Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

11 Disember 2008

WARREN BUFFET



Salam.hari ni kisah seorang lagi orang kaya(barat)tapi walaupun orang barat rasanya tidsak salah untuk saya kongsikannya di sini untuk sama2 belajar rahsia cara2 menjadi jutawan. :)

Oleh tu,tokoh kita hari ini ialah Warren Buffet








Warren Buffet dilahirkan di Nebraska,Amerikaa Syarikat pada tahun 1930,Beliau berasal dari keluarga yang kaya.Oleh itu,beliau sentiasa ingin menjadi kaya dan mula mengejar cita-citanya pada usia 5 tahun dengan menjual gula2 lebih yang diberikan bapanya.Ketika berusia 11 tahun,Warren Buffet telah membeli tiga saham,pertama kali dalam hidupnya dengan harga $36 setiap satu dan kemudian menjualnya dan mendapat keuntungan sebanyak $5.Tetapi,beliau kemudiannya memahami maksud kesabaran dalam saham apabila harga sahamnya meningkat ke $200.






Pada usia 14 tahun,Warren Buffet kemudiannya telah mengumpulkan wang yang cukup untuk membeli tanah seluas 40 ekar.Apabila orang yang seusia dengannya mungkin sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan alam remaja,Warren Buffet telah pun memnungut wang sewa rumah-rumahnya.Namun Warren Buffet telah gagal memasuki Universiti Harvard dan ini telah merubah kehidupan Buffet.Sebagai ganti,beliau kemudiannya memasuki Universiti Colombia di New York dan di situ beliau telah berpeluang bekerja dengan penasihatnya,Benjamin Graham,penulis buku "The Intelligent Investor ". Daripada Grahamlah, Warren Buffet mempelajari cara2 membeli saham pada harga yang rendah,sesuatu yang diamalkannya hingga kini.








Dengan berbekalkan wang simpanannya,beliau telah melabur di dalam beberapa buah syarikat yang menguntungkan.Pembelian yang paling bermakna buat beliau ialah dalam sebuah syarikat tekstil,Berkshire Hathaway,Menggunakan modal syarikat ni,beliau dengan cermat dan pintar,telah mempelbagaikan pelaburan di dalam syarikat2 lain.Setelah mengumpulkan wang yang banyak,Buffet kemudiannya membeli saham yang mempunyai harga terendah seperti Coca-Cola dan American Express.Dengan membuat pelaburan sedemikian,beliau telah mengumpul kekayaan sebanyak US$ 36 billion.






Warren Buffet pernah berkata bahawa "Risiko datang dari kita apabila kita tidak mengetahui apa yang kita lakukan".






Keyakinan diri,gigih bekerja,etika yang kuat serta kebolehan meramal pasaran saham telah menjadikan beliau sebagai seorang pelabur yang bijak pada hari ini.




Walaupun memiliki kekayaan bernilai jutaan ringgit,namun gaya hidupnya serta penampilan dirinya tidak menggambarkan kekayaannya.Hingga hari ini,beliau masih mendiami rumahnya yang dibeli dengan harga $31,000 dan walaupun memiliki Berkshore Harthaway(sebuah syarikat tekstil)namun pakaian yang sering dipakainya ialah sut yang berkedut.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)