29 April 2009

ABANG ABU-MENTOR JUTAWAN

Miji,

Kali ini, saya buat lain sikit kerana, kali ini saya ingin ambil
sedutan daripada Mentor Jutawan seterusnya, tetapi bahagian latar
belakang... bahagian kisah tragis bagaimana, Abang Abu, Usahawan
Jutawan terpaksa lalui sebelum bergelar jutawan!

Oleh kerana mungkin anda belum mengenali Abang Abu (kecuali mereka
di Singapura), so, latar belakang atau kisahnya dapat memberi
gambaran kepada anda bagaimana cekalnya perlu seseorang itu untuk
menjadi jutawan! Ikuti kisah dan strategi kekayaan Abang Abu di
Mentor Jutawan http://www.irfankhairi.com/mentor

===================

IK: Boleh tak Abang Abu kongsikan kisah tragis yang berlaku ke
atas Abang Abu.

Abang Abu: Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1994, ketika saya
berumur 22 tahun. Saya adalah anak sulung dan saya mempunyai 4
orang adik. Adik saya yang ketiga ketika itu berumur 17 tahun.
Beliau telah mendapat tempat di USM. Waktu itu saya hendak
menghantar adik saya. Masa itu saya memandu bersama ibu dan ayah
saya. Dan waktu itu dari Johor Baru ke Penang.

Kira-kira 2 pagi, sesuatu yang saya tak nak terjadi. Kereta yang
saya pandu itu terlanggar divider di Sungai Bakap. Ibu bapa saya
terpelanting keluar dari kereta. Bapa saya meninggal dunia pada
waktu itu dan ibu saya setelah hampir 4 bulan kemudian pula
meninggal dunia. Sebelum itu saya juga dalam keadaan koma selama
beberapa hari. Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah
putus harapan termasuk juga doktor.

Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu.
Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan
berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu.

IK: Tapi yang menariknya Abang Abu, bangun dan menjadi usahawan
yang berjaya.

Apa yang dapat saya rasakan pada waktu itu adalah, keluarga saya
sekarang bergantung pada saya. Dan ketika saya terbaring di
hospital itu, ketika mereka datang melawat saya, saya terdengar
orang bercakap

'Kesian Abu, maknya nak meninggal, bapanya dah meninggal, dia juga
nak meninggal'.

Pada waktu itu, saya sedar tetapi mata saya tidak boleh buka dan
saya hanya boleh dengar.

Tetapi yang aneh saya rasa dalam hati saya, saya selalu berkata;

'Tidak, kenapa saya akan mati, I'm OK, I'm alright'.

Ini yang menguatkan saya ketika itu. Saya ada 4 orang adik waktu
itu. Yang kecil sekali 7 tahun waktu itu, kemudian 11 tahun,
kemudian 17 tahun dan 19 tahun. Semuanya jatuh tanggungjawab ke
atas diri saya pada waktu itu. Saya berada di hospital pada waktu
itu selama 3 bulan di mana badan saya dibalut dengan bandage.

Bila saya boleh balik ke rumah, ibu saya bertanya 'Mana Bapak?'
kerana kisah bapa saya meninggal beliau tidak tahu.

Jadi dari situ, ibu saya sudah mula berputus asa. Dan kira-kira 10
hari selepas saya pulang itu, ibu saya pula meninggal dunia. Jadi
dari situlah kisah betul-betul menyayatkan hati saya bila mak saya
berada dalam pegangan saya.

Saya kata 'Mak tak boleh pergi mak, adik beradik ni ramai.'

Ibu saya hanya menunjukkan ke arah saya. Saya pun menangis waktu
itu, masih mudakan, 22 tahun. Saya cakap 'Tak apalah mak, adik
semua saya boleh jaga, tapi saya ini siapa nak jaga?'

Mak saya hanya menunjuk ke arah atas.

Dan dari situlah semangat saya untuk bangkit kembali.

===================


Miji, kisah Abang Abu memang memberi inspirasi. Infact,
banyak email saya terima mengatakan memang banyak tip & strategi dari
Abang Abu yang dikongsikan. Bagi saya, Abang Abu adalah "underdog"
dalam kompilasi Mentor Jutawan ini, kerana ramai yang tidak
mengenalinya berbanding dengan nama-nama jutawan lain. Tetapi, itu
tidak menghentikan sesiapa pun daripada menggunakan segala strategi
kekayaan yang dikongsikan olehnya- terlalu banyak! Oh ya, untuk
pengetahuan anda, Abang Abu menjadi jutawan 4 tahun kemudian,
ketika berumur 26 tahun! Ingin tahu rahsianya?

So, bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di
http://www.irfankhairi.com/mentor

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email