Followers

29 Ogos 2009

Ogos 29, 2009 - , No comments

Tips Kenal Pasti Web Yang Meragukan

+++++++++++++
TIPS 1
+++++++++++++

Tenangkan MINDA dan lupakan konsep pemikiran "AKU NAK BUAT BANYAK
DUIT DARI INTERNET DENGAN CEPAT"

Tak ada jalan nak buat banyak duit dengan cepat di internet. Jika
ada, semua orang boleh berhenti kerja dan jadi Jutawan.

Minda yang salah dari awal iaitu minda yang inginkan duit semata
- mata dari internet boleh menyebabkan MIJI terpengaruh
dengan pelbagai tawaran dan janji - janji kekayaan mudah.

Jika diikutkan hati dan nafsu, sememangnya kita akan terpengaruh
dengan "ayat jualan" pada web - web tertentu.

Jadi, betulkan minda anda terlebih dahulu.



+++++++++++++
TIPS 2
+++++++++++++

Lupakan dan abaikan laman web - laman web yang menawarkan keuntungan
berlipat kali ganda dengan modal rendah atau tinggi serta yang
menjanjikan kerja - kerja seperti baca email, tengok iklan,
hantar email, klik iklan dan yang sewaktu dengannya.

Web - web yang menjanjikan PULUHAN RIBU juga harus anda jauhi.
Jangan mudah terpengaruh dengan screen shot pendapatan BERIBU
- RIBU setiap hari. Nampak memang "WOW... kagumnyerrr...!" tetapi
hakikatnya bukanlah mudah untuk anda dapat seperti itu.

Terdapat banyak proses dan "learning curve" yang perlu anda tempuhi.



+++++++++++++
TIPS 3
+++++++++++++

Jauhi laman web atau tinggalkan laman web jualan yang agak sukar
untuk melihat siapakah tuan punya badan, maklumat nak hubungi,
menggunakan nama nickname seperti (abang Z, uncle P etc), serta
testimonial yang tidak sahih.

Fikirkan, kenapa MIJI ingin berurusan dengan seseorang yang
mahu menyembunyikan identiti diri? Adakah kerana mereka takut
untuk mendedahkan siapa mereka kerana mereka melakukan kesalahan
atau produk mereka tu tidak benar?

Perhatikan juga testimonial - testimonial yang berada di dalam
laman web mereka. Kebiasaannya testimonial tersebut terlalu memuji
si pemilik produk dan kewujudan pemberi testimoni tak dapat dikesan.

Jika produk - produk yang berasaskan "Buat Duit Di Internet",
boleh dikatakan 99% pemberi testimoni akan turut membekalkan
alamat web mereka sekali.

Jadi mengapa harus kita berurusan dengan penjual yang menyembunyikan
diri dan menggunakan testimonial palsu? Adakah semuanya palsu?

Tidak dinafikan juga ada laman web yang mendedahkan kesemuanya tetapi
produk tidak juga berkualiti. Namun, sekurang - kurangnya kita kenal
siapa orang itu berbanding berurusan dengan seseorang yang langsung
tak dikenali dan tak dapat diketahui latar belakangnya.


+++++++++++++
TIPS 4
+++++++++++++

Lupakan web yang menggunakan perkataan "JOIN".

MIJI mungkin pernah mendapat email SPAM yang sentiasa
mengirimkan maklumat menyuruh kita "JOIN PROGRAM" A, B, C dan
sebagainya.

Biasanya email - email ini akan mengatakan, dengan hanya modal RMXX,
anda bakal meraih RMXX,XXX... Taja 2 - 3 orang, untung 10 level,
dan sebagainya.

Saranan saya, lupakan saja. Hal ini adalah kerana program - program
tersebut tidak sahih dan besar kemungkinan adalah berbentuk SKIM
cepat KAYA saja.

Daripada MIJI masuk skim sedemikian, lebih baik MIJI
sertai program affiliate dan promosikan produk - produk usahawan
internet yang pelbagai. Bukan sahaja tak perlukan modal, malah
komisyen yang diraih juga adalah tinggi.

Atau cara lain, sertai syarikat Direct Selling yang telah terbukti
kesahihannya seperti DCL, Amway, Zhulian etc dan buat marketing
secara online.

Jangan mudah terpengaruh dengan "program - program baru" ataupun
program - program berunsurkan "pelaburan". Sekali lagi, MINDA
haruslah diperbetulkan.


