Followers

31 Mei 2009

Mei 31, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-DUA CERITA SEBAGAI PANDUAN

Dua Cerita Sebagai Panduan
Hari ini saya ingin bercerita sahaja dan kesimpulan cerita akan saya tulis di akhir advertorial ini.

Saya masih teringat lagi semasa mula-mula saya ingin memulakan perniagaan internet pertama saya pada akhir tahun 2006 yang lalu.Pada masa itu saya terlalu yakin kepada diri sendiri dan tidak mencari seseorang yang berpengetahuan tentang perniagaan internet untuk bertanyakan soalan dan pandangan.

Perkara utama yang saya fikirkan ialah untuk cepat-cepat memulakan perniagaan internet dan cepat-cepat ingin mendapatkan wang daripada perniagaan internet tersebut.

Namun hasilnya sungguh menakutkan.Saya mengalami kerugian.Saya masih ingat lagi pada masa itu saya kerugian lebih kurang seribu ringgit,itu tidak termasuk rugi masa dan tenaga yang saya habiskan untuk menjalankan perniagaan internet saya yang pertama.

Anda nak tahu kenapa saya rugi?Jawapannya ialah mudah sahaja.Kerana saya terlalu kedekut masa untuk belajar daripada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang perniagaan internet.

Oleh itu saya telah melakukan kesilapan,contohnya kesilapan dalam memilih nama domain,produk,teknik promosi dan lain-lain lagi.

Saya hilang lebih kurang seribu ringgit kerana terlalu kedekut masa untuk belajar dengan seseorang yang pernah menjalankan perniagaan internet.

Cerita seterusnya berlaku pada tahun lepas.Cerita ini sebenarnya cerita tentang kawan saya sebenarnya.Kawan saya ini sebenarnya tidak tahu apa itu perniagaan internet.

Pengetahuan dia tentang perniagaan internet adalah kosong.Sehinggalah pada suatu hari dia menunjukkan satu barang perhiasan yang unik kepada saya.Dia ingin menjualnya kepada saya.

Lalu terfikir di minda saya,kalau dia minat menjual,mengapa tidak menjual di internet sahaja.

Saya terangkan kepada dia tentang perniagaan internet.Dia bersetuju untuk menjual produk tersebut di internet.

Oleh kerana dia adalah kawan baik saya,dengan ‘rajin’nya saya memilih nama domain untuk perniagaan internet pertamanya,saya juga telah memilih web hosting dan membina laman web untuknya secara percuma.

Saya juga telah membuat teknik SEO untuk perniagaan internetnya seperti pemilihan nama domain,keyword untuk ‘title’ dan lain-lain untuk memastikan laman web perniagaannya kan berada di kedudukan yang baik di search engine.

Selepas itu bermulalah kisah hidupnya sebagai usahawan internet secara sambilan.Dia dengan rajin dan tekun mempromosikan laman web perniagaan internetnya.Dia juga tidak kedekut untuk mengeluarkan wang untuk mempromosikan laman web jualannya sekiranya perlu.

Dia juga tidak malu untuk bertanya kepada saya dan meminta nasihat saya tentang perniagaan internet yang dia jalankan.Saya curahkan segala ilmu yang saya ada untuk membantunya walaupun saya ini bukanlah seseorang yang pakar.

Alhamdulillah,ada hasilnya untuk menambah pendapatannya dan yang pentingnya dia tidak rugi seperti saya dulu.

Mengapa saya gagal dan rugi tetapi kawan saya berjaya.Itulah persoalan yang bermain di minda saya.Saya mencari jawapannya.

Akhirnya saya telah membuat sedikit kesimpulan daripada kedua-dua cerita saya tersebut.

Kesimpulannya ialah untuk berjaya dalam perniagaan internet ini sesiapa sahaja perlu belajar daripada seseorang.Walaupun seseorang itu bukanlah seseorang yang mahir tetapi sekurang-kurangnya dia telah melalui sesuatu yang akan kita lalui semasa menjalankan perniagaan internet ini.

Advertorial ini di tulis oleh Norfazli Hamzah.Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan melalui chatting untuk menjual produk atau perkhidmatan di internet.

Sila layari laman web ini : www.PerniagaanSiber.com

Artikel dipetik drp:wangcyber.com

Mei 31, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan-Jutawan Dermawan

An-Nur: Jutawan dermawan
Bersama Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)
zaharuddin@yahoo.com




BAHAGIAN SATU

“ADAKAH anda gila?” Itu yang dikatakan oleh akauntan kepada jutawan bernama Brian Burnie apabila majikannya menyatakan hasrat untuk menderma hotel mewahnya bernilai sekitar RM112 juta.


Perasaan saya bercampur-campur setiap kali membaca berita sebegini. Minda pula berkecamuk memikirkan rasional dan dorongan yang memberi mereka kemampuan untuk menderma sebegitu banyak.

Kemungkinan, ramai akan terus bersangka buruk apabila membaca kisah dan berita dermawan si kaya seperti itu. Tidak dinafikan, ramai juga yang kagum dengan sifat dermawan mereka.

Mari kita cuba cari sebab luaran kedermawanan mereka dalam tulisan ini. Jika dulu, saya sering membaca pengasas Microsoft, Bill Gates, menderma di sana sini di samping yayasan yang ditubuhkannya. Kini, seorang lagi jutawan di Britain melakukan perkara sama.

Sumbangan Bill Gates

Pada Jun 2008, Bill Gates yang berumur 52 tahun membuat pengumuman akan meninggalkan sejumlah hartanya yang bernilai lebih RM200 bilion untuk tujuan kebajikan dalam surat wasiatnya.

Wang itu akan diletakkan di dalam Yayasan Bill and Melinda Gates untuk membiayai kajian kesihatan dan perubatan serta pendidikan di seluruh dunia. Yang mengagumkan saya ialah kata-katanya:

“Kami mahu memberi sesuatu kepada masyarakat yang mampu menyumbang kepada kebaikan secara keseluruhan untuk semua. Kami mahu menyumbang kepada dunia.”

Warren Buffet dan dermanya

Pada Jun 2006, saya terkejut membaca berita billionaire bernama Warren Buffet, 75, melakukan derma amal kepada Yayasan Gates untuk tujuan sama. Jumlah yang didermakan bukan kecil tapi lebih RM158 bilion.

Lebih menarik, Buffet mahu setiap sumbangannya yang dibuat secara tahunan itu digunakan pada tahun itu juga dan tidak mahu ditangguh-tangguh.

Pada 14 Mei lalu, saya membaca kisah seorang jutawan Britain mendermakan hotel mewahnya — yang asalnya sebuah rumah besar lama berusia beratus tahun sebelum diubahsuai dengan kos sekitar RM89 juta.

Pada asalnya, dia ingin menggunakan seluruh keuntungan jualan hotel mewah itu untuk tujuan kebajikan, namun ditukar ideanya. Kini, dengan rasminya hotel mewah itu akan dijual dan seluruh hasilnya bakal didermakan kepada persatuan kanser.

Kos jualannya sudah tentu melebihi RM110 juta. Berikut, tiga kata-kata beliau yang menarik hati saya:

“Memiliki harta serta mencari sebanyak mungkin wang adalah penting, tetapi kepentingan kepada masyarakat melebihi segala-galanya. Masyarakat lebih memandang wang sebagai perkara paling utama tetapi bagi saya, ia sebaliknya.

