Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

27 September 2009

Tauke Kilang Kopi


MENSASAR menjadi usahawan berjaya menjadi impiannya sejak dulu.
Faridah Hanan Mat Ali, 47, tidak gentar berdepan cabaran dalam perniagaan terutama persaingan kerana sudah melalui pelbagai pahit maung dalam bidang yang semakin menjadi darah dagingnya itu.



Bersandarkan pengalaman lalu sebagai jurumekap artis, pelakon dan penari di Kompleks Budaya Negara (kini Istana Budaya) serta pernah memiliki salun kecantikan sendiri selain meraih pengalaman dalam perniagaan jualan langsung, ternyata tiada istilah putus asa dalam hidupnya.

Merealisasikan sebuah kilang kopi bersama tiga rakan kongsi yang semuanya lelaki, wanita berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini semakin ligat mensasarkan perniagaannya dengan merencanakan pelbagai strategi pemasaran.

"Satu-satunya wanita antara rakan kongsi, jantina bukan menjadi ukuran dalam menjalankan urusan apatah lagi berdepan cabaran perniagaan dalam keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.

"Sebagai ketua, saya meletakkan nilai profesional dalam mencapai matlamat kami bersama.

"Tidak dinafikan ada lelaki tidak senang mempunyai wanita sebagai ketua apatah lagi dalam menguruskan perniagaan dan kilang yang bermula dengan serba kekurangan.

"Tetapi sehingga kini, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana misi syarikat, komitmen, persefahaman dan kerjasama antara semua bakal menjamin kejayaan dalam perniagaan," katanya.

Selama dua tahun menguruskan kilang kopi sendiri, beliau berbangga kerana turut menghasilkan beberapa produk kecantikan berasaskan habatus sauda iaitu jintan hitam (niggella sativa), sejenis rumput kecil yang hanya tumbuh di kawasan gurun di Timur Tengah dengan campuran beberapa bahan lain sebagai perisa.

Pengasas produk kecantikan dan kesihatan Alfaaza yang menggabungkan namanya dan suami, Faridah akur mencatur perjalanan perniagaan tidak mudah kerana memerlukan pengorbanan semua.

Apatah lagi, katanya, banyak persaingan terpaksa ditempuh memandangkan produk berasaskan kopi kini begitu banyak dan syarikat ada cara tersendiri dalam melariskan produk masing-masing.

"Ramai yang tidak menyedari kebaikan habatus sauda kerana pengetahuan mengenainya mungkin kurang jelas sebelum ini.

"Tetapi produk yang dimanifestasikan syarikat saya berasaskan jintan hitam ini boleh dipelbagaikan kegunaannya, bukan sebagai minuman semata-mata sebaliknya untuk pelbagai aspek kesihatan serta kecantikan.

"Untuk itu, produk yang dizahirkan bukan hanya terdiri daripada kopi Arabica semata-mata, tetapi campuran habatus sauda dengan ekstrak tongkat Ali, minuman sauda 'o', campuran dengan cairan alfalfa dan minyak daripada bijirin habatus sauda di samping sabun daripada tanah liat (kaolin) yang turut dicampur dengan habatus sauda serta kain penawar resdung berasaskan campuran bahan berkenaan," katanya.

Berpengalaman dalam bidang kecantikan, beliau mengakui gabungan aspek kecantikan dan kesihatan menjurus sesuatu yang terbaik untuk diimbangi.

Memikirkan pembabitan dalam menyediakan produk bertaraf antarabangsa, beliau memilih bahan terbaik apatah lagi makanan tambahan atau minuman akan menjadi darah daging.

Justeru dalam soal pemakanan dan kesihatan, cara penyediaannya mestilah bersih.

Komitmen terhadap perniagaan membuatkannya sering ke luar daerah atau negara.

Namun baginya, walau sibuk mana pun, keluarga tetap menjadi keutamaan bahkan ke mana saja pergi, saluran komunikasi canggih menjadi penghubung dengan suami dan anak-anak tercinta.

"Tidak dinafikan jika terlalu sibuk, saya bawa anak ke pejabat dan turut menyediakan bilik khusus untuknya.

"Dengan cara itu, anak-anak dapat melakukan kerja sekolah sambil mengisi masa lapang tanpa mengganggu urusan saya.

"Kami berbincang mengenai kerja sekolah anak-anak atau perkara lain kerana anak-anak sedang membesar perlukan perhatian dan pemantauan sebaik mungkin.

"Dalam rumah tangga, yang terpenting adalah persefahaman, begitu halnya dalam perniagaan.

"Semangat kerja berpasukan amat penting serta kegigihan masing-masing dalam melonjakkan jenama Alfaaza yang menjadi sandaran masa depan semua pekerja," katanya sambil mengakui suaminya, Zapli Daud, banyak membantunya mengurus keluarga di saat dia terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)