+++++++++++++
Penutup
+++++++++++++

Saya berharap penerangan dan tips - tips yang saya berikan ini
sedikit sebanyak dapat membantu MIJI untuk mengharungi
perjalanan dunia pemasaran internet.

Perkara yang akan menjadi MIJI kaya di internet adalah
apabila MIJI menguasai CARA BAGAIMANA untuk melakukan
PEMASARAN menerusi internet.

Kalau MIJI ada produk terbaik di dunia sekalipun, tetapi
tak tahu cara nak memasarkannya, maka tiada gunanya.

Akhir kata, belajarlah dan kuasailah aspek pemasaran internet
(internet marketing) dengan segera dan lupakan segala macam bentuk
janji - janji buat duit. :)

Salam Ramadhan & Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.

ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.peluanginternet.com

26 Ogos 2009

Ogos 26, 2009 - , No comments

Pemilik jenama Aura Seri, Datin Nor Zaina Abdul Ghani

Zaina pernah jual lidi sate

Oleh DEWI ABDUL RAHMAN

Pemilik jenama Aura Seri, Datin Nor Zaina Abdul Ghani hampir berpisah dengan suami gara-gara hidup susah.





MEMULAKAN kerjaya sebagai pembantu pengurusan di sebuah hotel di Pulau Pinang 11 tahun lalu, Datin Nor Zaina Abdul Ghani, 32, kini boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai Pengarah Urusan Positive Image. Syarikat itu terkenal dalam bidang kecantikan dan spa khususnya di bawah jenama Aura Seri.

Nor Zaina juga pernah tersenarai dalam Anugerah Mentor menerusi program Peruncitan Mara, finalis Wanita Ikon 2007 anjuran majalah Wanita dan tercalon dalam Glamorous Woman 2007 oleh majalah Glam.

“Dulu saya bukanlah seorang yang suka berniaga. Saya takut dan malu berdepan dengan orang, inikan pula untuk menjual barang,” katanya mengimbas kenangan ketika beliau berusia 20 tahun dan bekerja di hotel.

Namun, menurut Nor Zaina, di situ jugalah beliau bertemu bakal suami, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad, yang bekerja di hotel yang sama. Kini Ibrahim, 42, merupakan seorang pakar motivasi.

Perkahwinan yang dilayari pada usia muda itu bagaimanapun menghadapi ujian selepas suaminya berhenti kerja, diikuti Nor Zaina sendiri atas alasan mahu mencari kerja lain.

“Tidak lama kemudian, kami tiada langsung sumber pendapatan. Kebetulan pula saya sedang mengandung anak pertama, Mohd. Danish Irfan.

“Jadi segala perbelanjaan isi rumah kami bergantung pada duit simpanan suami. Malah kami terpaksa menumpang di rumah ibu saya,” ujarnya.

Selepas berhenti kerja, pelbagai pekerjaan lain telah mereka cuba termasuk menjalankan perniagaan jualan langsung.

“Bukan itu saja, saya juga pernah jual kain dari rumah ke rumah dan menjual lidi sate untuk mendapatkan wang,” kenang beliau.

Menumpang di rumah ibu

Sungguhpun telah berusaha, pasangan ini masih hidup susah. Bahkan menurut Nor Zaina, beliau hampir disuruh berpisah dengan suami kerana keluarga tidak suka dengan keadaan mereka pada masa itu apatah lagi sudah setahun mereka menumpang di rumah ibu Nor Zaina.

“Oleh kerana takut bergelar janda, saya kuatkan hati dan ikut suami. Dalam masa yang sama, suami juga mendalami ilmu dalam bidang perubatan alternatif,” kata wanita kelahiran Bagan Serai, Perak ini.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan hidup beliau, Nor Zaina mengatakan suaminya banyak membantu dalam menjadikan siapa dirinya kini.

“Saya memang tak nak terlibat dalam bisnes. Jadi pada masa itu agak sukar bagi suami untuk meyakinkan saya. Tapi kerana percayakan kebolehan saya, dia terus mendorong,” luahnya.

Pada masa itu, Ibrahim sudah pun menubuhkan Positive Mind Resources iaitu sebuah syarikat motivasi.

“Saya masih ingat pertama kali kami buat kursus, hanya seorang yang hadir walaupun yurannya cuma RM150.

