5 KUNCI MENARIK WANG KEPADA ANDA
5 Kunci Menarik Wang Kepada Anda
KUNCI 1:TUNJUKKAN PENGHARGAAN
Tunjukkan penghargaan kepada wang yang mengalir masuk ke dalam kehidupan anda.Menunjukkan penghargaan adalah dengan melahirkan rasa syukur ke atas wang yang ada dalam tangan.Ramai orang sentiasa mengeluh dengan wang yang mereka perolehi.Anda sebaik-baiknya bersyukur kepada tuhan kerana setiap hari masih menerima wang.Apabila anda membandingkan ramai lagi penduduk dunia yang mudur dan susah,anda pasti menghargai wang yang anda perolehi.Sekiranya anda melahirkan rasa syukur pada wang yang diperolehi ,ia menunjukkan anda menumpukan pada perkara yang positif ataupun pada perkara yang diingini iaitu wang terus mengalir masuk kepada anda.
KUNCI 2:BERLAKON SEPERTI ORANG KAYA
Lakonkan seolah-olah anda kaya.Mungkin perkara ini agak tidak disukai ramai orang kerana anda seolah-olah berlagak sepeti orang kaya.Hakikatnya,penampilan dan sifat adalah berbeza.Cuba bayangkan apa yang anda pakai,perasaan dan personaliti anda apabila menjadi jutawan.Dapatkan perasaan itu dan baiki penampilan itu sedikit demi sedikit.Apabila mempunyai bajet yang mencukupi,cuba bercuti ke tempat peranginan yang lebih baik daripada sebelumnya.Cuba makan di tempat-tempat yang lebih baik/restoran yang lebih baik daripada sebelumnya.Apabila anda lakukan,cuba rasakan bagaimana perasaan yang dialami.Pasti anda rasa semakin bersyukur dan menghargai kehidupan yang dijadikan tuhan sebenarnya kaya.
KUNCI 3:HARGAI WANG
Apabila terjumpa wang walaupun 10 sen,ambil.Menghargai wang bukan setakat bersyukur tetapi anda juga perlu menyayangi wang yang masuk ke dalam kehidupan.Tidak kira berapa jumlah wang itu,walaupun satu sen,ia tetap melahirkan tenaga wang yang sama.Yang penting,bagaimana perasaan anda pada wang yang diterima.Ini menunjukkan sikap anda pada penerimaan wang yang mengalir dalam diri.Secara tidak sedar,minda separa sedar merakamkan sikap dan perasaan anda pada wang.
KUNCI 4:BERSIKAP TERBUKA
Sentiasa terbuka pada peluang kekayaan.Ramai orang yang miskin dan susah menerima wang mempunyai sikap yang sentiasa menutup diri mereka dengan peluang kekayaan.
Anda/rakan-rakan pasti pernah menolak beberapa peluang perniagaan semata-mata sikap malas,takut dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan perniagaan itu.Apabila anda kerap menutup peluang-peluang itu,minda separa sedar membaca sikap anda yang tidak mahukan peluang kekayaan.
Hasilnya,anda semakin kurang menerima peluang kekayaan dan tidak mampu melihat peluang kekayaan yang berada di sekeliling.
KUNCI 5:SENYUM DAN CERIA
Lakukan perkara yang anda rasa gembira.Apabila anda lakukan perkara yang anda suka dan rasa gembira,ia melahirkan perasaan yang positif dalam diri dan meningkatkan kualiti tenaga diri anda.Semakin baik tenaga positif yang anda hasilkan dalam diri,semakin kuat ia menarik perkara-perkara yang positif yang lain kepada hidup anda.
Kerana itu,anda perlu buang perasaan benci,kecewa,sedih dan lainnya daripada penampilan.Apa yang perlu anda lakukan adalah sentiasa senyum dan ceria kerana ia menarik lebih banyak tenaga postif. :)
Komen anda?
Post a Comment:
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.