & Sarawak juga berpeluang menyertai workshop perniagaan
Internet ini.

Workshop Jutawan Internet menggunakan tip hari ini, iaitu mencari
pasaran baru.

Tak kira apa pun perniagaan anda, anda perlu mencari lebih ramai
prospek di pasaran-pasaran baru untuk berkembang. Kalau menjual
nasi lemak, sebelum ini di pejabat-pejabat... apa kata anda dapatkan
pasaran baru di Kilang. Kalau ada kedai dobi sebelum ini hanya
mendapat pasaran pelajar-pelajar universiti, apa kata, approach
juga pasaran profesional yang takde masa nak cuci baju. Kalau ada
perkhidmatan catering yang selama ni membuat catering majlis
perkahwinan di KL sahaja, buka satu lagi cawangan di JB.

Dalam kata yang lain, untuk mencari pasaran baru, tanya pada
diri anda sendiri, bagaimana perniagaan anda boleh membuka cawangan
lain? (cawangan perniagaan! jangan fikir cawangan lain lak...:))

KAEDAH #2
---------

Tip lepas untuk menambahkan keuntungan adalah dengan cara
menambahkan pasaran. Bila kita tambahkan pasaran ke market yang
baru, maka, jumlah prospek pun bertambah. Prospek bertambah =
pelanggan bertambah = keuntungan bertambah.

Tapi, satu lagi perkara yang patut kita lakukan dalam waktu
yang sama juga adalah tambahkan conversion rate pelanggan kita.

money.jpgConversion rate bermaksud nisbah prospek yang menjadi
pembeli. Contohnya, kalau perniagaan Internet, dalam 100 pelawat,
berapa yang membeli? Mungkin sorang membeli. maka, nisbahnya adalah
100:1

Kalau perniagaan konvensional, mungkin di kira daripada jumlah
orang yang masuk kedai anda. Katalah anda mempunyai SPA. Sehari, 50
prospek masuk ke SPA anda dan bertanyakan perkhidmatan anda.
Daripada 50 tu, berapa yang membeli perkhidmatan anda? Mungkin 10...
maka, nisbahnya adalah 5:1

Sekiranya anda menjalankan perniagaan insurans, berapa ramai yang
mendaftar untuk insurans anda bagi setiap prospek yang anda jumpa
sehari? Kata lah anda jumpa 5 prospek sehari. Dan yang mendaftar
adalah 2 orang. Maka, nisbah adalah 5:2.

Langkah #1

Ketahui conversion rate atau nisbah prospek:pelanggan untuk
perniagaan anda. Ini adalah penting supaya kita tahu sama ada
perniagaan kita efektif atau tidak. Contoh seperti 100:1, 5:1 dan
5:2 diatas.

Langkah #2

Tingkatkan conversion rate, iaitu daripada 100 pelawat laman
web, boleh tak dapatkan 4 pelanggan? Daripada 5 prospek yang masuk
kedai anda, boleh tak ubahkan 3 menjadi pelanggan? Daripada 5
prospek yang anda jumpa, boleh tak ubahkan 3 mendaftar.

Jadi, mengikut contoh di atas, nisbah prospek:pembeli menjadi
100:3, 5:3 dan 5:2.

Bila kita berjaya tingkatkan conversion rate, maka, kita akan
mendapat untung yang lebih pada jumlah pelanggan yang sama. Dengan
hanya menambah conversion rate, keuntungan pun bertambah.

Cara menambahkan conversion rate? Fokus kepada:

* Pastikan sasaran adalah bertepatan
* Menambahkan nilai dan manfaat produk & perkhidmatan anda
* Memperbaiki cara anda menutup jualan/memujuk pelanggan

SUMBER:IRFAN KHAIRI.COM

25 April 2009

April 25, 2009 - , No comments

Empayar De Surya


Empayar De Surya

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
rencana@kosmo.com.my

Menyebut jenama De Surya pasti mengingatkan kita dengan pusat kecantikan Chakra De Surya Spa. Rupa-rupanya De Surya juga mempunyai cabang perniagaan automotif.






--------------------------------------------------------------------------------



DAYANG HASMIRA RAMLI berasa bangga melihat usahanya dalam bisnes yang jarang diceburi kaum wanita kini semakin memutik kejayaan.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan, menjadikan wanita itu tabah serta sentiasa bersedia menghadapi apa jua risiko dan halangan untuk berjaya.

Berusia 32 tahun, wanita itu gagah membangunkan sebuah pusat servis kenderaan yang terletak di B22, Tingkat Bawah, Lorong Sungai Isap Jaya, Kuantan, Pahang.

Bergelar Pengarah De Surya Upgrade Mechanical, ternyata usahanya tidak sia-sia lantaran empayar perniagaan yang semakin berkembang.

Menariknya, walaupun meminati dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang automotif, anak kelahiran Mat Kilau itu juga sebenarnya seorang yang sukakan bidang kecantikan.

Bahkan hakikatnya, nama Chakra De Surya Spa bukanlah asing dalam bidang kecantikan. Menjadi pengasas kepada Chakra De Surya Spa, pusat kecantikan itu ditubuhkan Dayang Hasmira sejak dua tahun lalu.

Mengulas mengenai De Surya Upgrade Mechanical, katanya pusat servis itu menjalankan perniagaan bengkel automotif yang merangkumi pembaikan skala kecil hingga sederhana.

Selain melaksanakan kerja-kerja pembaikan automotif, dengan penubuhan pusat servis itu juga ia dapat membantu anak-anak muda Melayu yang berkemahiran menimba pengalaman.

Menurutnya, remaja yang mempunyai kemahiran dalam bidang itu harus diketengahkan dan diberi perhatian khusus. Sekurang-kurangnya mereka diberi peluang untuk mempraktik dan memahirkan kebolehan mereka.

"Di sini mereka boleh belajar dengan tenaga kerja pakar yang sudah mempunyai berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang automotif," katanya.

Pusat servis kenderaan tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kepuasan pelanggan antaranya servis dan baik pulih bahagian enjin, transmisi dan brek.

