Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

17 Julai 2010

Article:Jangan Ketawa Keterlaluan





Adakah anda sorang yang suka tergelak terbahak bahak,tak ingat dunia?Ketawa perlu tapi berpada-padala,kita mungkin ketawa,tapi tak semestinya orang yang mendengar kita ketawa,akan ketawa juga,bak kata orang terlampau suka mungkin membawa duka....Jangan menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana.

Nabi S.A.W bersabda ‘Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’

Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Aku harap jiran aku yang suka ketawa terbahak-bahak macam pontianak tiap tiap malam terbaca entri ni,tolongla kawal ketawa tu,ia bukan saja mengganggu ketenteraman awam malah menggangu emosi aku,so please keep it simple,tak sapa marah korang ketawa,tapi kalau tiap tiap malam ketawa cam pontianak,sapa x sakit hati :(.

P/S:Tolong hormati jiran anda,dunia ni bukan anda sorang yang punya....

3 ulasan

hope ur jiran bace ur entry..hee.

n tq for sharing =)

Reply

= d =,harap-harapla :),memang seksa SYAZA dapat jiran camtu :(,you welcome ice♥ice :)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)