“Tapi kini Alhamdulillah setiap kali kami mengajurkan kursus, perolehan kami lebih daripada yang dijangkakan,” ujar Nor Zaina.

Setelah berada dalam keadaan yang agak selesa, pasangan ini berhijrah ke Kuala Lumpur. Kursus pertama yang mereka anjurkan di bandar raya ini berjaya memperoleh kira-kira RM41,000.

Beli produk dapat insurans

“Bermula dari situlah kami bertapak di sini dengan membuka pejabat di Gombak, Selangor. Kemudian, kami keluarkan produk Aura Seri iaitu Aura Seri Wajah dan Aura Genius,” tuturnya yang sememangnya ringan mulut.

Bagi ibu kepada dua orang anak ini, naik turun dalam hidup adalah satu percaturan.

“Dalam perniagaan, strategi kena betul. Saya akui turut terlibat dalam bidang hiburan untuk memperluaskan empayar niaga.

“Bukan untuk menjadi terkenal sebaliknya demi kebaikan kedua-dua pihak,” jelasnya yang banyak menganjurkan karnival amal untuk anak-anak yatim.

Kini, setelah empat tahun terlibat dalam perniagaan, lebih banyak produk yang dihasilkan Aura Seri.

Terbaru, satu produk perlindungan khusus bagi kaum wanita dihasilkan termasuk pembiayaan insurans selama setahun.

“Bagi setiap pembelian produk Aura Seri Nur, pengguna akan ditawarkan insurans perlindungan percuma sehingga RM10,000 untuk tempoh setahun.

“Ini adalah satu-satunya produk kosmetik yang menawarkan insurans kepada wanita dalam jumlah yang amat memadai,” katanya ketika ditemui di Aura Seri Spa & Beauty di Gombak.

SUMBER=KOSMO!Online

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak :)
-Miji

17 Ogos 2009

Ogos 17, 2009 - , 1 comment

TIPS MENGAWAL EMOSI

TIPS MENGAWAL EMOSI

1.selalu berfikiran positif,dan logik.
2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
5. sentiasa memaafkan orang lain.
6. selalu berdoa.
7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. selalu bersenam.
9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.mempunyai rehat yang cukup.

Dipetik daripada:http://www.angrianiworld.com/

15 Ogos 2009

Ogos 15, 2009 - 5 comments

TIPS KEJAYAAN-DR.FADHILAH KAMSAH


Tips Dr Fadhilah Kamsah:

1. Membentuk matlamat dan niat untuk menjadi manusia terbaik!

2. Manjaga ibadah dan bersolat

3. Berdisplin

4. Sentiasa memperbaiki diri

5. Mencari keberkatan (rezeki, ilmu dan masa)

6. Sentiasa menghormati oarng lain

7. Bertanggungjawab dan setia

8.Berfikiran positif

9. Team work

10.Sentiasa bersemangat, ceria dan memberikan lebih dari yg diminta

13 Ogos 2009

Ogos 13, 2009 - , No comments

10 Cara Membina Motivasi Diri

1)Perbaiki imej anda

Cuba lakukan sedikit perubahan Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum

Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang

Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah Bertegaslah dengan diri anda sendiri.

Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

12 Ogos 2009

Ogos 12, 2009 - , No comments

ARTIKEL: BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

ARTIKEL: BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA
=====================================

Miji,

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

ps: Jangan lagi melengahkan masa dalam memulakan perniagaan. Sertai
seminar "Cara Bagaimana Untuk Mencapai Kejayaan Perniagaan Dalam
Masa Singkat dan Pelaburan yang Minimum" di

http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/

11 Ogos 2009

Ogos 11, 2009 - , No comments

Kisah Perniagaan Internet


INTAN BAIZURA



Berjenama tetapi murah

Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

Jenama-jenama terkenal pakaian bayi dan ibu mengandung seperti Ralph Lauren, Monsson, BabyGap, Zara Baby, Next, GapMaternity dan Mamas&Papas adalah antara yang boleh didapati pada harga yang lebih rendah di laman sesawang stylingdarling.com




Di mana anda boleh dapatkan pakaian berjenama antarabangsa terkenal pada harga yang berpatutanuntuk bayi dan ibu mengandung?

Baik untuk bayi perempuan atau bayi lelaki baru lahir sehingga usia tiga tahun, laman sesawang stylingdarling.com adalah jawapannya.