Selain itu kata Dayang Hasmira, pihaknya turut melakukan servis dan baik pulih bahagian suspensi selain modifikasi sesuai dengan kemampuan serta kehendak pelanggan.

"Kehendak pelanggan harus diberi keutamaan, di samping tidak mengabaikan aspek keselamatan," katanya lagi.

Dayang Hasmira menambah, visi utama pusat servis tersebut adalah untuk menjadi sebuah bengkel automotif setanding dengan firma-firma besar yang terkemuka masa kini.

"Saya gembira kerana De Surya Upgrade Mechanical mendapat sambutan dan telah diterima masyarakat, walaupun jarang-jarang wanita menceburi bidang ini," katanya.

Lebih mesra dengan panggilan Dayang, beliau ternyata tidak lokek dengan ilmu dan ingin berkongsi rahsia kejayaan perniagaan dengan semua wanita di negara ini.

"Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, minda kita harus sentiasa terbuka dan bersiap sedia. Wanita juga perlu sentiasa ke hadapan," katanya.

Dalam pada itu, Dayang turut menasihatkan wanita agar sentiasa menjaga keterampilan dan imej diri.

"Semua wanita dikurniakan dengan kecantikan, baik dari luaran mahupun dalaman, kerana definasi kecantikan itu sangat luas untuk diperkatakan.

"Masing-masing mempunyai kelebihan dan keanggunan tersendiri, cari sedikit ruang dan masa untuk membelai diri kerana kita perlu kelihatan menarik sepanjang masa," ujarnya.

23 April 2009

April 23, 2009 - , No comments

Bisnes pastri graduan Fizik


Siapa kata hanya graduan kulinari atau masakan boleh mempunyai bisnes pastri. Mira membuktikan minat dan teknologi Internet boleh membantu sesiapa sahaja menceburinya.




--------------------------------------------------------------------------------


KELIHATAN kek cawan tersusun kemas di atas dulang. Di atas setiap satu kek itu pula terhias pelbagai peralatan pejabat dalam saiz mini. Ada pena hitam, pensel dan pemadam, klip kertas, komputer riba serta buku nota. Malah, segala peralatan tadi termasuk beberapa akhbar kompak Kosmo! semuanya hanya sebesar saiz syiling 20 sen! Terlalu comel dan sayang untuk dimakan.

Jika difikirkan sejenak, pasti pembuat kek cawan itu seorang chef profesional yang teliti dengan hasil kerjanya ataupun suri rumah yang sudah terlalu arif dengan bab masakan.

Realitinya, hasil kerja kek-kek cawan tadi datangnya daripada seorang graduan muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga pemegang ijazah jurusan Fizik!

Pelik? Tidak perlu pelik kerana jika sudah minat, pasti ia bukan sesuatu yang mustahil. Minat awal Amirah Muhamad Akhir terhadap kek cawan bermula secara suka-suka sewaktu melanjutkan pengajian di menara gading.

"Masa belajar di universiti, saya suka buka Internet dan tengok kek cawan yang dihasilkan oleh orang lain. Mungkin sebab masa sekolah dulu saya suka subjek Pendidikan Seni. Jadi, secara naturalnya, saya tiada masalah untuk menghias kek cawan," katanya saat ditemui Kosmo! di kediaman keluarganya di Petaling Jaya baru-baru ini.




--------------------------------------------------------------------------------



Menurut Amirah yang lebih mesra disapa Mira, bakat membuat kek dan biskut mungkin diwarisi daripada neneknya. Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang pembuatan kek atau pastri, anak ketiga daripada empat adik-beradik itu kemudian mengikuti dua bengkel membuat kek sebelum mencubanya berkali-kali di rumah.

Daripada sekadar suka-suka membuatnya, gadis berusia 23 tahun itu akhirnya melibatkan diri dalam hobi barunya secara aktif sejak Mei tahun lalu. Anak kepada seorang pesara kakitangan swasta itu memberitahu, dia bertuah kerana mendapat sokongan daripada kedua-dua orang tuanya.

"Kadang-kadang waktu buat kek cawan, bapa datang tolong. Begitu juga dengan adik saya. Bapa bagi nasihat dari aspek logistik. Mak pula lebih kepada bahagian penentuan harga produk," jelasnya.

Pada awal penglibatannya dalam hobi itu, Mira pernah menghasilkan biskut dan kek cawan untuk ibunya. Katanya, sampel-sampel produk hari raya itu kemudian menjadi batu loncatan untuknya membuka bisnes kecil tersebut. Bisnes kecil-kecilan itu kini berkembang menjadi sebuah syarikat membuat biskut, kek dan pastri milik Mira.




--------------------------------------------------------------------------------



Resipi-resipi yang dipelajari sendiri diperkemaskan menerusi tunjuk ajar yang diterimanya daripada Chef Nor Zailina. Selain buku dan Internet, Mira rajin mengirim soalan kepada Nor Zailina untuk mendapatkan sukatan yang tepat bagi adunan kek dan biskutnya.

Memberi tumpuan kepada biskut atau kek custom-made, Mira biasanya menerima tempahan untuk pelbagai majlis keramaian. Namun, sebahagian besar pelanggannya terdiri daripada gadis remaja yang membuat tempahan untuk hadiah hari jadi kekasih mereka.

"Tengok ni..., lazimnya perempuan suka tempah kek cawan macam ini (sambil menunjukkan sebiji kek besar daripada gabungan 25 kek cawan kecil).

"Mereka tahu teman lelaki suka kelab-kelab bola sepak tertentu dan itulah yang akan dipilih sebagai coraknya. Kek kelab Manchester United (MU) biasanya paling laris," ujarnya tertawa.

Bercerita tentang corak dan rekaan, antara permintaan pelik yang pernah diterimanya termasuk menghasilkan kek bermotifkan Barney tiga dimensi dan beg Louis Vuiton. Kek Barney itu, jelasnya, memakan masa sehari untuk disiapkan.

Berbanding kek, Mira merasakan dekorasi di atas biskut lebih susah memandangkan tiada had untuk mengisi penampilan sesebuah biskut.