“Saya tidak mahu itu semua dan hanya berharap mahu melakukan lebih banyak perkara yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

“Kita boleh mewasiatkan semua harta yang ada kepada badan kebajikan selepas kita mati, tetapi mengapa tidak melakukan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat secara keseluruhan ketika kita masih hidup.”

Apa yang disebut pertama tadi bertepatan dengan tanggung jawab sosial dalam Islam. Malah di dalam Islam, pembangunan jati diri individu jauh lebih penting daripada pembangunan material, seperti bangunan pencakar langit dan sebagainya.

Yang kedua pula bertepatan ajaran Islam supaya tidak bersikap pentingkan diri sendiri dan sentiasa memikirkan manfaat yang diperoleh untuk dikongsi dengan orang ramai.

Yang ketiga pula bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW: “Dan janganlah kamu bertangguh-tangguh (dalam bersedekah) sehingga sampainya (nyawamu) di kerongkong (hampir mati).” (Riwayat Al-Bukhari, no 1353)

Apa lagi motif mereka?

Saya suka memikirkan motif positif dan sihat berbanding agenda terselindung ketiga-tiga individu berkenaan.

Selepas menolak andaian negatif selain membaca dengan lebih lanjut, baru terzahir beberapa sebab rasional. Antara paling utama adalah falsafah mereka dalam membentuk masa depan anak dan ahli keluarga.

Mereka mengambil keputusan menderma kerana tidak mahu meninggalkan harta yang terlalu banyak kepada anak kerana kelak akan membebankan mereka.

Malah, meninggalkan harta melimpah ruah juga dianggap tidak rasional. Falsafah mereka, tinggalkan cukup-cukup saja, namun anak masih perlu terus berusaha.

Buffet pernah berkata di majalah Fortune:

“Memberi anak anda terlalu banyak wang adalah satu beban dan bukan pemberian. Ia bukan perkara yang rasional untuk dilakukan.”

Saya mengira falsafah itu ada benarnya, masakan tidak, si anak pasti tidak akan dapat berkongsi rasa sukar, cabaran dan jerit perih yang dilalui ayahnya.

Malah, si anak akan ditinggalkan lemas dalam kekayaan mega tanpa sebarang usaha, kelak tiada apa lagi yang relevan untuk mereka lakukan, kecuali menghabiskan harta yang terlalu lumayan itu.

Hasilnya, otak mereka pasti menjadi mati dan lebih dahsyat, akan mencatatkan sejarah buruk dalam keluarga kerana terlalu lalai untuk menghabiskan harta, akhirnya menjadi beban dan masalah kepada masyarakat.

Tiada manfaat yang diberinya kepada masyarakat berbanding ayahnya yang bertungkus-lumus mencapai apa yang ada di depan matanya.

Kejayaan ayah mereka dicapai dengan 1,001 macam manfaat dipanjangkan kepada orang ramai, namun si anak akan menghancurkan segala-galanya.

Tujuh tahun lalu, Buffet pernah berkata dalam berita di ABC New ‘Nightline’ bahawa dilahirkan dalam kemewahan tidak melayakkan anaknya untuk menikmati keseluruhan harta.

Tidak dinafikan, ramai memuji tindakan mereka berdua dan tidak kurang juga yang mencela dengan pelbagai anggapan.

Apapun kritikan terhadap hartawan bukan Islam, bagi jutawan Muslim, Islam menganjurkan pendekatan yang sedikit berbeza, banyak pula yang sama. Yang paling berbeza adalah keperluan jutawan Muslim untuk menyembunyikan sumbangan dan sedekahnya.

Allah SWT berfirman: “Dan sekiranya kamu menyembunyikannya (sedekahmu) dan memberikannya kepada fakir miskin, demikian adalah LEBIH baik bagimu.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sedekah yang dilakukan secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT.”

Artikel daripada:myMetro(http://www.hmetro.com.my/)

30 Mei 2009

Mei 30, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan-Kenapa VS Apa

Kenapa VS Apa!
Salam semua,

Sekian lama saya tidak mencoretkan apa-apa di dalam ruangan ini selepas artikel pertama saya dulu. Duluu.. awal2 duluuuu..

Ramai orang sudah bercakap mengenai tips2 perniagaan internet, teknik menjana wang dan macam2 lagi di WC.. yang turut menarik perhatian saya sebagai seorang yang baru nak serius menjadi IM! Terima kasih kepada semua yang berkongsi! Semoga Tuhan membalas segala kebaikan anda semua, amin.

Justeru, izinkan saya membicarakan sedikit persoalan yang sering timbul di fikiran kita sebagai manusia biasa, apabila kita berusaha melakukan sesuatu dan hasilnya tidak memuaskan, menyedihkan dan merugikan!

Dalam perniagaan tentu ada untung rugi, turun naiknya. Internet ke, tak internet ke, risikonya sama sahaja. Bukan saja dalam perniagaan, malah dalam keluarga, persahabatan, pelajaran dan macam2 hal lagi dalam kehidupan.

Buku (bukan ebook - versi ebook belum launch lagi!) saya yang bertajuk Pilih Jangan Tak Pilih, ada memaparkan kisah2 benar tentang pilihan yang dibuat oleh manusia untuk menentukan halatuju kehidupan mereka. Manusia-manusia ini yang saya temui sendiri sepanjang kerjaya saya sebagai seorang ‘trainer’ dan fasilitator di seluruh negara.

Jadi, di sebalik pilihan.. persoalan ‘kenapa’ sering menghantui kita apabila sesuatu yang kita inginkan - kita tak dapat; ataupun apabila sesuatu perkara buruk terjadi dan menyebabkan kita rasa sedih, murung, kesal dan gagal.

Anda biasa dengar persoalan2 ini terngiang2 di dalam fikiran anda sendiri?

“Kenapa aku yang kena menghadapi semua ni?”
“Kenapa semua ni terjadi pada aku?”
“Kenapa bisnes aku jadi macam ni?”
“Kenapa Tuhan duga aku macam ni sekali?”
“Kenapa anak2 aku jadi macam ni?”
“Kenapa suami aku lari dengan perempuan tu?”
“Kenapa cikgu suka marah aku?”
“Kenapa mak abah tak pernah faham aku?”
KENAPA? KENAPA? KENAPA? AAAARRRGGGHHHH!!!

Apabila sesuatu terjadi.. sesuatu yang buruk, tidak diingini, tidak dijangka, menyakitkan hati, mengecewakan dan yang sejenis dengannya terjadi pada diri kita, kita pasti akan meluahkan persoalan2 ini secara automatik, separa sedar.

Dan ada juga antara kita yang membawa persoalan2 ini dengan sedar, dan meluahkannya kepada pasangan, sahabat baik, blog, diari dan lain2 lagi. Dan jawapan yang anda terima.. “Sabarlah..” atau “Ada hikmahnya..” atau “Mungkin Tuhan nak uji kau..” dan macam2 lagi.. kan?

Seterusnya anda pun berkata “Yelah, tapi kenapa aku? kenapa uji aku macam ni sekali?” “kenapa?” “kenapa?” “kenapaaaaaaaa….????”

Macam dialog Tuan Director Ahmad Nisfu, “kenapaa kenapaaa akuuu.. aku takdak kena mengena dalam ini gambaaarrr..!!”

Kita terlalu dihantui dengan persoalan ‘KENAPA’ sehingga sering sangat terlupa dengan persoalan ‘APA’.

Saya cadangkan kita gantikan persoalan ‘KENAPA’ dengan ‘APA’.

