Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

05 November 2008

TIPS-RAHSIA JUTAWAN TERBONGKAR






Salam,hari ni blog ni akan mendedahkan salah satu rahsia para jutawan,jadi marilah baca sama2 walaupun artikel kali ni panjang sedikit


Apa lagi,check it-out :)


Compound interest- senjata jutawan




Sering saya ditanya "Apakah rahsia untuk menjadi kaya?". Apa satuperkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadijutawan?Miji, jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini.

cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakangpendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorangitu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambilkesempatan ini.



Caranya bukanlah cara cepat kaya... tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran...Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunyameletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalamtabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let's faceit... RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yangbesar.Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan.



Wang yang sepatutnyahanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kayadengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasakompaun (Compound Interest)Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayankepada orang-orang kaya di dunia.

Elbert Einstein pernah di tanyamengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amatmudah. Katanya, compund interest adalah "the greatest invention ofall time".




Sememangnya contoh saya mengenai bayi di atas agak tidak lojik.Takkan pula seorang ibu boleh memasukkan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh saya tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranyadilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!

Saya mempunyai kenalan yang tahu mengambil advantage kuasa kompoun interest. Mereka adalah pasangan suami isteri sederhana. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidupdengan sederhana dan tidak boros.




Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit simpanan yang memberi pulangan 12%(Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya andaresearch syarikat-syarikat Mutual funds).

Pasangan tersebut sebenarnya adalah didalam jalan yang akan membawa mereka menjadi jutawan!Bagai mana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (kahwin muda!). Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20tahun tersebut.




Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat!Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan. Perhatikan senario ini.



Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun...Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39 Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 - walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun sedikit jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat - walaupun dua kali ganda.Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh... tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama!


Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya.

Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti.Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura. Di mana arnab dengan pantas dan bongkak memulakan perlumbaan. Tetapi, diakhir perlumbaan, sang kura-kura yang perlahan yang tersenyum riang memenangi perlumbaan!Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Boleh kah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yangmemberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, teman, dalam masa 30tahun, anda juga adalah seorang jutawan!Salam cemerlang!




ps: Untuk melipat kali gandakan pendapatan melalui compoundinterest, tambahkan hasil pendapatan anda, mungkin dari memulakan perniagaan secara sambilan dan gabungkannya dengan pendapatanmelalui compound Interest ini.


Sumber:Irfan Khairi.com

1 ulasan :

Satu tips yang menarik...kebanyakan unit trust mempunyai pulangan 12% and lebih...

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)