Jika diamati, sudah menjadi signatur produk kek Mira terdiri daripada gabungan berbiji-biji kek cawan. Justeru, tidak hairanlah mengapa kek cawan Mira begitu popular dalam kalangan pelanggan tetap mahupun pelanggan baru.





--------------------------------------------------------------------------------



Sebelum setiap produknya dihasilkan, lakaran rekaan akan dilukiskan di atas sehelai kertas. Idea gabungan warna yang bersesuaian dan susun atur corak-corak mini perlu ditentukan terlebih dahulu.

Walaupun proses itu kedengaran agak ringkas dan mudah, hakikatnya kadangkala Mira juga ketandusan idea.

"Ada ketika sampai semalaman, saya tidak dapat idea. Jadi, idea itulah yang mahal harganya," jelasnya jujur.

Menggunakan bahan-bahan segar sebagai ramuan, produk biskut dan kek Mira adalah 100 peratus buatan tangan. Tidak hanya cantik pada penampilan tetapi enak dimakan, kek cawan dan biskutnya nyata membuatkan orang kecur air liur.

Menurut Mira, tempahan paling banyak yang pernah diterimanya adalah daripada seorang pelanggan yang memesan berulang kali 200 biji kek cawan.

"Pada mulanya, pelanggan itu menempah 50 biji kek cawan untuk sambutan hari jadi anak kembarnya. Selepas itu, dia tambah bilangan tempahan lagi," ceritanya.



HANYA berbekalkan daya kreativiti, Mira berjaya menjana pendapatan daripada jualan kek cawan dan biskutnya.

--------------------------------------------------------------------------------



Tidak bercadang untuk mempromosikan produknya di bazar-bazar seperti kebanyakan orang, Mira mengakui lebih selesa menerima tempahan menerusi blognya (http://miracookiss.blogspot.com) atau panggilan telefon.

Blog berusia kurang setahun itu pada awalnya hanya berfungsi sebagai galeri Mira untuk berkongsi hobi barunya. Gadis yang murah dengan senyuman itu juga memberitahu, tempahan paling jauh yang pernah diterima adalah dari Kuching, Sarawak.

Meskipun produknya kini sudah sampai sejauh Bumi Kenyalang, Mira bagaimanapun tidak begitu selesa dengan tempahan dari jauh. Alasannya cukup ringkas.

"Saya masukkan hasil kerja kek cawan dan biskut dalam blog pun sekadar untuk berkongsi cerita. Risiko kek rosak adalah agak tinggi apabila dihantar ke destinasi yang jauh. Nanti reputasi buruk, saya yang kena tanggung.

"Misalnya, pernah sekali saya hantar tempahan dan kek cawan itu terbalik. Itu memang silap saya. Jadi, kena buat balik untuk pelanggan," ujarnya.

Namun, pengalaman paling lucu bergelar seorang usahawan kecil dan blogger berlaku apabila Mira sering digelar 'Puan' melalui corong telefon. Setiap kali, produk itu dihantar sendiri kepada pemiliknya, ramai yang terjerit kecil apabila melihat Mira yang rupa-rupanya seorang gadis berusia 20-an.

Dalam aspek kutipan hasil jualan pula, dia memberitahu, pembatalan tempahan oleh pelanggan dalam masa tiga hari sebelum tarikh penghantaran tidak akan dilayan.




--------------------------------------------------------------------------------


"Saya sudah tulis dengan jelas terma dan syarat pembayarannya. dalam blog. Jadi, memang bayaran semula wang ringgit kepada pelanggan tidak akan dibuat jika tiba-tiba tempahan dibatalkan beberapa hari sebelum tempahan siap," katanya yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan untuknya itu.

Harga biskut bermula dari RM2.50 setiap satu sehingga RM45 sekotak (kira-kira 40 hingga 60 keping), bergantung kepada saiz dan komplikasi rekaan yang diperlukan. Sementara itu, harga kek cawan (saiz souffle cup medium) pula bermula dari serendah RM2.50 sehingga RM4 setiap satu.

Masih menganggap bisnes berskala kecil itu sebagai hobi, Mira bercadang untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana yang menfokus pada penyelidikan Teknologi Nano di sebuah universiti awam tempatan mulai Julai ini.

21 April 2009

April 21, 2009 - , No comments

Idea Bisnes-Modal RM Kecil

Berikut adalah perkongsian & idea yang diberikan oleh "Abu_Muadz" dari ::Forum Bicarajutawan.com::

Kalau anda bisnes kecil-kecilan, kita still susah untuk jadi kaya.. sebenarnya peniaga-peniaga kecil ni tak ubah macam orang2 yang kerja makan gaji jugak.. lainlah kalau anda menjadi pengeluar terhadap produk anda..

tapi orang-orang kaya kebanyakannya terdiri daripada tuan punya bisnes ataupun pelabur2 (hartanah, saham, asset2 dll.)

sape2 yang dah baca buku Cashflow Quadrant tahu lah pasal ni.. Saya rasa anda perlu sangat baca buku tu..

Orang2 yang kaya tidak terdiri daripada Self-Employee (bekerja sendiri @ bisnes kecil-kecilan). Tetapi orang kaya membina satu bisnes yang bersistem yang kemudiannya boleh diserahkan kepada orang lain dengan cara menggaji atau berkongsi saham untuk dia kerjakan bisnes tersebut. So dia menjadi Bisnes Owner yang kerjanya makan passive income dari bisnes yang telah dia ciptakan tersebut.

Contoh yang sangat hebat ialah McDonald.

Boss McD ni telah sediakan satu sistem bisnes untuk restoran dia. So sapa2 yang nak bukak francais McD kena masak seperti mana yang telah diarahkan oleh Boss McD (sebab tu ke mana sahaja kita pergi, rasa burger dia, french fries dia tetap sama). Dan hasil jualan tersebut kenalah diberikan juga beberapa bahagian kepada Boss McD nih tadi. Jadi dia hanya makan passive income daripada bisnes tersebut.

Dalam masa yang sama, dia jugak menyediakan tapak2 hartanah untuk orang2 yang mahu membuka francais McD. Jadi dia jugak dapat kembangkan harta dia melalui passive income hartanah. Tak ke hebat namanya tu??

