Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

06 November 2008

FRED SMITH-PENGASAS FEDEX

Salam,

Hari ni blog citer pasal orang yang telah mengasaskan syarikat penghantaran yang hebat dan efisyen-FEDEX,orang itu ialah,jeng.. jeng...

Fred Smith(cayalah) :)








Frederick Wallace Smith telah dilahirkan pada 11 Ogos, 1944 di Marks, Mississippi) .




Fedex bermula hanya daripada sebuah kertas kerja yang ditulis oleh Fred Smith semasa sedang menuntut di universiti Yale.


Kertas kerja itu mengandungi sistem perjalanan yang digunakan oleh kebanyakan syarikat penghantaran udara pada masa itu,di mana mengikut pandangan Fred Smith adalah tidak menguntungkan.Menurut Smith,satu sistem khas diperlukan untuk menghantar barangan2 melalui udara,bagi barang2 yang peka masa seperti ubat,perkakasan komputer,dan alat2 elektronik.Menurut Fred semasa ditemuramah beliau tidak ingat dengan jelas gred yang diperolehi hasil kertas kerjanya itu,dan menjawab barangkali seperti kertas kerja lain dan mendapat gred yang biasa diperolehinya, gred C.




Selepas menamatkan perkhidmatan dengan tentera dalam tahun 1971,Smith telah membeli kepentingan majoriti di sebuah syarikat Penjualan Penerbangan Arkansas.Smith telah mengamalkan apa yang ditulisnya di dalam kertas kerja semasa di dalam kolej dahulu,maka lahirlah sebuah syarikat penghantaran bernama Federal Express(FedEx).




FedEx memulakan operasinya pada April,1973,tetapi selama 3bulan,Smith gagal mendapat walau satu pun permintaan penghantaran,tetapi ini tidak melemahkan semangat Smith kerana beliau mempunyai motivasi yang tinggi serta keyakinan bahawa beliau boleh berjaya,baginya keuntungan akan menyusul kemudian.Nyata terbukti bahawa faktor terpenting dalam kejayaan syarikat ini ialah kepercayaan dan kepantasan.



Pada tahun berikutnya,jumlah pesanan naik berlipat-ganda.Pada tahun 1983,FedEx telah mencatatkan keuntungan sebanyak US$1 billion,dan sekaligus merupakan syarikat pertama dalam sejarah perniagaan Amerika,yang berjaya mencapai tahap tersebut dalam di dalam 10 tahun pertama penubuhan syarikat,tanpa penggabungan atau pembelian syarikat lain.


Pada tahun 1985,FedEx telah mengadakan penerbangan pertama ke Eropah,manakala pada tahun 1988,ke Jepun.




Hari ini,FedEx merupakan syarikat terbesar di dalam sektor ini,mengendalikan kira2 3.2 juta bungkusan dan dokumen pada setiap hari bekerja.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)