“Apa yang aku dah buat sehingga ini jadinya?”
“Apa yang aku tak buat sampai bisnes aku jadi macam ni?”
“Apa yang aku terlupa nak buat sampai suami aku jadi macam ni?”
“Apa yang aku tak buat / dah buat sampai anak aku jadi macam ni?”
“Apa yang aku tak buat / dah buat sampai cikgu marah aku macam ni sekali?”
“Apa yang aku boleh lakukan supaya perkara macam ni tak jadi lagi?”
“Apa yang aku tak buat / dah buat sehingga Tuhan turunkan ujian seperti ni ke atas aku?”
Sering sangat kita terlupa.. kan?

Selalunya apabila sesuatu terjadi.. kita kerap lekas menuding kesalahan itu pada orang lain. Semua silap, salah, kekecewaan, kerosakan adalah berpunca daripada orang lain.

Kita sering terlupa nak tengok diri sendiri. Laju sangat nak tengok orang lain.

Saya pernah menonton satu rancangan di sebalik tabir sebuah filem, di mana satu adegan yang ditunjukkan oleh watak utama wanita (yang mendapat HIV akibat dirogol sedangkan dia seorang isteri yang baik), melutut di dalam hujan sambil menangis2 dan bertubi2 persoalan dalam hati bertanya pada Tuhan, apakah dosanya sehingga diberikan ujian sebegitu dahsyat.

MasyaAllah, jangan dipertikaikan ketentuan Tuhan! Kan lebih baik difikirkan mungkin ada dosa luar sedar yang telah dilakukan, ada kewajipan yang tidak ditunaikan ataupun adalah lebih bertuah mengetahui saat kematian sendiri kerana peluang untuk bertaubat itu diberikan dalam sedar.

Mujur itu hanya lakonan. Jika anda pernah tertanya demikian, kenapa perniagaan anda tidak pernah berjaya.. sebenarnya di sebalik tuduhan kepada orang / perkara lain, jauh di sudut hati anda tahu apakah sebenarnya punca kegagalan anda.

Kurang persediaan. Kurang study. Kurang bertanya. Kurang maklumat. Kurang rajin. Kurang usaha. Rasa semua dah cukup dan tak sabar2 lagi nak dapat duit berjuta!

Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Kita lihat ada orang begitu TABAH.. dan ada pula orang lain menghadapi ujian yang sama, tetapi menjadi ‘PEMINTA SIMPATI’. Mengapa terjadi sedemikian?

Itu semua adalah pilihan.

Berapa ramai peniaga yang ‘bungkus’ dan terus trauma hendak berniaga? Dan berapa ramai pula peniaga yang beberapa kali ‘bungkus’, bangun kembali dan kini bergelar jutawan?

Ujiannya sama, hanya pilihan mereka yang berbeza. Yang trauma telah memilih untuk tidak berniaga lagi kerana mempunyai pengalaman lampau yang ‘menakutkan’, manakala yang sudah menjadi jutawan telah memilih untuk terus berjuang dan tidak memperdulikan perkataan ‘putus-asa’.

Antara mereka, ada yang memilih untuk mempersoalkan ‘KENAPA’, dan ada yang memilih untuk mempersoalkan ‘APA’. Pastinya persoalan ‘KENAPA’ tidak membawa kita keluar dari masalah, sedangkan persoalan ‘APA’ akan membawa kita ke fasa mengenalpasti dan menganalisa masalah, seterusnya menemui formula penyelesaian dan akhirnya menghasilkan suatu keputusan yang cemerlang!

Bukan saya hendak mengajar anda semua, tetapi sekadar perkongsian. Satu matlamat punyai ribuan cara untuk mencapainya. Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak cara yang kita boleh jadikan pilihan.

Setiap hari sebelum tidur, fikirkan sekurang2nya SATU ilmu yang telah anda dapat pada hari itu. Dan pagi esoknya, bangun dengan semangat, kegembiraan dan keazaman yang dahsyat untuk berjaya!

Wallahu alam.

Artikel imi dipetik daripada:wangcyber.com

26 Mei 2009

Mei 26, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-Segala-galanya bermula dari minda anda

****************************** *******************************

Anda menerima email ini, kerana anda telah melanggan ezine mindasukses.
Kami amat membenci spam dan tidak sekali-kali melakukan tindakan yang tidak bermoral itu.

****************************** *******************************


Salam sejahtera MIJI
Apa khabar, saya harap ketika ini MIJI berada di dalam keadaan
sihat dan minda yang cerdas.

Pertama, saya minta maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk
menghubungi anda, selepas anda melanggan keluaran pertama ezine
Minda Sukses. Adakah Minda Sukses akan dapat membantu anda untuk
mencipta lebih kejayaan?

Walau apa pun jua pendapat dan jawapan dari anda, Apa yang boleh
kami katakan, Ezine tersebut hanyalah satu platform untuk membantu
anda, segala-galanya terpulang kepada diri anda sendiri, kerana
kejayaan perlu hadir dari keinginan anda sendiri, bukan dari
kinginan orang lain. Kami sekadar membantu setakat yang kami mampu.


Tentu anda pernah dengan atau terpandang pada ungkapan ini. 'Anda
apa yang anda fikirkan'.

MIJI,

Segala-galanya bermula dari minda anda,sekiranya anda befikir,
sesuatu yang negatif, hasilnya pasti negatif. Sekiranya anda fikirkan
positif, hasilnya pasti positif, kerana itulah mantan perdana menteri
Kita, Tun Dr, Mahathir sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia berfikiran
positif, 'Fikirkan boleh'. dalam setiap apa yang dilakukan.

MIJI,
Adakah saya terlalu berceloteh panjang?, Sekiranya benar, maafkan saya
Saya cuma ingin berkongsi satu lagi ungkapan bersama anda,

'Sekiranya anda mampu menguasai Minda, anda pasti dapat menguasai dunia' .
Ungkapan tersebut bukanlah ciptaan saya, tetapi ianya telah dilafazkan
oleh individu yang telah berjaya.

MIJI
Sekiranya anda inginkan lebih maklumat mengenai minda dan kejayaan, Sila klik http://www.linncomel.com., sekiranya anda merasakan ingin berkongsi masalah dan bertukar pendapat bersama kami, sila klik http://www.mindasukses.com/diskusi. Kami akan sentiasa membantu anda, kerana 'kecemerlangan anda, kejayaan Kami'

Ikhlas,
linn,
Admin, Mindasukses.com
www.linncomel.com
www.mindasukses.com/diskusi


Harmonic Wealth Network (001813408-k)
F-2-16, Pelangi Damansara, Persiaran Surian,PJU 6,47810 Petaling Jaya,Selangor.

25 Mei 2009

Mei 25, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-Jutawan Tetapi Tidak Berilmu?

===============================
Newsletter Daripada Majalah IM
===============================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MIJI, kami harap anda berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa
ceria. Kami baru sahaja selesai melakukan temubual bersama saudara
Abooain untuk Majalah IM #14 yang akan keluar pada bulan Jun.
Insyallah.

Pada emel kali ini, kami ingin mengetengahkan satu tanggapan yang
silap masyarakat kita terhadap jutawan. Oh, bukan semua jutawan
tetapi khusus buat jutawan yang tidak mendapat pendidikan tinggi.
Mungkin ada jutawan yang hanya belajar setakat darjah 6, ataupun
setakat SPM ataupun langsung tak bersekolah.

