Kenapa Lelaki Itu Ngajuk???
Sejak akhir2 ni aku bz giler, nak update blog pun susah, takde mase...Student kate kan, wahaha...('',)
Entri kali ni aku nak explain kat korang nape lelaki kuat merajuk...?Ade ke pasal tak dapat main bowling? Tonton wayang? Wakakaka....Belum tentu lagi kan...ini sedikit jawapan melalui pemerhatian dan selidik dari beberapa orang member2 aku...
Nampak macam pelik. Tapi itulah realiti.
Ada beberapa sebab yang menyebabkan lelaki itu merajuk.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk.
Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda daripada dirinya.
Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu daripada anda, tetapi anda tidak memberikannya.
Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai
kenapa pasal roti canai pulak ni? Ahaks:D),
tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain.
Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai.
Susah ni:P
3. Orang lain lebih hebat daripada dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian anda.
Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang
membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa.
Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda di samping dirinya
tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk.
Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya.
Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk,
cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
-Adalah lebih mudah berkata benar.
Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya
pada si Dia kenapa dia merajuk.
Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung.
Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini
dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat pada si Dia.
Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan
-Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita
kalah sekiranya kita mengalah.
Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan.
Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda
yang tersendiri dalam memujuk hatinya.
Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata “manis”
-Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia merajuk,
cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia
“bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya.
Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan
tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis tersebut.
Adalah amat kelakar bagi sehinggakan anda pun tersengih pada ketika ini.
4. Nyanyikan lagu buatnya
-Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya,
berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernahkah anda
nyanyikan lagu untuk si Dia?
Mungkin jawapannya. Tetapi apa salahnya anda berkaraoke dalam telefon saja.
Berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa?
Sudah pasti ya!:P
Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menyanyi.
Tidakkah ianya menggembirakan?
Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Aku sendiri kuat merajuk...hehehehe...tips untuk aku...AP by me!!!
Post a Comment:
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.