Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

19 November 2010

5 Langkah Menjadi Bintang (dalam apa jua bidang pilihan anda)!



5 Langkah Menjadi Bintang (dalam apa jua bidang pilihan anda)!

--------------------------------------------------------------------------------

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille

Coretan ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan. Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Kalau anda berimpian, impikan sesuatu yang besar

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu.

2. Tuliskan Impian-impian itu

Tulis matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Tempoh dan dateline

Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut akan tercapai.

4. Buat Perancangan

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Tangani Halangan

a) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
b) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

Kredit:PeterJay (WangCyber.com)

2 ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)