Jadi untuk memulakan sesuatu bisnes, adalah lebih bagus kalau kita dapat melihat prospek masa depan dia.. Mungkin kalau bisnes tersebut maju, kita boleh gaji sapa2 untuk jalankan bisnes tersebut takpun paling kurang, kita boleh jual semula bisnes tersebut kepada orang lain.

Lepas tu kita buat bisnes lain pulak dan seterusnya sehinggalah kita tak larat lagi dah nak pegang duit..

*** dipetik dari ::Forum Bicarajutawan.com::

20 April 2009

April 20, 2009 - , No comments

Usahawan IKS perlu kreatif


Usahawan IKS perlu kreatif

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my



MUKHRIZ Tun Mahathir bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri majlis kesyukuran pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Dewan Jitra, Kedah, semalam. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

--------------------------------------------------------------------------------



JITRA 19 April - Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini perlu lebih kreatif dalam menghasilkan produk-produk baru bagi memastikan keluaran mereka mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kebanyakan usahawan di negara ini cenderung untuk menghasilkan produk yang sama sehingga berlaku lambakan di pasaran.

"Saya lihat usahawan kita ada sindrom 'teh tarik' yang mana apabila mereka lihat seorang usahawan berjaya dalam penghasilan sesuatu produk, maka mereka juga akan menghasilkan produk yang sama.

"Apabila ini berlaku, wujud persaingan sesama sendiri dan akan mengecilkan saiz pasaran produk tersebut di negara kita," ujarnya selepas menghadiri majlis kesyukuran di sini hari ini.

Menurutnya, produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan mempunyai potensi besar untuk dijadikan salah satu sumber eksport negara memandangkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan di luar negara.

"Usahawan kita perlu lebih berdaya maju serta berani mencuba untuk mengeluarkan produk-produk baru di pasaran.

"Sebagai contoh, mereka boleh mula menceburkan diri dalam industri sarang burung kerana ia mempunyai prospek pasaran yang tinggi di luar terutama di negara China," katanya.

Tambah Mukhriz, usahawan IKS terutama golongan muda disaran agar menceburkan diri dalam bidang seni tenunan kerana negara ini ketandusan idea-idea moden dalam menghasilkan produk seumpama itu.

"Sebagai contoh, tenunan songket boleh dimajukan dengan lebih agresif oleh golongan muda yang terdedah dengan trend-trend terbaru dan produk tersebut boleh dipasarkan ke luar negara.

"Kadang-kala kita ambil mudah dengan produk-produk kesenian di negara sendiri sedangkan produk-produk tersebut mempunyai potensi untuk menembusi pasaran luar," ujarnya.

Dalam pada itu, Mukhriz memberitahu, portfolio yang dipegangnya kini amat serasi dengan dirinya memandangkan beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perdagangan antarabangsa sejak dari tahun 1994.

"Selalunya orang akan ingat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hanya terlibat dengan perniagaan melibatkan negara-negara luar sahaja.

"Namun, tanggapan ini kurang tepat kerana kementerian ini juga bertanggungjawab dalam memajukan industri di dalam negara dan saya akan mengambil peluang ini untuk membantu usahawan di negara ini dalam memajukan produk keluaran mereka," jelasnya.

19 April 2009

April 19, 2009 - , No comments

MENGUBAH CARA BERFIKIR

Mengubah cara berfikir
Oleh LOKMAN ISMAIL

KEJAYAAN seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik. Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa.

Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.

Kata seorang pujangga: ?Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan.?

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ?penat? berfikir. Biarlah orang lain fikirkan.

Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami ?modal diri? yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.

Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan.

Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.

Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal itu samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir tanpa had sempadan. Pergerakan berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang terbaik.

Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.

Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.


Dipetik dari:alkiram.net

17 April 2009

April 17, 2009 - , No comments

Adakah Anda Seorang Usahawan?

Adakah Anda Seorang Usahawan?

Walaupun keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Willian E. Jennings, (“A Profile of the Entrepreneur”) telah menjalankan kajian mengenai sikap yang berkaitan dengan usahawan yang menyenaraikan sifat-sifat penting yang dimiliki oleh usahawan iaitu:

Sabar
Sanggup menghadapi cabaran
Sedia bersaing
Berdikari
Kesungguhan untuk mencapai matlamat
Yakin pada diri sendiri
Sihat

Usahawan hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk orang-orang yang inginkan pertandingan dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa.

Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan? Tanya diri anda soalan-soalan berikut:

Adakah anda sanggup bekerja keras dan sacrifice untuk mempastikan perniagaan yang anda bangunkan berjaya?
Adakah anda sanggup bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan dan tanggungjawab berkaitan dengan urusan perniagaan?
Adakah anda berfikiran terbuka, berdisiplin dan komited terhadap keusahawanan?
Adakah anda bersedia menjadi pekerja “multiroles” iaitu anda adalah pekerja dan anda juga adalah ketua dalam organisasi anda?

Bagaimana Memulakannya

Pertama anda harus mempunyai idea atau bidang yang akan anda ceburi. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berhubung dengan idea anda itu. Jalankan penyelidikan berkaitan perkhidmatan, produk atau industri yang berkenaan, cara menghasilkan produk, persaingan dan halangan yang mungkin timbul. Dapatkan nasihat dari usahawan yang telah menceburi bidang tersebut. Baca jurnal, majalah, buku dan penerbitan berkaitan. Hadiri perjumpaan dengan persatuan atau pelanggan industri tersebut. Anda harus memiliki maklumat terkini dengan bidang yang dipilih ini.

Sediakan pelan perniagaan yang lengkap. Sediakan matlamat untuk perniagaan anda tersebut. Pelan perniagaan yang baik membolehkan anda memberi fokus dalam membangun kejayaan.

