Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

05 Ogos 2009

Mozarela susu kerbau




Apa yang penting ialah minat dan keazaman.

Itulah yang dipegang oleh usahawan Mohamed Zamberi Abd Razak, 38, yang kini merupakan seorang penternak kerbau. Pada masa yang sama, beliau juga berjaya menghasilkan keju mozarela.

Beliau yang merupakan graduan pelukis pelan Institut Latihan Perindustrian (ILP) berjinak-jinak dengan bidang penternakan apabila merasakan dirinya lebih gemar bekerja sendiri dan bebas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penternakan dengan menternak kambing di Abi, Perlis pada tahun 2002.

Enam tahun kemudian, beliau mengambil alih ladang ternakan kerbau, Buffalo Park, Langkawi yang diswastakan oleh Jabatan Haiwan dan Veterinar Kedah.

Kerbau Murrah

Beliau yang merupakan Pengerusi Koperasi Usahawan Ternak Ruminan Utara Berhad kemudian mengkormersialkan ladang tersebut dengan memasukkannya ke dalam peta dan majalah pelancongan Langkawi.

"Pada awalnya, pusat ternakan itu mempunyai 60 ekor kerbau yang diambil dari Perak. Namun apabila diperiksa tahap kesihatannya, hanya 31 ekor sahaja berada dalam
keadaan baik.


"Kita juga ada mengambil kerbau jenis Murrah dari India kerana kerbau jenis ini sangat popular di sana dan mudah didapati," katanya ketika ditemui di ladang ternakannya di Buffalo Park, Kampung Nyior Chabang, Langkawi.

Mohamed Zamberi memberitahu, memelihara haiwan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana haiwan ini berdepan dengan kemungkinan menghidap pelbagai penyakit dan memerlukan pemantauan kesihatan secara kerap.

"Saya juga percaya sekiranya kita melayan haiwan peliharaan dengan baik dengan memberi makanan yang cukup dan sentiasa membelainya pasti ia akan membalas jasa kita," ujarnya.

Khasiat susu kerbau

Selain memelihara ternakan itu, beliau mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan produk hiliran berasaskan kerbau.

Ini kerana katanya mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat sebenar susu kerbau yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Susu kerbau kaya dengan kalsium, karbohidrat dan rendah kolesterol mampu memberikan tenaga yang lebih kepada manusia.

"Susu kerbau, dadih dan ais krim adalah produk awal yang dijual di Buffalo Park dengan menggunakan bahan asasnya iaitu susu kerbau tanpa dicampur dengan sebarang bahan pengawet. Lebih istimewa produk yang dihasilkan itu menggunakan resipi sendiri," katanya.

Lebih menarik, sejak 1 Julai lalu beliau turut mencuba sesuatu resipi unik iaitu menghasilkan keju mozarela.

Walaupun penghasilan keju bukan sesuatu perkara yang mudah apatah lagi Malaysia bukan merupakan pengeluar keju, namun bagi Mohamed Zamberi itu bukan halangan baginya untuk menghasilkan sesuatu perkara yang baru.

Keju

Menurut Mohamed Zamberi, dalam sehari sebanyak 20 kilogram (kg) susu diperah bagi menghasilkan keju dengan setiap satu kg keju memerlukan lima kg susu kerbau. Ia dijual pada harga RM100 bagi satu kg keju manakala 200 gram keju pula berharga RM25.

Beliau juga mahu Buffalo Park dijadikan sebagai salah satu pusat agro-pelancongan dengan merancang idea-idea baru seperti menghasilkan coklat berasaskan susu kerbau, membina calet di sekitar kawasan itu dan menghasilkan baja kompos daripada najis haiwan tersebut.

Sumber:KOSMO!Online

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)