Ramai masyarakat kita menganggap jutawan sebegini tidak berilmu dan
melabelkan mereka "bodoh". Bagi sesetengah masyarakat kita
menganggap mereka menjadi jutawan adalah kerana nasib dan bukan
kerana kebijaksanaan mereka.

Adakah anda juga menganggap mereka begitu?

Sebenarnya itu semua SILAP besar. Hakikat yang kita semua perlu
terima ialah kita tidak boleh menjadi jutawan tanpa memiliki ilmu.
Ilmu sangat penting dan ilmu tidak sepatutnya hanya diukur melalui
sijil Diploma, Degree, Master dan sebagainya. Banyak lagi ilmu lain
yang sebenarnya lebih penting untuk kita terus berjuang di dalam
dunia ini.

Cuba kita renungi kata-kata oleh C.K Brightbill iaitu "Masa hadapan
yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan,
tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa
lapangnya dengan bijaksana".

Kita boleh dapat ilmu di mana sahaja dan kebanyakkan ilmu
perniagaan tidak di ajar di mana-mana sekolah atau universiti.
Istilah yang digunakkan untuk ilmu-ilmu ini ialah "the missing
chapter". Kita lihat contoh Lim Goh Tong yang langsung tidak pandai
membaca tetapi beliau mampu menjadi jutawan kerana beliau lebih
berilmu daripada kita. Itulah hakikatnya!

Akhir kata, jika selepas ini anda melihat orang yang berniaga pasar
malam, jangan cepat untuk menghukum bahawa mereka tidak
berpelajaran kerana mereka mungkin seorang jutawan senyap. Ini
bermakna mereka juga berilmu. Jika selepas ini anda melihat orang
yang berniaga dikota-kota, jangan pula melabelkan mereka sebagai
orang yang bodoh kerana mungkin mereka sudah mencapai status bebas
kewangan tetapi kita terus dibelenggu hutang.

Sama-sama kita fikirkan dan sehingga kita berjumpa lagi!

Sekian,
Zhafran & Labanon,
www.MajalahIM.com

p/s: Untuk menjadi jutawan, kita perlulah mantapkan diri kita
dengan ilmu keusahawanan terlebih dahulu.

-------------------
Makluman: Emel ini dihantar kerana anda merupakan subscriber sah
kepada MajalahIM.com. Berikut ialah butiran pendaftaran anda:

Nama: MIJI
Emel: tarmiziahmad@ymail.com
Tarikh Daftar: March 21, 2009

24 Mei 2009

Mei 24, 2009 - , No comments

TIPS KEJAYAAN-MASTER YOU MIND

Hi Miji,

Ah, the final lesson. But I really don't want
our relationship to end here. I recently discovered
that my life's purpose is to teach others. Not in the
sense of a teacher in a classroom lecturing students
on what is correct and what isn't.

I want to teach by sharing my thoughts and experiences.
I want to teach you, right here, right now.

I hope that by reading this eCourse and performing
the mind techniques, you will walk away from it not
only a better person, but also confident in the fact that
you can face any challenge and reach any goal.

The key lesson:

If you can master your mind, you can have anything
you want.

Most people tend to overlook the power of the mind.
Many successful people understand the basal factor to
success in life BEGINS with inside, the mind. While
majority of the masses continue to fumble and search
frantically for "tools", they hone their minds instead.

The clarity and strength of the mind is the most
fundamental factor to success. With a clear direction
internally, you are set to overcome any obstacle and
emerged triumph. Master your mind and you master your
destiny. That's my personal guarantee to you.

Joel Chue| Mind Power

23 Mei 2009

Mei 23, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan-Power Visualization

Hi Miji,

Times passes quickly when you are learning
great stuff, doesn't it? A pat on your back
for staying till day 3!

Today's lesson is on power visualization.
Actually, the term "visualization" is a misnomer.

With this technique, you will be using more than
just your visual faculties. When you do Power
Visualization, besides seeing what you desire,
you will also hear it, smell it, taste it, and
feel it.

Whatever you think about most often expands in your life.

Miji, so if you are constantly worried about
not having enough money, you will get more life experiences
of not having enough money.

Focusing on opportunities to make money will get
you a thousand times further than worrying about
the lack of it.

But Power Visualization is more than just positive
thinking. It's about putting your mind and body
in the ideal place first, and then flooding your
subconscious with a colorful experience of life as
you want it.

The more relaxed you are, the more open your
subconscious is to receive the messages you want
to send it. And the more senses that you involve
in your Power Visualization, the more of an impact
it will have.

Here's another important characteristic of the
subconscious mind: it can't tell the difference
between your outer world and your imagination.

Meaning that if you visualize an event in great
detail and with a lot of emotion, your subconscious
mind will believe that it's really happening.

And the more times you practice Power Visualization
properly, the more "real" it will seem to your
subconscious.

This is key because once it believes your visualization
to be a fact; it will feel tension when your current
outer reality doesn't match up.

It will then go your assistance by sending you ideas,
opportunities and motivation to transform your outer
world.

Joel Chue| Mind Power

22 Mei 2009

Mei 22, 2009 - , No comments

Pelukis Blog Kartun




KANAK-KANAK perempuan itu comel dan bertocang dua. Berwajah bujur dan berseluar dalam di luar. Pada wajahnya terpampang satu perasaan puas. Dia puas mungkin kerana dapat meniru gaya idola hati iaitu Superman.

Di atas bajunya tercatat Kapten Emot. Ya, inilah Adik Emot cetusan idea kecil pelukis sambilan, Nor Emila Yusof, 41.

Emila ketika ditemui di kediamannya di ibu negara baru-baru ini memberitahu, bakat melukis sudah lama mengalir dalam darahnya.

"Emot dan seorang lagi watak, Nora, yang berambut panjang mengurai ialah dua karakter ciptaan dan kegemaran saya. Apabila saya membandingkan gaya lukisan dahulu dan sekarang, memang ada banyak perubahan. Jika dahulu kebanyakan karakter bermata besar dan kepala kecil, sekarang mereka lebih cenderung ke arah mata kecil," katanya sambil tertawa besar.

Seingat Emila, satu-satunya pendidikan formal subjek seni yang pernah diperoleh setakat ini hanya di sekolah rendah dan menengah. Tetapi, dengan berbekalkan kelayakan kredit dalam subjek Pendidikan Seni sewaktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerjaya Emila dalam bidang seni bermula
.
Selama lebih sedekad bekerja dalam unit grafik dunia korporat, hati kecil Emila terdetik, sampai bilakah dia ingin terus duduk menghadap komputer, mereka letak bahan yang sama?

Persoalan itu akhirnya menemui jawapan apabila dia membuat keputusan meninggalkan segala-galanya dan menjadi 'bos' sendiri.

"Pada Ogos 2007, saya berhenti kerja dan melakukan kerja sambilan. Keputusan itu juga diambil supaya saya mempunyai masa untuk menjaga anak," katanya yang pernah melakukan pelbagai kerja sebelum menceburi bidang seni.

Jelas Emila, biarpun bekerja sambilan, memiliki kemahiran membina hubungan sangat penting. Pengalaman bekerjasama dengan agensi tertentu termasuk dengan pihak percetakan telah melancarkan kerja-kerja ilustrator sambilan sepertinya.

Justeru, sebelum berhenti daripada kerjaya korporatnya, dia sudah mula memanfaatkan kelebihan blog sebagai platform membina rangkaian kenalan.
Blog berjudul Emila's Illustrated Blog (http://emilayusof.com/) ini biarpun baru berusia lebih dua tahun, tetapi sudah ada himpunan peminatnya sendiri.