Mulakan jalinan hubungan atau “networkt” sebaik sahaja anda memulakan perniagaan. Jadilah ahli dalam persatuan professional. Ingat, jalinan hubungan yang berkesan akan membentuk persahabatan yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Pelajarilah cara mendapatkan pembiayaan – dari kawan, keluarga, pinjaman bank, atau dana-dana Kerajaan. Anda harus mengetahui jumlah yang anda ada, jumlah yang anda ingin pohon untuk menggerakkan perniagaan anda dan jumlah yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Tenaga pekerja adalah aset penting untuk berjaya. Anda hanya perlu menggaji pekerja yang anda fikirkan perlu sahaja. Jika anda tiada mempunyai masa untuk menyedia kira-kira syarikat, gajilah seorang akauntan. Dapatkan seorang pembantu untuk membuat kerja-kerja pengkeranian. Dengan ini anda akan mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada mengembangkan perniagaan.

Memulakan perniagaan perlu keyakinan dan mengambil masa. Anda perlu pandai mengagihkan masa untuk kawan, keluarga dan bergembira. Anda harus pandai mengenal batas-batas dunia perniagaan dan dunia peribadi.

Dipetik dari portal usahawan MeCD

15 April 2009

April 15, 2009 - , No comments

Buat Duit Di Internet Dengan Hobi Anda

===============================
Newsletter Daripada Majalah IM
===============================

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

MIJI, apa khabar? Kami berharap anda sihat waalfiat disamping
orang yang tersayang.

Kami teringat satu kata-kata hikmah dalam bahasa Inggeris yang
berbunyi "In business your happiness must come before your
profits".

Kebiasaanya jika seseorang gembira dengan perniagaan yang anda
lakukan maka secara tidak langsung perniagaan anda tersebut akan
memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Walaupun MIJI menjual benda yang simple dan ramai orang
ketawakan idea anda, namun jika anda lakukan dengan penuh minat
maka anda tetap boleh berjaya.

Seperti yang dikatakan oleh ramai pakar motivasi, jika kita lakukan
perkara yang kita minat dan cintai maka walau apa jua cabaran dan
dugaan kita akan hadapi dengan tenang kerana tahap motivasi diri
kita sentiasa maintain.

Kita juga pasti lebih teruja jika melakukan perkara yang kita minat
dan tanpa keterujaan dalam melakukan sesuatu anda pasti tidak mampu
bertahan lama.

Jika MIJI tidak enjoy menjalankan perniagaan anda, pecayalah
bahawa lambat-laun perniagaan anda pasti akan lingkup.

Bercakap tentang perkara yang kita minat maka terlintas di fikiran
kami ialah hobi. Kami percaya MIJI juga pasti mempunyai hobi
yang tersendiri dan pastinya hobi anda sangat unik.

Apa kata luangkan masa 2-3 minit untuk membaca artikel ini:

[+] http://www.majalahim.com/buat-duit-di-internet-dengan-hobi-anda/

Semoga perkongsian kami pada kali ini dengan anda memberikan 1001
manafaat.

Sehingga jumpa lagi di lain hari.

Sekian,
Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com

p/s: Kami percaya bahawa anda boleh buat duit dengan hobi anda!

-------------------
Makluman: Emel ini dihantar kerana anda merupakan subscriber sah
kepada MajalahIM.com. Berikut ialah butiran pendaftaran anda:

Nama: MIJI
Emel: tarmiziahmad@ymail.com
Tarikh Daftar: March 21, 2009

===============================
PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA
===============================

MajalahIM.com merupakan satu portal dimana menyediakan info
perniagaan Internet secara PERCUMA. Anda boleh mendowload Majalah
IM yang dikeluarkan setiap bulan secara PERCUMA.

Oleh itu, jika anda rasakan info yang kami berikan secara PERCUMA
ini memberi manafaat kepada anda, maka kami sangat mengharapkan
agar anda menyebarkan Majalah IM ini kepada sesiapa sahaja dengan
syarat anda tidak menjualnya.

April 15, 2009 - , No comments

PERKARA AJAIB DALAM MINDA

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."




2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

13 April 2009

April 13, 2009 - , No comments

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti oranglain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianyasebagaiwarm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang
kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk
menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah,
tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah
atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

12 April 2009

April 12, 2009 - , No comments

TIPS KELUAR DARI ZON SELESA ANDA

Semua orang mempunyai tabiat yang memudaratkan. Sama ada tabiat merokok, tabiat pergi ke ofis dengan lewat dengan sengaja atau makan dengan cara melampau. Semua ini dilakukan kerana kita sudah terbiasa dengannya. Orang kata alah bisa tegal biasa! Kenapa kita begini? Kita begini disebabkan kita sudah selesa dengan keadaanya. Kita tidak pernah dimarah, tidak pernah dikutuk atau menerima sebarang tekanan kerana melakukannya. Oleh itu kita rasakan tidak perlu berubah.

Apakata keadaan yang tidak baik ini melibatkan wang ringgit dan masa depan? Tahukah anda dengan menukarkan sedikit tabiat anda, anda mungkin akan menjadi lebih produktif? Contohnya dengan bangun awal sedikit, anda boleh menghabiskan sedikit masa dengan membaca buku motivasi untuk membawa anda pergi jauh lagi.

Jika anda selalu bangun lambat. Cuba pergi sekarang ke katil anda dan tutup lampu seperti suasana sebelum anda bangun tidur. Lepas itu sentakkan diri anda seolah-olah terkejut dengan sesuatu. Bingkas terus bangun selepas itu. Praktis aktiviti ini sekurang-kurangnya 5 kali. Selepas ini saya percaya, amat mudah untuk anda aplikasikannya pada waktu pagi yang sebenar!

Aktiviti yang dilakukan untuk “Breaking the Pattern” ini boleh dipraktikkan kepada aktiviti-aktiviti yang lain yang anda ingin pecahkan tabiatnya! Tak percaya cuba semasa merokok, tiba-tiba anda bayangkan apa yang anda sedut adalah asap dari tahi burung dan terus meludahkan puntung rokok keluar! Lakukan beberapa kali sehingga anda pun rasa muak atau tidak lalu untuk merokok! hehe..

SUMBER:Faizal Zabidy.com

10 April 2009

April 10, 2009 - , No comments

6 TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!




4. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.



5. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


6. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.