INTAN BAIZURA bergiat aktif dalam bisnes secara talian.



Menurut Pengarah Urusan Pemasaran stylingdarling.com, Intan Baizura Ismail, 26, laman web yang dilancarkan enam bulan lalu itu menawarkan pelbagai fesyen terkini khusus buat bayi dan ibu mengandung.

"Semua orang kini boleh memiliki pakaian jenama antarabangsa untuk bayi dan ibu mengandung dengan lebih mudah pada harga serendah RM19 sepasang," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.




Selain pakaian bayi, beberapa aksesori jenama terkenal antarabangsa turut ditawarkan kepada pelanggan.

Antara jenama pakaian bayi yang ditawarkan di stylingdarling.com adalah Ralph Lauren, Monsson, BabyGap, Zara Baby, Next dan M&S.





"Baju bayi paling mahal yang dijual di stylingdarling.com berharga RM113 sepasang. Harga ini sebenarnya amat rendah. Jika di pasaran tempatan, baju dengan jenama Zara Kids ini mungkin dijual pada harga kira-kira RM300 sehelai," katanya.

Untuk baju ibu mengandung pula, jenama yang ditawarkan termasuklah GapMaternity, NextMaternity dan Mamas&Papas.





Menurut Intan Baizura, kesemua pakaian yang dijual di stylingdarling.com didatangkan dari Eropah.

"Kami mempunyai wakil jualan di sana. Mereka bukan sekadar membuat tempahan dan mengambil tempahan yang kami minta. Bahkan, mereka juga akan memantau rekaan terkini untuk kami tawarkan kepada pelanggan di Malaysia," katanya.





Selain itu, Intan juga memberi jaminan sekiranya pakaian yang dibeli mempunyai masalah, barang itu akan ditukar tetapi sebarang kos penukaran perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

"Jangan risau. Kami ada polisi pulang balik barang. Namun, kosnya ditanggung sendiri oleh pelanggan yang tidak berpuas hati selepas membuat pilihan," katanya.

Menurutnya, perniagaan cara ini menjimatkan kos sewa kedai, selain menjamin pakaian yang diiklankan adalah mengikut fesyen terkini.

Katanya, tujuan perniagaan dalam talian ini adalah untuk memenuhi kehendak pengguna yang begitu mementingkan gaya, khususnya golongan ibu bapa moden.

Perbezaan stylingdarling.com dengan perniagaan dalam talian yang lain adalah dari segi jenama, rekaan, harga dan perkhidmatan.

"Koleksi pakaian akan dipilih berdasarkan apa yang sesuai dengan kecenderungan pengguna tempatan.

"Di negara ini, susah untuk kita melihat anak-anak memakai pakaian yang bergaya. Apa yang kami lakukan ini mungkin satu pendekatan yang baik," katanya.

Sempena pengenalan stylingdarling.com, pelanggan yang membuat pembelian lebih daripada RM200 layak menerima sebuah tempat meletak baju tidur secara percuma.

Apa yang perlu dilakukan adalah melayari laman web, pilih dan buat pembayaran secara dalam talian. Dalam tempoh tiga hingga empat hari, barang yang ditempah akan dihantar terus ke rumah anda dengan kos penghantaran serendah RM3.30.

Untuk membuat tempahan, sila layari laman web www.stylingdarling.com.


SUMBER: KOSMO!Online

10 Ogos 2009

Ogos 10, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-5 LANGKAH TINGKATKAN DIRI

langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.


3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… “. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ’standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ’standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ’standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ’standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ’standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ’standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ’standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ’standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ’standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003

09 Ogos 2009

Ogos 09, 2009 - , No comments

8 langkah asas dalam menghadapi masalah.





8 langkah asas dalam menghadapi masalah.

Langkah-langkah tersebut adalah :

1)Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi.


2)Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negati. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

3)Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

4)Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

5)Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

6)Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

7)Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

8)Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

08 Ogos 2009

Ogos 08, 2009 - , No comments

7 MITOS MENGENAI BERNIAGA



7 Mitos tentang Berniaga Berikut adalah 7 mitos kenapa ramai orang memilih untuk berniaga……

1. Saya tidak perlu kerja kuat, boleh goyang kaki.
Hakikat- Anda perlu bekerja lebih kuat, perlu lebih banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk bisnes anda. Namun begitu mungkin anda rasa seronok bekerja walaupun secara ‘overtime kerana potensi untuk anda mendapat lebih keuntungan adalah bergantung atas komitmen dan kerja keras anda.