Buktinya, bilangan pengunjung dalam talian telah pun mencecah lebih daripada 236,000 setakat ini. Ia satu angka yang cukup menterjemahkan populariti tuan empunya badan

Namun, Emila dengan rendah diri mengucapkan terima kasih setiap kali lukisannya menerima pujian. Malah, dia juga tidak kedekut berkongsi pengalaman saat ditanya teknik-teknik lukisannya.

Gemar menggunakan cat air berwarna lembut untuk kebanyakan karakternya, dia biasanya akan memberikan sentuhan akhir dengan penggunaan pensel warna.

"Itulah gaya seni saya. Contohnya, lepas sapu cat air untuk warna latar dan dibiarkan kering, saya akan guna pensel warna bagi memberi tekstur pada rambut, baju dan sebagainya," katanya yang meminati warna oren dan biru.

Sebagai seorang blogger, Emila mengakui idea asal bloggingnya tidak terarah kepada motif mengaut keuntungan. Namun, siapakah yang tidak tertarik pada kartun RSS Dolly comel lukisannya?

"Kawan-kawan terpesona dengan Dolly dan syorkan agar saya buat bisnes daripadanya. Jadi, awalnya saya cuma kenakan bayaran AS$2 (RM7) setiap satu dan responsnya cukup memberangsangkan. Setakat ini, lebih daripada 150 kartun Dolly telah dilukis," katanya sambil memberitahu harga setiap Dolly telah dinaikkan sehingga AS$5 (RM17.70) sejak awal tahun ini.

Pelanggannya datang dari serata dunia dengan sebilangan besarnya dari Malaysia, Amerika Syarikat dan Britain.

Jelas Emila, untuk mendapatkan satu Dolly yang dibuat khas (custom-made), pelanggan hanya perlu mengirimkan gambar mereka secara e-mel. Ini bagi membolehkannya menentukan karakter dan wajah Dolly yang mereka inginkan.

Biarpun kecanggihan teknologi membolehkan dia menerima tempahan merentasi benua, katanya, pelanggan luar negara lazimnya boleh dipercayai. Tidak timbul soal ditipu.
Sebaliknya, pengajaran terbesar pernah diterima Emila sepanjang bergelar seorang freelancer adalah apabila dia ditipu oleh kawan baik sendiri.

Berusaha melupakan insiden hitam itu, pelukis serba boleh ini juga seorang jurugambar berbakat. Anak kelahiran Raub, Pahang ini sering merakamkan gambar bagi keperluan rekaan kulit buku yang dikomisenkan kepadanya.

Antara yang memberinya 'mandat' mereka kulit buku termasuklah syarikat Wira Bukit Sdn. Bhd., agensi milik sasterawan negara, Datuk A. Samad Said.
Sebelum memutuskan gaya persembahan kulit buku yang ingin disampaikan, Emila lazimnya akan membaca manuskrip terlebih dahulu.

"Saya perlu dapatkan perasaan itu dahulu. Lepas itu, baru rancang rekaan kulit buku dan pergi ambil gambar. Misalnya, buku Keledang dan Dari Salina ke Langit Petang, semua ini bertemakan alam sekitar. Memandangkan Pak Samad pun harapkan tema alam, saya beri motif yang diperlukan," jelasnya yang mengagumi karya pelukis seperti Beatrix Potter, Helen Oxenbury dan Cicely Mary Barker.

Pada tahun depan, Emila akan menjengah ke Bologna, Itali untuk menghadiri Pameran Buku Kanak-kanak.


Sumber:Kosmo!

21 Mei 2009

Mei 21, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan-Affirmation imprinting

Hi Miji,

In today's lesson, we are going to explore
the power of Affirmation imprinting. Affirmation
imprintings are your desires made into statements
that you read or say to yourself.

Miji, don't underestimate this simple
mind technique.

The goal with Affirmation Imprinting is to repeat
a statement over and over again, day after day,
until it makes an "imprint" on your subconscious.

Once this occurs, your subconscious mind will sense
a difference between what it sees as being "real"
and your outer physical world.

This difference will cause a tension and your
subconscious mind will provide you with ideas,
motivation and behaviors so that your outer world
will begin to match up with your inner world.

It will seem almost magical the way doors and
opportunities open up for you everywhere in order
to make that affirmation a reality.

But wait! In order for the affirmation imprinting
to occur most effectively, the affirmation statements
need to be written a specific way.

Three guidelines to powerful affirmation statements:

1. They must be personal.

2. They must be positive.

3. They must be in present tense

Simple isn't it? Now, the next step is to start
making affirmations a part of your daily routine.

Sumber:Joel Chue| Mind Power

20 Mei 2009

Mei 20, 2009 - , No comments

3 Cara PERCUMA Untuk Belajar Perniagaan Internet!

===============================
Newsletter Daripada Majalah IM
===============================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI, apa khabar sekarang? Semoga berada di dalam keadaan yang
sihat dan ceria selalu untuk meneruskan kehidupan seharian kita
sebagai seorang manusia.

Baiklah pada emel kali ini saya ingin kongsikan dengan anda
beberapa cara untuk anda belajar mengenai ilmu perniagaan Internet.
Saya hanya kongsikan beberapa cara yang saya sendiri cuba dan apa
yang paling penting semuanya adalah PERCUMA.

Antara tempat yang saya belajar mengenai perniagaan Internet ialah:

=> Forum - Banyak perkara berkaitan perniagaan Internet saya
belajar daripada forum. Ini kerana di forum ini anda akan berjumpa
dengan ramai gelagat manusia dan ada di antara mereka yang
mempunyai ilmu yang sangat tinggi mengenai perniagaan Internet.

Saya banyak membaca ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh mereka di forum
dan daripada situlah saya mula berinteraksi dengan mereka.
Alhamdulillah, ramai di antara mereka sudi untuk menjadi mentor
saya dan lebih banyak saya belajar daripada mereka. Anda boleh cari
terlampau banyak forum perniagaan Internet yang wujud sekarang.

=> Blog - Selain itu, saya juga banyak belajar daripada blog-blog
usahawan Internet itu sendiri sama ada usahawan Internet dari luar
negara ataupun usahawan Internet tempatan. Kebanyakkan mereka akan
berkongsi tip-tip berkaitan perniagaan Internet yang basic dan ini
sebenarnya sudah cukup sebagai "kick-start" bagi kita yang masih
newbie.

Paling best apabila blog tersebut berkongsi kejayaan yang
diperolehi mereka setelah menjalankan perniagaan Internet. Secara
tidak langsung, ini memberikan satu sumber inspirasi untuk saya
terus berusaha dan berusaha lagi sehinggalah berjaya mendapat
pendapatan daripada perniagaan Internet.

=> Ebook - Saya telah membaca beratus-ratus ebook percuma berkaitan
perniagaan Internet dan saya boleh katakan bahawa ia adalah satu
sumber ilmu yang bagus. Saya tahu ramai yang mempunyai tanggapan
negatif terhadap ebook tetapi percayalah bahawa bukan semua ebook
adalah tipu.

Daripada ebook-ebook percumalah saya tahu bagaimana proses
perniagaan Internet itu berfungsi dan apakah sebenarnya perniagaan
Internet yang sebenar. Dulu saya juga tidak dapat membezakan di
antara perniagaan Internet dan pelaburan haram Internet.
Alhamdulillah dengan membaca ebook percuma saya dapat membezakannya
dan selamatlah segala duit simpanan saya.