Punca : Do-It Info

09 April 2009

April 09, 2009 - , No comments

TIPS-MEMBACA

Tahukah anda “Knowledge is power”. Ye Ilmu adalah kuasa dan memang itulah realitinya, jika kita lihat di zaman serba canggih sekarang ni, orang berilmu saja yang akan cepat menguasai keadaan.

Jika kita lihat selalunya orang yang kaya adalah kerana ilmu yang mereka milikilah yang menjadikan mereka menjadi orang yang kaya. Apakah salah satu cara yang mudah untuk kita mendapatkan ilmu selain daripada pergi belajar di sekolah,universiti atau tempat pengajian yang formal? Ye kita boleh pergi ke seminar atau kursus yang kita berkaitan,tapi ada satu cara yang lebih senang dan mudah daripada itu iaitu MEMBACA.

Dalam Islam sendiri semasa Nabi Muhammad S.A.W dipilih untuk menjadi Rasul kepada umat Islam, perkara yang pertama diajarkan oleh malaikat Jibril adalah “Iqra` atau Bacalah.

Contoh terdekat adalah ikon mentor-mentor jutawan seperti Azizi Ali sendiri yang memang rajin membaca sehingga 700 buah buku dan saudara Irfan Khairi juga membaca sebanyak 400 buah buku. Wah banyak mereka ni baca buku, jauh panggang dari api dibandingkan dengan kita. Kalau kedua-dua mentor jutawan ni begitu banyak sekali membaca buku, camner pulak dengan kita ni? Bak kata Nabil aka Raja Lawak, “Lu fikirlah sendiri”


Amalan membaca ni memang dah dijadikan habit atau tabiat oleh kedua jutawan di atas, kerana untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang kita kenalah banyak membaca buku-buku berkaitan dengan bidang tersebut. Jadi jika kita ingin menjadi kaya dan jutawan, kenalah banyak membaca buku-buku berkaitan dengan kewangan, kekayan dan perniagaan.
Tapi kadang-kadang berbagai alasan yang kita timbulkan sendiri seperti “mahal la buku tu”, “berbaloi ke beli buku tu” dan macam-macam alasan lagi.

Cuba anda renungkan kata-kata saudara Osman Affan ni:

Cuba lihat orang-orang yang sudah berjaya. Adakah mereka merungut tentang harga yang perlu dibayar untuk pendidikan minda mereka? Sahabat saya Dr. Irfan Khairi pun pernah bekerja sebagai pencuci lantai di United Kingdom semata-mata kerana hendak mencari duit lebih untuk membeli buku dan menghadiri seminar pembangunan diri yang berharga 3,000 Pounds Sterling (RM20,000). Lihat, apa hasilnya sekarang?

Yang pentingnya, berhenti mencari alasan dan berhenti berfikiran negatif. Mula melabur untuk kekayaan minda anda dengan mula membeli buku-buku yang baik untuk perkembangan minda.

~ Osman Affan

Robert Kiyosaki juga menyatakan benda yang sama iaitu ilmu adalah kuasa bagi yang berilmu dan menyatakan orang berilmu hanya menunggu sahaja peluang untuk menggunakan ilmu yang mereka miliki dan mereka akan mendapat duit darinya.

07 April 2009

April 07, 2009 - , No comments

MOTIVASI-KISAH SEBUAH JAM


Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?” “Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” “Delapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” “Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap saja si jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian bertanya lagi kepada si jam. “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?” “Naaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata si jam.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Renungan :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah melakukannya, kita boleh buat(yes I CAN). Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Itu bergantung kepada kita bagaimanakah kita menjalankan sesuatu pekerjaan dan tugas.
Jangan berkata “tidak” sebelum Anda pernah mencubanya.

06 April 2009

April 06, 2009 - , No comments

Hidup Dalam Kekurangan Wang

Apakah yang akan semakin bertambah dan tidak akan berkurangan?. Selain dari umur anda, harga barangan dan perkhidmatan kemungkinan jawapannya.

Kebelakangan ini, ramai yang merunggut berkenaan kenaikan harga makanan dan harga petrol di pasaran dunia. Dengan kenaikan harga barangan berbanding dengan sumber pendapatan yang tidak makin bertambah, adalah penting untuk kita mempelajari bagaimana untuk menangani keadaan ini dengan lebih cermat.

Apa yang dimaksudkan lebih cermat

Kita kemungkinan tidak gemar untuk lebih cermat pada kehidupan harian kita, tetapi kita akan perlu bercermat pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Jika kita tanya pada nenek moyang kita kepada perkara ini, mereka akan mengatakan bahawa cara hidup mereka pada masa lalu bersangkut paut dengan perkataan ini.

Kehidupan manusia pada masakini yang dapat memiliki pendapatan yang lebih baik berbanding dengan nenek moyang mereka tetapi ada kalanya kita selalu kekurangan wang, jika begini bagaimana untuk menyimpan.

Ini tidaklah memeranjatkan kerana pada masa dahulu anda boleh membeli semangkuk mee dengan berharga 5 sen padahal pada masa kini sekiranya anda memberi 5 sen tersebut peminta sedekah, beliau akan merunggut malah mengeji anda.

Untuk bercermat atau berjimat, bermakna mengurus untuk menyimpan. Mereka yang bercermat selalunya dapat mencari jalan untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga. Walau bagaimanapun untuk berjimat tidaklah bermaksud untuk menjadi seorang yang kedekut.

Bagaimana saya dapat mengamalkan berjimat

Terdapat pelbagai cara untuk hidup di dalam serba kekurangan wang dan di bawah ini beberapa cadangan yang dapat membantu anda:-

Kurangkan perbelanjaan harian anda.
Sebelum membeli sesuatu, tanya pada diri anda :

Perlukah saya membelinya
Bolehkan saya membelinya pada harga lebih murah di tempat lain
Bolehkah saya mendapatnya dengan percuma
Kurangkan pembayaraan yang besar dari budget anda
Keluar tanpa mengunakan kereta dan berjimat pada kegunaan petrol, penyelenggaraan, cukai jalan dan tol atau jika boleh, cuba tukar jenis kenderaan kepada yang berinjin kecil yang menggunakan kurang petrol.

