04 April 2009

Impian + Tindakan = Realiti

Semua diantara kita layak untuk memiliki IMPIAN. Daripada golongan kanak-kanak hingga warga emas mempunyai impian dalam hidup walaupun berlainan daripada kebiasaan hidup kita.

Impian ada datang dalam pemikiran seperti angin yang berhembus. Lalu hilang sekelip mata tanpa meninggalkan kesan. Ada impian yang datang ke dalam minda seperti cuaca yang panas, tetapi kembali sejuk di malam hari.

Untuk meninggalkan kesan impian yang mendalam dalam minda kita adalah dengan melakukan TINDAKAN. Melalui perlakuan ini, keinginan untuk mencapai cita-cita akan melekat kedalam kotak minda kita.

Lakukan tindakan untuk mencapai impian itu dengan berterusan walaupun hasilnya belum datang lagi. Apabila kita sudah memulakan tindakan itu bermakna kita sedang menghampiri kemahuan yang diinginkan.

Ada individu yang dapat merealisasikan impiannya dengan cepat dan ada juga individu yang mendapat selepas menanti jangkamasa yang panjang. Walau apa pun tempoh menunggu itu perlu anda nantikan yang pasti apabila impian di susuli dengan tindakan, anda akan menemui REALITI suatu hari kelak

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email