TIP-TIP PILIHAN: Fikirkan tak Boleh!?

TIP-TIP PILIHAN: Fikirkan tak Boleh!?
=====================================

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan
tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri
bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap
kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda
menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah
dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun
tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa
yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan
ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan
bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap
kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran
dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya
Boleh! Saya Boleh".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan
walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan
megucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap
dalam hati sahaja...

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti
saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak
Boleh".

========================================
Salam hormat,

-Irfan Khairi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar