Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

09 Disember 2008

USAHAWAN LEMBU
















Kisah bisnes musim raya
Oleh AHMAD SYUKRAN mailto:ZAINUDDINahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.myom.my





Meskipun perniagaan ini cukup menggalakkan, namun pemiliknya Muhammad Razali Abdullah mengakui terpaksa menelan pahit getirnya ketika keadaan ekonomi yang kurang stabil.






BAU tengik dan keras yang menusuk hidung itu boleh membuatkan mata berpinar. Bagi yang mereka tidak biasa, langkah terbaik ialah cuba menahan nafas selama mungkin ketika melintasinya.






Apabila kawanan binatang ternakan ini bergerak bersama-sama, timbul pula 'masalah' lain. Debu-debu yang berterbangan boleh menyebabkan pesakit asma terpaksa menyedut inhaler sepanjang malam.


Namun, dua tiga orang kanak-kanak dan lelaki dewasa yang berasa di situ sudah seakan imun dengan situasi tersebut. Seperti tiada apa yang berlaku, mereka meneruskan kerja seperti biasa.
Tong-tong berisi palet makanan itu terus dituang, sebelum dinikmati oleh sekumpulan lembu pelbagai saiz. Sementara seorang lelaki bertubuh kurus memegang sebatang besi, menolak-nolak tubuh lembu sambil sesekali menjerit memberi 'arahan' kepada binatang ternakan itu.



Seminggu dua ini, kandang sederhana besar yang terletak di Sungai Tua Tambahan, berhampiran Batu Caves Selangor itu nampaknya cukup meriah.
Setiap hari, ada sahaja lembu dan kambing dibawa masuk. Ia datang dari beberapa buah negeri, malah ada yang berkelana jauh melepasi sempadan Thailand.



Saban hari juga, binatang ini bertukar tangan antara pemiliknya dengan individu atau wakil qariah dari masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Lebih-lebih lagi, apabila umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari raya Korban hari ini.



Orang yang paling sibuk pastinya dua beradik ini, Mohd Salehuddin, 23, dan Mohd Syarifuddin Muhammad Razali, 17. Meneruskan kesinambungan perniagaan yang dimulakan oleh ayah mereka sejak sekian lama, pastinya menuntut minat dan kesabaran yang cukup tinggi.



"Masa mula-mula dulu memang susah. Umur baru darjah empat sudah tolong ayah pergi beli ikan dan hantar sayur. Masa darjah lima pula, perniagaan ternakan ini dimulakan secara kecil-kecilan.




"Sampai satu tahap, pernah angkat kambing naik motor sebab tak ada lori. Sekarang Alhamdulillah, sudah ada dua buah lori. Saya memang minat kerja ini, rasa gembira bila dapat tengok kambing," kata Syarifuddin yang masih termengah-mengah selepas membantu mengalihkan beberapa ekor lembu dari atas lori ke dalam kandang.














Abangnya, Salehuddin yang lebih mesra dengan panggilan Udin memberitahu, sudah lebih 17 tahun dia membantu ayahnya. Tetapi tidak pernah terfikir pula untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya.





"Bermula tahun lepas, apabila ayah sakit dan tidak boleh buat lagi. Jadi saya dengan Syarif yang uruskan dari segi kemasukan lembu, kuarantin, makanan, pembelian, proses menggemukkan lembu dan sebagainya.





MUHAMMAD RAZALI mengakui kos makanan yang tinggi menyebabkan ramai penternak mengalami kerugian.



"Seronok rupanya perniagaan ini. Kita boleh nampak berkatnya. Saya mula pelihara kambing dengan hanya 15 ekor, dalam tempoh enam bulan bilangannya bertambah sehingga 51.
"Berbeza kalau berurusan dengan manusia, kita akan berjumpa pelbagai kerenah dan ada kemungkinan pula kena tipu. Kami pernah rugi sehingga ratusan ribu dengan macam-macam pelaburan.
"Jadi, daripada berurusan dengan manusia, 'berinteraksi' dengan binatang ternakan lagi bagus. Tidak sakitkan hati, kita beri dia makan, dia beri kita hasil," kata pelajar lepasan diploma syariah dari Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Manir Terenganu ini, tersenyum.
Menurut Udin, bekalan lembu biasanya diperoleh daripada pembekal di Thailand, selain negeri-negeri di semenanjung. Lembu dari Thailand menjadi pilihan kerana lembu tempatan tidak banyak dan fizikalnya yang kurus.

Namun, risiko lembu dari Thailand tetap ada. Ia mungkin terdedah kepada penyakit seperti penyakit kaki dan mulut. Sebab itulah ia perlu dikuarantinkan dan diperiksa bagi memastikannya bebas daripada sebarang penyakit.

Setelah disahkan sihat, permit perlu disediakan bagi membolehkan lembu-lembu ini melepasi sempadan Thailand dan negeri-negeri terbabit sebelum sampai ke kandangnya.
Di kandang, bermulalah proses menggemukkan lembu. Ini kerana tempoh selama 40 hari dikuarantin di Padang Besar, Perlis membuatkan tubuh lembu menjadi susut.





MOHD SALLEHUDDIN
"Tidak ada orang hendak beli lembu yang kurus. Jadi, kami ambil masa sehingga tiga bulan untuk menggemukkannya dengan cara beri makan, terutamanya palet, PKP, bru (gandum), soya, kulit ubi dan rumput.
"Tetap kena bagi rumput kerana lembu peliharaan mesti kembali kepada fitrah iaitu makan rumput. Kalau bagi makan palet sahaja, jadi seperti ayam daginglah. Hendak rasa lembu yang asli, kena bagi makan rumput.
"Lagi pun, bukan semua orang boleh ternak lembu atau kambing. Mereka tidak boleh fikir untung semata-mata apabila menternaknya. Ia merupakan haiwan bagi tujuan korban, maka 'barang' ditawarkan mestilah yang terbaik," tambahnya.


Tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang kerana sudah mengeluarkan modal hampir RM300,000 Udin menyifatkan tindakan itu sama seperti sudah membuka kedai, sedangkan pelanggannya belum ada.
Taruhannya cukup besar. Sementara menunggu pembeli, lembu-lembu mesti diberi makan setiap hari dan memerlukan belanja yang bukan sedikit.
Namun, dia bersyukur kerana semua lembu yang dibawa masuk sudah berjaya dijual, malah masih ada pesanan yang diterima.





Bapanya, Muhammad Razali Abdullah, 49, menyatakan untuk musim raya Korban kali ini, sebanyak 100 ekor lembu dan 100 ekor kambing boleh dijual dalam tempoh beberapa hari sahaja.





"Kalau minta lebih pun, takut tidak mampu nak layan. Jadi, kami tidak mahu ambil terlalu banyak pesanan yang akhirnya tidak mampu sediakan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan.
"Pelanggan saya juga terdiri daripada orang luar negara seperti dari Arab, Sudan dan Bangladesh. Mereka suka datang ke sini kerana kami ada sediakan tempat penyembelihan dan parkir kereta.
BIARPUN harga lembu agak tinggi pada tahun ini, namun ia tidak menjejaskan permintaan bagi tujuan korban.
Orang Arab bila hendak berkorban, mereka bersungguh-sungguh. Sedangkan kita lebih kepada buat syarat sahaja. Mereka lain, minta lembu yang besar-besar dan tidak kisah sangat dengan harganya," katanya yang sebelum ini berpengalaman menternak ikan keli selama 20 tahun.

Razali turut mengakui bahawa bekalan lembu dan kambing tahun ini sedikit berkurangan. Selain itu, kos makanan yang tinggi membuatkan ramai penternak mengalami kerugian.

Cabaran yang terpaksa dihadapinya kini ialah hendak menampung makanan ternakannya di kawasan yang sempit. Jika dilepaskan di padang ragut yang luas, lembu-lembunya sukar dikawal dan berdepan kemungkinan dicuri.

Justeru, perancangan masa depannya ialah mencari kawasan kelapa sawit yang luas untuk dijadikan padang ragut. Selain itu, pihaknya juga akan membela induk supaya dapat
membiakkan lembu dengan lebih berkesan memandangkan pasaran lembu yang cukup bagus.





Maklumat lanjut, hubungi:BEST FARM ENTERPRISENo. 25, Jalan 8A, Kampung Bendahara,Sungai Tua Batu Caves, Selangor.Tel: 012-222 8030 , 019-233 8030 atau 03-6189 3206 .

P:S-Blog besok citer pasal Warren Buffet

P:S:S-Blog peribadi saya dah ada-Miji Dan Realiti Kehidupan (http://mijirealitihidup.blogspot.com) jemputlah tengok :)

1 ulasan :

Salam Zool,terima kasih sebab sudi lawat blog ni :)
Memang betul cakap Zool,kita yang tentukan hidup kita sendiri,nak kejayaan atau kegagalan,pilihannya di tangan anda :)

http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com

http://mijirealitihidup.blogspot.com

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)