Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

17 April 2009

Adakah Anda Seorang Usahawan?

Adakah Anda Seorang Usahawan?

Walaupun keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Willian E. Jennings, (“A Profile of the Entrepreneur”) telah menjalankan kajian mengenai sikap yang berkaitan dengan usahawan yang menyenaraikan sifat-sifat penting yang dimiliki oleh usahawan iaitu:

Sabar
Sanggup menghadapi cabaran
Sedia bersaing
Berdikari
Kesungguhan untuk mencapai matlamat
Yakin pada diri sendiri
Sihat

Usahawan hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk orang-orang yang inginkan pertandingan dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa.

Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan? Tanya diri anda soalan-soalan berikut:

Adakah anda sanggup bekerja keras dan sacrifice untuk mempastikan perniagaan yang anda bangunkan berjaya?
Adakah anda sanggup bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan dan tanggungjawab berkaitan dengan urusan perniagaan?
Adakah anda berfikiran terbuka, berdisiplin dan komited terhadap keusahawanan?
Adakah anda bersedia menjadi pekerja “multiroles” iaitu anda adalah pekerja dan anda juga adalah ketua dalam organisasi anda?

Bagaimana Memulakannya

Pertama anda harus mempunyai idea atau bidang yang akan anda ceburi. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berhubung dengan idea anda itu. Jalankan penyelidikan berkaitan perkhidmatan, produk atau industri yang berkenaan, cara menghasilkan produk, persaingan dan halangan yang mungkin timbul. Dapatkan nasihat dari usahawan yang telah menceburi bidang tersebut. Baca jurnal, majalah, buku dan penerbitan berkaitan. Hadiri perjumpaan dengan persatuan atau pelanggan industri tersebut. Anda harus memiliki maklumat terkini dengan bidang yang dipilih ini.

Sediakan pelan perniagaan yang lengkap. Sediakan matlamat untuk perniagaan anda tersebut. Pelan perniagaan yang baik membolehkan anda memberi fokus dalam membangun kejayaan.

Mulakan jalinan hubungan atau “networkt” sebaik sahaja anda memulakan perniagaan. Jadilah ahli dalam persatuan professional. Ingat, jalinan hubungan yang berkesan akan membentuk persahabatan yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Pelajarilah cara mendapatkan pembiayaan – dari kawan, keluarga, pinjaman bank, atau dana-dana Kerajaan. Anda harus mengetahui jumlah yang anda ada, jumlah yang anda ingin pohon untuk menggerakkan perniagaan anda dan jumlah yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Tenaga pekerja adalah aset penting untuk berjaya. Anda hanya perlu menggaji pekerja yang anda fikirkan perlu sahaja. Jika anda tiada mempunyai masa untuk menyedia kira-kira syarikat, gajilah seorang akauntan. Dapatkan seorang pembantu untuk membuat kerja-kerja pengkeranian. Dengan ini anda akan mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada mengembangkan perniagaan.

Memulakan perniagaan perlu keyakinan dan mengambil masa. Anda perlu pandai mengagihkan masa untuk kawan, keluarga dan bergembira. Anda harus pandai mengenal batas-batas dunia perniagaan dan dunia peribadi.

Dipetik dari portal usahawan MeCD

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)