Kurangkan penggunaan
Matikan suis lampu apabila tidak perlukan dan tukar kepada mentol lampu jenis jimat kuasa (energy-saving bulp). Kurangkan penggunaan alat penghawa dingin, membasuh pada muatan yang penuh dan pengeringan pakaian di luar rumah. (daripada menggunakan alat pengeringan pakaian) dan matikan suis perkakas elektrik apabila tidak digunakan.

Kurangkan bahan buangan
Gunakan kedua-dua belah muka kertas apabila mencetak (kearah penggunaan kurang kertas, apabila perlu) dan gunakan kain lampin dari penggunaan lampin pakai buang.

Guna semula atau kitar semula
Kumpul apa juga bahan buangan (mungkin boleh diguna semula untuk kegunaan penanaman sayur-sayuran), berkebun dan tukar bahan buangan kepada wang tunai (kitar semula).

Lanjutkan usia barangan
Ubahsuai pakaian sediaada, gam semula kasut yang tertanggal dan cuba baiki sebelum perlu dibaiki.

Memperbaharui barangan lama
Cat semula perabut yang lama, buat cadar atau selimut dari pakaian lama dan tukarkan meja makan lama kepada meja kerja seperti meja komputer anda. Dalam perkataan yang lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula.

Cari pengganti yang lebih murah
Beli jenama umum bukan yang berjenama, membeli-belah di pasar malam, menyewa daripada membeli.

Anda juga boleh berjimat dengan mengambi kira keperluan anda dengan cara yang kreativ seperti berkongsi dengan orang lain (adik-beradik, jiran, kawan sepejabat dll). Di sini terdapat beberapa cara yang lain untuk berjimat :

Cari hiburan percuma atau yang murah
Berkongsi pada pembelian yang besar
Berkongsi dapat membantu anda untuk memiliki sesuatu pada harga yang murah. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi tangga lipat, alat penggerudi (drill) dan malah alat pembersih hampagas dengan jiran anda.

Anda juga boleh berkongsi banyak alat permainan kanak-kanak dengan kawan atau ahli keluarga dan menumpang kereta juga satu contoh yang baik jika ada kesesuaian.

Bertukar barangan atau perkhidmatan

Ya, kita hidup di dunia moden tetapi siapa kata kita tidak boleh mengamalkan system pertukaran (barter).

Sebenarnya anda boleh memperdagangkan atau bertukar berbagai jenis perkara. Jika anda mahir sebagai pengunting rambut dan rakan anda pula mahir di dalam membakar kek, niagakan skil anda. Anda dan jiran anda dapat saling membantu dan juga dapat berjimat. Fikirkan apakah kemahiran anda, fikirkan perkara-perkara yang anda gemari dan fikirkan apakah perkara yang mahir boleh anda lakukan. Kemudia fikirkan apakah kemahiran dan bakat jiran-jiran, rakan-rakan dan keluarga anda.

Cuba perhatikan jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan anda dan mahu bertukar-tukar perkhidmatan masing-masing. Mulakan dengan perkara yang mudah dahulu dan lihat bagaimana ia akan berkesan kepada anda.

Bagaimana boleh saya berjimat pada hiburan?

Di sinilah salah satu perkara atau tempat yang anda berbelanja dengan banyak tanpa anda sedari. Walau bagaimanapun, ia kemungkinan boleh diperolehi dengan percuma atau hampir percuma.

Disebabkan anda mahu berjimat, tidaklah bermaksud anda tidak boleh berhibur. Tidak kira banyak manakah pendapatan anda, ambil masa untuk bersantai dan berseronok. Ia kemungkinan lebih penting jika anda kekurangan kewangan. Tanpa berseronok, adalah sukar untuk mencapai kehidupan yang sihat. Di sini terdapat beberapa cadangan kepada anda untuk berhibur :

1)Meminjam buku atau hadiri seminar/program secara percuma dari perpustakaan awam.

2)Menyewa DVD dan cuba membuat makanan ringan sendiri apabila menontonnya daripada pergi menonton di panggung.

3)Melawat ke muzium, zoo atau menikmati udara segar di taman berhampiran tempat tinggal anda.

4)Ikuti secara percuma konsert, program kanak-kanak dan aktiviti kekeluargaan dari akhbar atau melalui pusat atau laman web penerangan pelancongan.

5)Ambil bahagian kelas-kelas yang murah yurannya dari pusat pendidikan kemasyarakatan dan pelajari kemahiran yang baru atau meningkatkkan lagi kemahiran anda. Anda boleh juga menjadikan hobi anda seperti melukis, mengukir dll bertukar menjadi sumber pendapatan sampingan anda.

6)Menghadiri pembacaan buku percuma di gedung buku atau perpustakaan.

7)Bersiar, mendaki bukit atau berbasikal untuk menerokka tempat baru atau melawat tempat kegemaran bersama seisi keluarga.

8)Melihat matahari terbenam atau terbit, meneliti bintang-bintang di langit malam, atau membuat riadah bersama keluarga, seperti berkebun buah-buahan (dapat berjimat dari membeli buah-buahan).

9)Satu lagi aktiviti yang menarik yang boleh dicuba adalah ”memerhati gelagat orang”. Apabila berada di taman atau komplek membeli-belah, cuba perhatikan gelagat orang, bagaimana mereka berjalan, berbual dan ketawa dan perhatikan bagaimana para ibubapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Tentu ada yang menarik dan menghiburkan anda dengan percuma tanpa mengeluarkan perbelanjaan langsung.

Kesimpulan

Hidup di dalam kekurangan kewangan tidak bermakna hidup di dalam serba kekurangan. Ia lebih kepada cara kehidupan kita yang bersebab dan tidak semata-mata untuk kehidupan yang lain.

Menjadi seorang yang berjimat untuk segala segi dan perkara di dalam kehidupan adalah batu asas unuk kearah menuju pembangunan kesenangan.