2. Saya boleh jadi boss.
Hakikat- Benar kerana bisnes anda, andalah boss takkan nak lantik orang lain jadi boss pulak. Namun begitu anda masih perlu berurusan dengan pihak-pihak lain seperti pelanggan dan pembekal. Dalam lain perkataan anda perlu jugak patuh kepada kehendak mereka , dahlah tu kena pulak pandai ambil hati mereka. Hakikatnya merekalah boss dan bukannya anda.

3. Saya boleh letak harga tinggi kerana saya mempunyai kelulusan dan kepakaran yang tinggi.
Hakikat- Anda mempunyai pesaing yang sentiasa mencari peluang untuk menandingi anda. Mereka mungkin menawarkan kualiti dan perkhidmatan yang sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Secara logiknya , pelanggan akan memilih mereka daripada anda. Meletakkan harga yang sangat tinggi tidak akan membantu dalam perniagaan kecil-kecilan.

4. Saya tidak perlu berurusan dengan orang yang saya tidak suka
Hakikatnya- Anda mesti berurusan dengan segala macam karenah pelanggan yang seribu kali lebih teruk dari boss anda. Anda terpaksa juga menerima segala kritikan dan umpatan mereka. Jika tidak dilayan nanti tersebarlah pulak segala cerita yang tidak baik tentang bisnes anda. Seperti yang saya katakana tadi, pelanggan anda adalah boss anda dan siapa lagi yang membawa keuntungan kepada perniagaan anda selain dari pelanggan. Jadi bertambahlah lagi pening kepala, bukan.

5. Saya mempunyai masa saya sendiri
Hakikat-Benar anda mempunyai masa anda sendiri dan sukahati andalah untuk pergi kerja pukul berapa atau nak bekerja berapa lama dalam sehari. Namun begitu semakin lama anda didalam perniagaan, anda akan memerlukan lebih banyak masa untuk maintainkan perniagaan. Mungkin anda akan lebih sibuk dari sebelumnya.

6. Saya bebas akhirnya
Hakikat- Bebas dari segi apa dan untuk buat apa? Benar anda bebas untuk buat apa yang anda suka kerana ini adalah bisnes anda tetapi anda perlu mempunyai jadual yang ketat untuk urusan bisnes dan keluarga. Mungkin juga akan menggangu waktu rehat dan waktu yang patut diluangkan bersama kelauarga.

7. Saya bagus dan berkelulusan tinggi, saya pasti berjaya dengan cepatnya.
Hakikat- Kadangkala didalam realiti orang berniaga, kelulusan dan kerja keras tidak memadai. Anda perlukan masa untuk berjaya. Dengan bersabar, peluang untuk anda berjaya akan lebih cerah. Jadi sentiasalah berfikir secara praktikal dan bijak dalam segala usaha untuk mendapat

SUMBER: AZIAN HASAN

06 Ogos 2009

Ogos 06, 2009 - , No comments

Jangan takut dengan duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI, semoga anda berada dalam keadaan yang ceria dan sihat.
Jika sakit atau demam cepat-cepatlah pergi ke klinik kerana
sekarang penyakit H1N1 semakin meruncing.

MIJI, pada hari ini kami ingin berkongsi sesuatu yang berguna
kepada anda. Adakah anda seorang yang takut dengan wang?

Masyarakat kita sering mempunyai tanggapan negatif terhadap wang
ataupun duit. Semasa kecil, kita sering dengar, "Duit banyak pun,
bukannya boleh bawa ke kubur". Atau peribasa Inggeris ada menyebut
"Money cannot buy happiness".

Cerita-cerita di TV juga sering menonjolkan bahawa semua orang kaya
adalah jahat dan menipu. Bukan itu sahaja mereka juga dilabelkan
sebagai seorang yang kedekut, sombong dan bongkak.

MIJI, sebenarnya langkah pertama untuk anda mencapai kekayaan
ialah dengan membuang segala tanggapan negatif terhadap wang. Kini
masyarakat kita ramai seakan takut dengan wang kerana takut kita
dianggap seperti perkara di atas.

Pelajari daripada masyarakat Cina, mereka menganggap kekayaan dan
kemewahan sebagai budaya mereka.

Tidak dinafikan bahawa wang memang boleh mengubah seseorang itu...
tetapi ini bergantung kepada banyak faktor antaranya ialah keimanan
dan ketakwaan seseorang individu. Semoga kekayaan yang bakal kita
semua kecapi mengarah kepada kebaikkan.

Sekian,
Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz.

p.s: Jadi MIJI, jangan lagi takut dengan wang kerana semakin
anda takut dengan wang, semakin jauh diri anda dari kekayaan. Think
positive! :)

05 Ogos 2009

Ogos 05, 2009 - , No comments

Mozarela susu kerbau




Apa yang penting ialah minat dan keazaman.

Itulah yang dipegang oleh usahawan Mohamed Zamberi Abd Razak, 38, yang kini merupakan seorang penternak kerbau. Pada masa yang sama, beliau juga berjaya menghasilkan keju mozarela.

Beliau yang merupakan graduan pelukis pelan Institut Latihan Perindustrian (ILP) berjinak-jinak dengan bidang penternakan apabila merasakan dirinya lebih gemar bekerja sendiri dan bebas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penternakan dengan menternak kambing di Abi, Perlis pada tahun 2002.

Enam tahun kemudian, beliau mengambil alih ladang ternakan kerbau, Buffalo Park, Langkawi yang diswastakan oleh Jabatan Haiwan dan Veterinar Kedah.

Kerbau Murrah

Beliau yang merupakan Pengerusi Koperasi Usahawan Ternak Ruminan Utara Berhad kemudian mengkormersialkan ladang tersebut dengan memasukkannya ke dalam peta dan majalah pelancongan Langkawi.

"Pada awalnya, pusat ternakan itu mempunyai 60 ekor kerbau yang diambil dari Perak. Namun apabila diperiksa tahap kesihatannya, hanya 31 ekor sahaja berada dalam
keadaan baik.


"Kita juga ada mengambil kerbau jenis Murrah dari India kerana kerbau jenis ini sangat popular di sana dan mudah didapati," katanya ketika ditemui di ladang ternakannya di Buffalo Park, Kampung Nyior Chabang, Langkawi.

Mohamed Zamberi memberitahu, memelihara haiwan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana haiwan ini berdepan dengan kemungkinan menghidap pelbagai penyakit dan memerlukan pemantauan kesihatan secara kerap.

"Saya juga percaya sekiranya kita melayan haiwan peliharaan dengan baik dengan memberi makanan yang cukup dan sentiasa membelainya pasti ia akan membalas jasa kita," ujarnya.

Khasiat susu kerbau

Selain memelihara ternakan itu, beliau mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan produk hiliran berasaskan kerbau.

Ini kerana katanya mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar susu kerbau yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Susu kerbau kaya dengan kalsium, karbohidrat dan rendah kolesterol mampu memberikan tenaga yang lebih kepada manusia.

"Susu kerbau, dadih dan ais krim adalah produk awal yang dijual di Buffalo Park dengan menggunakan bahan asasnya iaitu susu kerbau tanpa dicampur dengan sebarang bahan pengawet. Lebih istimewa produk yang dihasilkan itu menggunakan resipi sendiri," katanya.

Lebih menarik, sejak 1 Julai lalu beliau turut mencuba sesuatu resipi unik iaitu menghasilkan keju mozarela.

Walaupun penghasilan keju bukan sesuatu perkara yang mudah apatah lagi Malaysia bukan merupakan pengeluar keju, namun bagi Mohamed Zamberi itu bukan halangan baginya untuk menghasilkan sesuatu perkara yang baru.

Keju

Menurut Mohamed Zamberi, dalam sehari sebanyak 20 kilogram (kg) susu diperah bagi menghasilkan keju dengan setiap satu kg keju memerlukan lima kg susu kerbau. Ia dijual pada harga RM100 bagi satu kg keju manakala 200 gram keju pula berharga RM25.

Beliau juga mahu Buffalo Park dijadikan sebagai salah satu pusat agro-pelancongan dengan merancang idea-idea baru seperti menghasilkan coklat berasaskan susu kerbau, membina calet di sekitar kawasan itu dan menghasilkan baja kompos daripada najis haiwan tersebut.

Sumber:KOSMO!Online

04 Ogos 2009

Ogos 04, 2009 - , No comments

Tips Jika Ingin Menjadi Seorang Yang Berjaya Dan Kaya!

Jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya, tips berikut boleh anda ikuti dan praktikkan.
..
1. Jika anda mempunyai hutang keliling pinggang, pastikan anda selesaikan semua hutang-hutang ini. Jangan bermimpi hendak bergaya berlebih-lebihan selagi hutang yang menimbun tu tak dijelaskan. Terutama sekali jika ada hutang rumah, hutang kereta ataupun hutang kad kredit, hutangdengan ayah, mak, adik beradik atau sesiapa sahaja.
..
2. Jika anda mempunyai pendapatan tidak kira samada tetap atau secara sampingan, pastikan anda membuat simpanan sebahagian besar pendapatan tersebut dan pastikan ia mampu menampung kehidupan anda selama satu ataupun dua tahun.
..
3. Cadangan terbaik menyimpan 60 peratus dan berbelanja hanya 40 peratus. Kalau dapat simpan lebih dari tu lagilah bagus.
..
4. Kalau boleh, beli sesuatu secara tunai, bukan pakai dulu baru bayar. Kalau dapat berpuasa dan kawal nafsu dari meminjam,itu lebih berkesan.
..
Ingat,
Sediakan payung sebelum hujan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian.. bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri... - Noorizam Shah

Sumber:Usahawan Bistariusahawan bistari

03 Ogos 2009

Ogos 03, 2009 - , No comments

TIPS-MENGUBAH KEBIASAAN

TIPS-MENGUBAH KEBIASAAN


Ramai yang kecewa bila menerima kegagalan dalam apa jua yang diceburi, sama ada kerjaya, belajar atau mungkin juga dalam percintaan. Jangan tanya tentang kejayaan atau apa itu kecemerlangan sekiranya anda masih berusaha di di tahap yang biasa. Anda sebenarnya masih hanya berada di takuk lama cuma impian sahaja untuk mencapai kejayaan. Bukan mudah untuk berjaya atau cemerlang. Oleh kerana itulah, anda perlu mengubah kebiasaan yang mungkin anda masih lakukan sekarang.



Sifir mudah, bagaimana anda mengharapkan kejayaan pada tahap 100% jika kebiasaannya anda berusaha hanya 50%? Seorang pelajar tidak akan berjaya mendapa 9A sekiranya usaha hanya sekadar untuk lulus sahaja. Begitu juga jika anda sebagai seorang yang berstatus bujang yang hanya kebiasaannya hanya menunggu orang lain datang untuk mengorat dan mengenali anda. Anda mengharapkan pengunjung yang akan mengunjungi blog anda sedangkan kebiasaannya anda hanya menulis idea baru hanya seminggu sekali. Bagaimana anda boleh mengharapkan kejayaan yang hebat sedang daya usaha anda hanya sekadar biasa?

Untuk berjaya, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah mengubah kebiasaan yang anda lakukan. Keluar dari kepompong yang melindungi anda. Mengapa tidak mahu keluar sebagai seekor rama-rama yang berwarna-warni. Bukan mudah membina perubahan diri kerana selalunya kebiasaan yang selalu dilakukan lebih besar pengaruhnya pada diri. Setiap keputusan juga akan selalu dilakukan dalam kotak pemikiran yang sering dilakukan tanpa terlintas pun untuk berfikir di luar kebiasaan kita. Jika prinsip ini dapat dipecahkan dalam diri anda, percayalah anda akan dapat menentukan langkah-langkah kejayaan seterusnya untuk diri anda.

ARTIKEL DARIPADA:IZOBLOG.COM

01 Ogos 2009

Ogos 01, 2009 - , No comments

3 CARA KAMI BELAJAR BUAT DUIT DI INTERNET

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hi MIJI, kami Team FlareBiz di sini. Semoga anda berada dalam
keadaan yang sentiasa sihat dan ceria dalam melakukan kerja
seharian.

Hampir setiap hari kami menerima email daripada subscriber kami
yang mengatakan rasa tertipu setelah membeli produk-produk usahawan
Internet yang semuanya berkisar bagaimana untuk membuat duit dengan
cepat.

Kami faham dengan nasib dan masalah mereka kerana telah
menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan
produk-produk ini yang di harap dapat mengubah nasib mereka. Tetapi
sebaliknya yang berlaku.

SUMBER:Team FlareBiz

Dapatkan e-book "6 TIPS ASAS ILMU KEWANGAN PELAJAR"
E-BOOK 6TAKP