KESILAPAN USAHAWAN BARU INTERNET
Perbezaan di antara seseorang yang BERJAYA dan seseorang yang BERTUNGKUS LUMUS dalam perniagaan internet adalah tindakan terhadap “MATLAMAT” serta “CARA BERFIKIR“.
Sebelum memulakan sesuatu perkara atau tindakan, apa yang penting adalah anda harus menetapkan MATLAMAT anda.
Fikirkan apa matlamat anda?
Ingin mendapat kebebasan serta kesenangan untuk diri sendiri?
Ingin mendapat wang yang banyak?
Ingin memberi kesenangan pada keluarga?
Ingin membantu agama, bangsa dan negara?
Pendek kata jika anda ingin berjaya tidak kira di internet ataupun di dunia nyata, maka MATLAMAT harus ditetapkan.
Orang yang tanpa matlamat adalah umpama orang yang tiada hala tuju. Golangan ini akan berjalan dan berjalan sambil membuang masa melakukan perkara yang tidak mendatangkan hasil serta merugikan mereka. Jika mereka menetapkan matlamat mereka, maka mereka tahu apa yang harus mereka lakukan.
Sebagai contoh, Ali menetapkan matlamat dirinya untuk menjadi seorang penulis buku. Maka beliau pun belajar segala selok belok tentang menulis buku, apa yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis yang baik, apa yang diperlukan untuk menjadikan hasil tulisan yang ditulis menarik dan sebagainya.
Berbanding pula dengan Abu, beliau tiada matlamat yang tetap. Maka, bila dia tengok Si Ali nak jadi penulis buku, maka dia pun nak jadi penulis buku. Kemudian, bila dia tengok si Ahmad pula nak jadi pencipta software, dia pun turut nak jadi pencipta software. Akhirnya Abu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang sepatutnya dia lakukan. Si Ali dan Ahmad terus berjaya tetapi sebaliknya Abu masih dibelakang.
Namun yang demikian, MATLAMAT tanpa CARA BERFIKIR juga tidak akan berjaya. Secara ringkasnya, anda mempunyai matlamat untuk menjadi seorang JUTAWAN katakan… Tetapi jika cara berfikir anda masih sebagai seorang yang BUKAN JUTAWAN, maka anda tetap tidak akan menjadi Jutawan.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah, cara anda berfikir haruslah selari dengan matlamat anda. Jangan hanya mempunyai matlamat yang tinggi tetapi cara berfikir masih kolot dan tidak menunjukkan ciri - ciri untuk menjadi seorang yang berjaya.
Contohnya :
Ali bermatlamat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Maka beliau melibatkan diri dengan golongan - golangan berjaya serta mengikut rentak cara orang yang berjaya berfikir. Meningkat jati diri, motivasi diri yang tinggi serta sentiasa berpandangan positif. Mencipta serta melahirkan idea - idea bernas serta sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidupnya, menerima pandangan orang lain dengan baik dan menilainya. Maka dengan itu, Ali semakin menuju ke arah kejayaan.
Namun sebaliknya, Abu pula mempunyai matlamat yang sama TETAPI tidak mempunyai cara berfikir yang baik. Sering merasa rendah diri, sering berasa “tidak mampu”, sering berpandangan negatif terhadap orang lain, mungkin juga sering merasa diri hebat / betul dan tidak mahu menerima pandangan serta pendapat orang lain. Akhirnya Abu tetap Abu dan tidak mengalami sebarang perubahan.
Sebagai kesimpulannya, Tetapkan MATLAMAT anda terlebih dahulu. Apa yang ingin anda kecapi dalam apa yang anda laksanakan.
UBAH CARA BERFIKIR anda kepada yang lebih baik. Sentiasa mengamalkan cara berfikir yang positif, memotivasikan diri serta mendekati mereka - mereka yang telah berjaya.
Dengan cara itu, apabila matlamat dan cara berfikir anda telah kukuh dan positif, perjalanan anda untuk mencapai kejayaan menjadi semakin mudah dan pasti akan dikecapi…..
SUMBER:mohdamirol.com(http://mohdamirol.com)

4 ulasan
Salam. Saya sokong miji, untuk berjaya kita kena ada matlamat. Tetapi dalam tempoh nak capai matlamat tu banyak liku2 yg harus kita tempuhi, tempoh inilah yang melayakkan kita menjadi usahawan internet sehingga digelar jutawan. Saya doakan miji dan saya sendiri bakal menjadi jutawan internet Insyaallah. Amin
Replyhttp://www.jutawansenyap12.blogspot.com
Salam kembali CT,terima kasih kerana sudi mendoakan kejayaan kita bersama,semoga matlamat dan cita-cita kita tercapai hendaknya.
ReplyInsya-Allah :)
emm biasa la org baru biasanya terikut-ikut...nak hasil cepat je tanpa belajar..selok belok pernigaan internet...ebook pun tak nak beli,nak cari yg percuma je,tak salah tp Yg percuma tak dihargai
ReplySalam kembali White Rabbit,lepas ni bolehlah kita saling bertukar2 ilmu dan pengetahuan dalam perniagaan internet ni. :)
ReplyNota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.