Gerun saya melihat orang lain yang tertipu dengan pelaburan haram
di Internet sehingga kehilangan puluhan ribu ringgit. Fuh, jika
puluhan ribu ringgit ini digunakan betul-betul untuk perniagaan
Internet saya rasa mereka pasti akan memiliki satu empayar
perniagaan Internet yang hebat.

Saya rasa 3 cara di atas sudah cukup untuk anda mendapat ilmu
mengenai perniagaan Internet yang diperlukan sebagai seorang
newbie. Insyallah jika anda mempunyai wang yang lebih maka laburlah
wang anda tersebut untuk menambah lagi ilmu mengenai perniagaan
Internet.

Sehingga kita berjumpa lagi!

Sekian,
Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com

p/s: Satu sumber terbaik untuk anda belajar cara buat duit di
Internet ialah dengan membaca Majalah IM. Ya, anda boleh download
secara percuma sahaja di www.MajalahIM.com

-------------------
Makluman: Emel ini dihantar kerana anda merupakan subscriber sah
kepada MajalahIM.com. Berikut ialah butiran pendaftaran anda:

Nama: MIJI
Emel: tarmiziahmad@ymail.com
Tarikh Daftar: March 21, 2009

===============================
PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA
===============================

MajalahIM.com merupakan satu portal dimana menyediakan info
perniagaan Internet secara PERCUMA. Anda boleh mendowload Majalah
IM yang dikeluarkan setiap bulan secara PERCUMA.

Oleh itu, jika anda rasakan info yang kami berikan secara PERCUMA
ini memberi manafaat kepada anda, maka kami sangat mengharapkan
agar anda menyebarkan Majalah IM ini kepada sesiapa sahaja dengan
syarat anda tidak menjualnya.

19 Mei 2009

Mei 19, 2009 - , No comments

Mudahnya Berfikir Negatif

Mudahnya Berfikir Negatif

Sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan dan membahayakan diri.

Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:

“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:

1) Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)

2) Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!

3) Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!

Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.

Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:

1) Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!

2) Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!

3) Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?

Latihkan diri anda untuk berfikir positif setiap masa. Ia akan memberi semangat dan motivasi yang hebat kepada diri anda sendiri. Menurut buku “Secrets of Millionaire’s Mind”, pemikiran positif adalah amat penting dalam mencapai kejayaan. Ia akan membuka lebih banyak pintu rezeki dan membolehkan kita melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita.

http://www.irfankhairi.com

18 Mei 2009

Mei 18, 2009 - , 1 comment

7 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

7 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Bina keikhlasan dan akhlak yang mulia dalam diri.

2. Tetapkan matlamat, misi dan visi perniagaan (konsep niat).

3. Utamakan perniagaan yang benar-benar diperlukan oleh pengguna. Jangan sesekali membuatkan orang lain menggunakan barangan/perkhidmatan yang tidak perlu atau terpaksa melakukannya kerana dipujuk oleh anda. Tanamkan konsep ‘menolong sambil menjana untung’.

4. Senaraikan bentuk perniagaan yang ingin diceburi. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi setiap alternatif yang ada.

5. Dapatkan khidmat nasihat serta menimba pengalaman daripada individu yang berjaya, peniaga yang pernah muflis dan syarikat, yayasan atau jabatan kerajaan seperti MARA, FELDA, Kementerian Pertanian, Kementerian Luar Bandar dan Keushawanan dan sebagainya.

6. Mulakan perniagaan dalam bidang yang anda tahu. Gunakan bakat, minat, ilmu dan kemahiran anda sebaiknya. Luaskan skop ilmu, kemahiran dan horizon pemikiran anda. Amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

7. Jika anda bekerja, jangan berhenti kerja dahulu sebelum perniagaan anda benar-benar kukuh. Bagaimanapun, pastikan perniagaan anda tidak menjejaskan tugas hakiki dan prestasi kerja anda.

DIPETIK DARIPADA:7KILAS.BLOGSPOT

17 Mei 2009

Mei 17, 2009 - , No comments

TIPS PERNIAGAAN- Mantapkan Pengetahuan Mengenai Perniagaan Internet...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI apa khabar? Saya di sini mendoakan agar anda sentiasa
sihat dan ceria dalam menempuhi kehidupan seharian.

Sekarang saya melihat traffic-jam dari pandangan tingkap bilik saya
dan saya tahu mereka semua berlumba-lumba untuk pergi kerja. Saya
pasti mereka semua ingin cepat sampai di tempat kerja masing-masing
agar tidak lambat sampai. Oh, atau dengan lebih tepat agar tidak
dimarahi oleh bos.

Saya pula sedang menulis emel kepada anda dengan tenang di atas
kerusi empuk sambil menghirup udara segar di tingkat 12 kondo di
sini. Segelas air milo panas di atas meja ini melengkapkan lagi
mood pada pagi ini sebagai seorang usahawan Internet. Sinar mentari
baru sahaja memancarkan sinarnya... oh indah sungguh pemandangan pagi
ini.

Adakah anda juga mahu menjadi seperti saya?

Untuk pengetahuan anda setiap hari ramai yang berimpian untuk
memulakan perniagaan Internet dan seterusnya menjadi kaya. Saya
tahu anda juga menyimpan impian yang sama sepertimana saya dulu.
Itu adalah satu petanda yang bagus. Malangnya hanya beberapa kerat
sahaja daripada yang menyimpan impian untuk berjaya ini mengambil
satu tindakan yang benar-benar serius.

Daripada jumlah yang mengambil tindakan pula, tidak semuanya
berjaya tetapi sekurang-kurangnya mereka ini mempunyai peluang
untuk berjaya. Mengikut statistik semasa, 94% perniagaan Internet
akan gagal pada tahun pertama. Sebenarnya kenapa mereka ini gagal?

Kebanyakkan mereka yang gagal di dalam perniagaan Internet kerana
masih belum menguasai pengetahuan perniagaan Internet sepenuhnya.
Anda mesti tahu bahawa ramai yang telah berjaya dengan perniagaan
Internet sehingga boleh mendapat pendapatan 100 kali ganda
pendapatan anda. Namun, mereka tidaklah 100 kali ganda bijak
daripada anda dan tidak pula 100 kali ganda bekerja keras dari anda.

Tetapi mereka mempunyai pengetahuan mengenai perniagaan Internet
lebih daripada anda. Mereka tahu prinsip perniagaan dan bagaimana
untuk menjana pendapatan di Internet. Apa yang paling penting ialah
mereka ini sentiasa... saya ulangi... sentiasa berusaha untuk belajar
perkara baru.

Jadi saya rasa untuk anda berjaya di dalam perniagaan Internet,
langkah pertama ialah mantapkan pengetahuan anda mengenai
perniagaan Internet. Kemudian jangan rasa diri anda sudah pandai
dan tidak mahu belajar perkara yang baru. Sebenarnya masih banyak
lagi yang kita semua belum terokai mengenai perniagaan Internet ini.

Sebenarnya, anda boleh mendapatkan ilmu mengenai perniagaan
Internet secara PERCUMA sahaja. Bukan susah pun... semua maklumat
kini dihujung jari anda! Saya rasa sampai disini sahaja emel saya
pada kali ini sebab saya pun nak turun mandi swimming pool kat
bawah ni dan Insyallah pada emel akan datang saya akan kongsikan
dengan anda bagaimana saya belajar mengenai perniagaan Internet.