Jika anda berharap untuk menjadi bebas dari beban kewangan satu hari nanti, anda perlulah mempunyai pengurusan kewangan yang menjimatkan sepanjang kehidupan anda, tidak kira dimanakah atau status sumber pendapatan anda.

NST, May 25, 2008 – Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

04 April 2009

April 04, 2009 - , No comments

Impian + Tindakan = Realiti

Semua diantara kita layak untuk memiliki IMPIAN. Daripada golongan kanak-kanak hingga warga emas mempunyai impian dalam hidup walaupun berlainan daripada kebiasaan hidup kita.

Impian ada datang dalam pemikiran seperti angin yang berhembus. Lalu hilang sekelip mata tanpa meninggalkan kesan. Ada impian yang datang ke dalam minda seperti cuaca yang panas, tetapi kembali sejuk di malam hari.

Untuk meninggalkan kesan impian yang mendalam dalam minda kita adalah dengan melakukan TINDAKAN. Melalui perlakuan ini, keinginan untuk mencapai cita-cita akan melekat kedalam kotak minda kita.

Lakukan tindakan untuk mencapai impian itu dengan berterusan walaupun hasilnya belum datang lagi. Apabila kita sudah memulakan tindakan itu bermakna kita sedang menghampiri kemahuan yang diinginkan.

Ada individu yang dapat merealisasikan impiannya dengan cepat dan ada juga individu yang mendapat selepas menanti jangkamasa yang panjang. Walau apa pun tempoh menunggu itu perlu anda nantikan yang pasti apabila impian di susuli dengan tindakan, anda akan menemui REALITI suatu hari kelak

03 April 2009

April 03, 2009 - , No comments

5 Sebab Kenapa Kita Tidak Kaya

Hai MIJI,

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang
tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak
menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa
yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti
mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa
yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.
Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab
mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan
bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,
pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda
menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum
mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak
dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh
seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan
liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang
masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang
keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta
benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan
anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang
daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada
aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit
untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda.


~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus
mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk
mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup
anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Sharifudin

02 April 2009

April 02, 2009 - , No comments

TIP-TIP PILIHAN: Fikirkan tak Boleh!?

TIP-TIP PILIHAN: Fikirkan tak Boleh!?
=====================================

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan
tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri
bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap
kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda
menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah
dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun
tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa
yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan
ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan
bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap
kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran
dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya
Boleh! Saya Boleh".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan
walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan
megucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap
dalam hati sahaja...

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti
saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak
Boleh".

========================================
Salam hormat,

-Irfan Khairi

01 April 2009

April 01, 2009 - , No comments

TIPS PERNIAGAAN INTERNET BHG 2

===============================
Newsletter Daripada Majalah IM
===============================

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

MIJI, apa khabar? Saya berharap anda berada dalam keadaan yang
terbaik.

Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca... Ini
merupakan part 2 jadi, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu
sebelum membaca newsletter hari ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target
market anda?

Yer betul... saya tahu target market anda ialah pengguna Internet.
Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer
pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna
Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda
perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak
akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi
anda.. promosi anda akan lebih berkesan.

Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan
promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya
promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah
boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan.

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh? Beliau merupakan salah
seorang IM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk
tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private
Label Rights(PLR). Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

MIJI, akhir sekali bagaimana anda ingin bermula?

Pada pendapat saya anda perlu cari niche anda tersendiri dan FOKUS
dalam niche anda. Jika anda ingin bergiat dalam adsense... tumpukan
sepenuh perhatian anda dalam adsense dan jika sudah berpuas hati
barulah beralih kebidang-bidang yang lain. Kuasa fokus ini bukan
hanya perlu dalam perniagaan Internet malah dalam perniagaan online
sekalipun kita memerlukan FOKUS supaya betul-betul berjaya.

Sudah ramai yang saya dengar rintihan para newbie.. cuba buat
adsense... tapi sampai sekerat jalan mahu tukar bidang pulak. Tak
tengok lagi berjaya atau tidak. Tapi jika anda dah cuba sedaya
upaya(bukan sekerat jalan yer) dalam sesuatu niche namun tidak
berjaya.. sila tukar niche anda dengan segera kerana niche tersebut
mungkin tidak sesuai untuk anda.

Seperti kata-kata pujangga "Seorang yang pahlawan yang hebat tahu
bila masanya untuk meletakkan pedang" (maksudnya seseorang yang
ingin berjaya perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk berundur)

Baiklah saya sediakan step ringkas apa yang perlu anda lakukan
untuk bermula dalam ebiz:

1) Beli domain + hosting

2) Buat web/blog anda

3) Promosi

4) Dapat duit anda sekarang! ;)

Tidak salah untuk anda target mendapat pendapatan melalui Internet
sebanyak RM1 juta. Tidak salah namun sebelum anda buat target
begitu baiklah saya cadangkan anda buat dulu matlamat untuk short
term biar dapat RM1 dulu daripada internet. Selepas dapat RM1 buat
target baru iaitu RM10 dan seterusnya begitulah sampai anda dapat
mencapai RM1 juta. Pendapatan kami sekarang ialah 5 angka sebulan.

Saya berharap ini sedikit sebanya akan memberikan anda gambaran
awal untuk menajana pendapatan di Internet. Tunggu emel seterusnya
daripada saya!

Labanon,
Team FlareBiz,
http://MajalahIM.com

-------------------
Makluman: Emel ini dihantar kerana anda merupakan subscriber sah
kepada MajalahIM.com. Berikut ialah butiran pendaftaran anda:

Nama: MIJI
Emel: tarmiziahmad@ymail.com
Tarikh Daftar: March 21, 2009

===============================
PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA
===============================

MajalahIM.com merupakan satu portal dimana menyediakan info
perniagaan Internet secara PERCUMA. Anda boleh mendowload Majalah
IM yang dikeluarkan setiap bulan secara PERCUMA.

Oleh itu, jika anda rasakan info yang kami berikan secara PERCUMA
ini memberi manafaat kepada anda, maka kami sangat mengharapkan
agar anda menyebarkan Majalah IM ini kepada sesiapa sahaja dengan
syarat anda tidak menjualnya.