Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

24 Disember 2008

12 SEBAB KENAPA ANDA TIDAK KAYA

Salam,kita semua pasti pernah menghadapi masalah kewangan bukan?Jadi apakah sebabnya kita masih tidak mencapai kekayaan?Apakah kerana kita masih kurang berusaha atau tuah masih tidak lagi memihak kepada kita?Jadi kali ni,tips blog kali ini akan mendedahkan 12 Sebab Kenapa Kita tidak kaya,harap dengan sedikit info ini dapat membantu kita yang masih memikirkan sebab2 kenapa kita masih lagi gagal untuk kaya.


12 SEBAB KENAPA KITA TIDAK KAYA

1)Tidak menentukan dan menjelaskan secara spesifik ataupun mendalam maksud kekayaan dalam kehidupan kita

2)Mempunyai matlamat kewangan yg berubah-ubah.Apabila anda mempunyai matlamat,tetapkan matlamat itu sehingga anda dapat mencapainya.

3)Tidak mempunyai tempoh matlamat yang mampu dicapai dan realistik.Ingat,tidak terdapat matlamat yang tidak realistik sebaliknya tempoh masa yang diperlukan utk mencapainya perlulah realistik.Contohnya,jika anda ingin memperolehi 1juta ringgit dalam masa satu tahun,maka anda perlu memperolehi RM333 333 dalam masa 4 bulan,adakah ini matlamat yg realistik?

4)Tidak memulakannya,ini adalah masalah yg menjadi penyakit orang yg gagal.Yg penting mulakan,kemudian teliti dan sesuaikan mengikut perancangan.


5)Tidak nampak keperluan mendapatkan kekayaan,tidak komited mendapatkan kekayaan dan tidak sanggup berkorban mendapatkannya.

6)Tidak mempunyai rancangan dan strategi yg betul bagi mencapai kekayaan.Ingat,gagal merancang bererti merancang utk gagal

7)Apabila mempunyai perancangan,terdapat pula ramai yg gagal utk mengikuti perancangan yg dirancang itu.

8)Memberikan tanggungjawab kpd pihak lain.Terdapat juga yg memberikan beberapa usaha kpd pihak lain bagi menjalankan perancangan mereka.

9)Mudah mengaku kalah,bagi berjaya jgn mudah mengaku kalah kepada halangan yg diterima.

10)Tidak mempunyai ilmu/kawalan kewangan yg betul dalam kehidupan mereka.

11)Mudah terpengaruh,dgn idea yg diberikan olh rakan2 dan tidak percaya kepada idea sendiri.

12)Tidak mempunyai mentor/sokongan drp orang yg berkebolehan dlm bidang yg diceburi

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)