Semoga berjumpa lagi!

Sekian,
Adly a.k.a Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com

p/s: Saya ingin ingatkan bahawa perniagaan Internet bukanlah satu
skim cepat kaya!

14 Mei 2009

Mei 14, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan-Motivasi Minda

Motivasi Minda

Mulakan di fikiran anda dengan berfikir secara positif. Bagaimana anda ingin membuka kunci yang menghalang anda untuk mencapai matlamat anda dengan berkesan? Berfikir secara positif. Fikirkan boleh. Fikirkan ianya tidak sesusah mana. Fikirkan tiada mustahil dalam hidup anda! Saya yakin anda pasti akan dapat membuka kunci ini.
Orang berkata, bukan senang untuk menjadi jutawan atau berpendapatan hebat! Memang kata-kata mereka di luar sana adalah benar. Percayakah anda, bahawa kata-kata ini anda boleh ubahkannya menjadi realiti seperti contoh adalah mudah untuk menjadi jutawan¡¨. Inilah matlamat anda. Motivasikan minda anda dengan menetapkan matlamat tertinggi anda. Jika anda ingin menjadi kaya lagi 2 tahun, anda perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jika ditafsir dengan mata kasar, ia nampak sukar tetapi ianya tidaklah mustahil bagi mereka yang bersungguh-sungguh.

Tulis ini diatas kertas..

Saya ingin memperolehi __(letakkan matlamat anda)_ pada masa __(tarikh sasaran matlamat anda)__ . Saya yakin SAYA BOLEH!¡¨

Simpan apa yang anda tulis tadi dalam dompet anda atau tempat yang mudah anda membacanya. Baca setiap hari dan bersungguh-sungguh mendekati matlamat anda. Jika anda dapat membuat perubahan dalam beberapa bulan ini, sila mesej kepada saya dan ceritakan kejayaan anda. Saya ingin sekali membaca pengalaman anda. Berkongsi pengalaman yang positif dan hebat akan menjadikan diri anda lebih hebat!

Meletak sejuta usaha lebih baik dari meletak sejuta angan-angan¡¨

Tiada jalan pintas untuk anda mengecapi kejayaan. Seperti kata pujangga, usaha itu adalah tangga kejayaan. Anda perlu memperkasakan ilmu dan pengetahuan di minda anda. Anda memperolehi E-Book saya dan sekarang anda membacanya. Inilah jalan petunjuk anda yang sebenar dalam mengecapi kejayaan. Dengan pengetahuan yang anda perolehi di sini, ia akan memudahkan anda mencapai kejayaan demi kejayaan.

Sebab itulah kenapa anda perlu memotivasikan diri anda. Mempelajari teknik dan taktik tanpa mempedulikan motivasi, anda tidak akan dapat mengecapi kejayaan yang hebat. Apa yang anda perlu sekarang, baca lebih maklumat (seperti di blog saya atau E-Book ini) dengan mempelajari daripada mereka yang berjaya.
Jika anda inginkan lebih lagi motivasi dan bahan ilmiah dari saya, nantikan keluaran E-Book seterusnya dari saya. Diharapkan E-Book ini dapat membantu anda mendapatkan infomasi berguna dan memberi manfaat yang amat berharga kepada anda. Untuk pengetahuan anda, saya dalam merancang untuk menerbitkan E-Book yang lain pada masa akan datang. Sokongan daripada anda pasti menyuntik semangat saya untuk memberikan sesuatu yang berguna untuk anda. Jumpa lagi ļ

“GERAK HATI MOTIVASI MINDA¨

Noorizam Shah

========
Noorizam Shah mendapat Diploma Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia. Selepas mendapat Diploma, beliau telah mengikuti kursus Steel Building System dari Australia.

Beliau menimba pengalaman di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan pada tahun 2002 dan berpeluang memantau projek di seluruh Malaysia. Dunia internet bukanlah asing kepada beliau.

Beliau mengenali Internet bermula sejak tahun 1999 dan banyak mencipta script untuk ruangan sembang, disamping hobinya membina laman web. Daripada minat dan sekadar suka-suka, beliau mula didedahkan dengan alam perniagaan internet pada 2005.

Walaupun masih baru, ini bukanlah suatu kelemahan bagi beliau untuk terus mengembangkan minat seterusnya menjana pendapatan hasil dari perniagaan internet. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang Internet dan keusahawanan, beliau meninggalkan profession kerja beliau dan seterusnya mendalami ilmu-ilmu perniagaan internet dari beberapa tokoh-tokoh ternama usahawan internet masakini.Beliau mula serius menceburkan diri di dalam perniagaan internet setelah mendapat suntikan semangat dari seorang rakan sekerja beliau, maka terciptalah laman web http://www.pelamin.net (turut memiliki blog peribadi di http://blog.pelamin.net)

Perniagaan utama beliau ada perkhidmatan pemasangan pelamin dan pakej perkahwinan yang begitu popular di enjin carian. (Beliau masih bekerja di sebuah Syarikat Korporat di KLIA dan menjadikan perniagaan internet sebagai pendapatan sampingan beliau)

Dengan kewujudan blog ini, anda berpeluang mendapatkan tips dan ulasan bagaimana beliau menjana pendapatan di internet.

Sumber:wangcyber.com

13 Mei 2009

Mei 13, 2009 - , No comments

TIPS PERNIAGAAN INTERNET-3 SYARAT WAJIB MEMULAKAN PERNIAGAAN INTERNET

Salam Sejahtera MIJI,

Sejak akhir-akhir ini, ramai rakyat
Malaysia telah mula menyedari potensi
perniagaan internet ini terutamanya sejak
menghadapi krisis kegawatan ekonomi ini.
Kesannya semakin ramai yang mula menjual
di internet setiap hari.

Akan tetapi sebenarnya ramai di antara
mereka yang tidak tahu apakah syarat wajib
yang perlu ada untuk memulakan perniagaan
internet ini selain mempunyai hosting dan
domain. Ramai yang terjun ke industri ini
dan terus mengalami kerugian kerana kurang
ilmu berkenaan dengan perniagaan internet.

Sebenarnya ada 3 syarat wajib yang perlu
anda ada sebelum anda mula mempromosikan
perniagaan internet anda. 3 syarat wajib
tersebut ialah:

========================================
Syarat 1:
Mempunyai produk yang hebat dan mempunyai
permintaan yang tinggi daripada pengguna
internet.

Syarat 2:
Mempunyai grafik jualan seperti e-cover,
minisite dan sebagainya yang profesional
dan mampu menarik mata pelawat membeli
produk anda.

Syarat 3:
Mempunyai surat jualan (salesletter) yang
mampu menarik pelawat memahami dan membuat
keputusan untuk membeli produk anda
serta-merta.
=========================================

Percayalah bahawa tanpa 3 syarat wajib ini
anda pasti tidak mampu menjual apa-apapun
walaupun anda menghabiskan wang yang banyak
untuk mempromosi produk anda!

Jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk
merekabentuk grafik jualan yang hebat,
anda boleh membayar para Grafik Designer
untuk merekabentuk grafik hebat untuk
anda. Bayaran mereka biasanya RM100 ke atas.
Tetapi hasilnya sememangnya berbaloi.

Bagaimana pula jika anda tidak mempunyai
modal yang cukup untuk mengupah para grafik
designer bagi mendapatkan set grafik jualan
yang hebat untuk menonjolkan produk anda?

Sebenarnya ada penyelesaian alternatif yang
lain jika anda mengalami situasi tersebut.
Anda boleh mendapatkan template grafik jualan
pasang siap dengan harga yang sangat murah
dan mampu dimiliki semua.

Rakan saya, saudara Hamid Salim telah menghasilkan
14 template grafik jualan khususnya Minisite, ecover
dan sebagainya untuk lebih menonjolkan produk anda.
Template grafik ini juga sangat profesional untuk
disesuaikan dengan apa jua produk yang anda ingin
jual di internet.

Dapatkannya dengan segera di:
http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=QhwB&mc=3&s=iKfCF&y=J&

Kini anda boleh memulakan perniagaan internet
dengan kos yang sangat rendah disamping
menonjolkan kehebatan produk anda dengan
grafik jualan yang profesional!


Sekian dahulu dari saya,

Anwar Yassin

Daripada: "Anwar Yassin"

12 Mei 2009

Mei 12, 2009 - , No comments

TIPS PERNIAGAAN INTERNET-"BERENANG" DI INTERNET

MIJI,

Email ini adalah email lanjutan daripada email saya sebelum
ini. Jika MIJI baru saja menjadi subscribers saya,
pada minggu lepas saya telah menerangkan bahawa TIADA RAHSIA
untuk MIJI buat duit di internet.

Jangan mudah terpengaruh dengan kenyataan, laman web - laman
web yang menjanjikan rahsia buat duit di internet lebih - lebih
lagi web yang menunjukkan screen shot transaksi beribu - ribu
ringgit / USD. MIJI BOLEH mencapai tahap tersebut
tetapi cabarannya adalah besar.

Perkara yang menjadi kunci utama untuk buat duit di internet
adalah MIJI perlu BELAJAR dan KUASAI bagaimana untuk
melakukan pemasaran secara online.

Internet adalah merupakan satu bentuk medium sahaja. Medium
ini umpama sebuah LAUT dalam yang perlu diharungi.

Jika MIJI merupakan orang baru yang ingin buat duit
di internet, MIJI adalah umpama seorang perenang
yang sedang berenang merentasi lautan dalam dan sedang tercari
- cari "TANAH IDAMAN" yang ingin MIJI miliki.

Berenang di lautan bukanlah perkara yang mudah. MIJI
mungkin akan dikejar jerung malah besar kemungkinan akan digigitnya!

MIJI juga mungkin akan keletihan dan akan kelemasan.
Akhirnya MIJI akan tergelam ke dasar lautan selama
- lamanya.

Walaubagaimanapun, jika MIJI kuat dan mempunyai semangat
yang tinggi, MIJI mungkin akan menjumpai TANAH / PULAU
untuk MIJI takluki.

Sama juga dengan konsep buat duit di internet.

Lautan dalam adalah merujuk kepada betapa luas dan besarnya
medium internet ini.

Jerung pula adalah merujuk kepada mereka - mereka yang menawarkan
pelbagai tawaran dan promosi "hype" kepada MIJI.

Tanah/Pulau adalah merupakan penguasaan yang MIJI bakal
kecapi.. Sama ada tanah tersebut besar atau kecil, itu terpulang
kepada MIJI untuk membuat keputusan.

Pendek kata, dalam perjalanan untuk mencapai cita - cita
MIJI iaitu membina empayar perniagaan menerusi internet,
buat duit menerusi internet, MIJI akan berjumpa dengan
pelbagai rintangan.

MIJI mungkin akan berhabis banyak wang demi mencapai
apa yang dihajati. Nasib tidak baik, MIJI akan digigit
oleh jerung (tertipu) dengan golongan - golongan yang mengambil
kesempatan.

Ada beberapa email responsive yang saya terima daripada para
pelanggan saya, mereka menyatakan mereka tertipu dan telah
berhabis wang untuk membeli segala macam panduan "RAHSIA" tetapi
akhirnya satu pun tidak mendatangkan hasil.

Apa yang dapat saya katakan, ini adalah perkara biasa. SEMUA
orang akan menghadapinya termasuk saya sendiri.

Kadang kala kita sebenarnya perlu tanya pada diri kita sendiri.

Adakah sebenarnya panduan tersebut tidak berguna atau kita sendiri
tidak menggunakan panduan tersebut dengan sebaiknya?

Saya yakin ramai pihak yang membeli 3 - 4 panduan "RAHSIA" buat
duit tetapi akhirnya mendapati panduan tersebut "hampir" sama.

Adakah kita tertipu? atau sebenarnya kita yang sebenarnya
menipu diri sendiri bahawa "wujud" satu jalan singkat untuk
menjana wang di internet? :)

Saya yakin anda tahu jawapannya.

Sebagai kesimpulan, antara perkara yang perlu anda lakukan
untuk memulakan perniagaan di internet adalah:

1. Anda perlu menetapkan minda yang betul iaitu buat duit di
internet bukanlah mudah. Ia memerlukan banyak usaha dan perkara
yang perlu di tawan.

2. Kuasai 1 - 2 perkara sahaja terlebih dahulu dalam 1 masa.
Elakkan daripada ingin mencuba pelbagai macam strategi atau
Rahsia.

3. Cuba perkara tersebut dengan bersungguh dan bukannya sekadar
melepaskan batuk di tangga dan mudah fed-up.

4. Setiap perkara yang diterokai harus diberikan masa untuk
melihat hasilnya. Pada saya, ambil masa dalam tempoh 3 bulan
untuk melakukan testing dan analisis. Kebanyakan orang baru
beranggapan jika hari ni buat sesuatu, esok akan ada hasilnya...
Sebagai contoh hari ni buat laman web, esok dah ada jualan...
Oh tidak!

5. Selepas berpuas hati atau telahpun menguasai perkara tersebut,
barulah kembangkan lagi atau explore lagi perkara - perkara
baru.

Pada email yang akan datang, saya akan kongsikan pula tentang
apakah perkara - perkara yang perlu anda kuasai untuk menjadi
seorang usahawan internet. :)

Jumpa lagi!

ikhlas,
Amirol Zolkifli
www.mohdamirol.com

11 Mei 2009

Mei 11, 2009 - , No comments

Tip menghargai masa

Tip menghargai masa

BANYAK tip boleh digunakan dalam menghargai masa. Kuncinya adalah jadikan diri pengintip kepada masa. Antaranya:

1. Kesan masa produktif (prime time) dan ‘masa-masa penat’ anda

Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan persediaan mengajar dan prime time kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada ‘masa-masa penat’ kita.

2. Kesan musuh masa anda

Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara marathon, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insya-Allah orang lain akan menghormati kita.

3. Tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk sesuatu kerja

Bagi mengehadkan masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah-mesra secara ala-kadar, kita terus kepada perkara yang hendak disampaikan.

4. Buat checklist penggunaan masa

Ketika ingin membeli-belah, senaraikan barang-barang dan anggaran harganya kerana ia amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barangan yang tidak perlu. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah juga seharusnya dalam ‘perbelanjaan’ masa. Kita harus ada checklist tentang apa yang perlu kita buat mengikut keutamaan untuk mengelak daripada pembaziran masa.

Ingatlah, masa lebih berharga daripada wang ringgit. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasai berbanding pembaziran wang kerana sifat masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang membuat checklist perbelanjaan masa!

Sumber:http://cikguonline.com

Mei 11, 2009 - , No comments

Tip menghargai masa

Tip menghargai masa

BANYAK tip boleh digunakan dalam menghargai masa. Kuncinya adalah jadikan diri pengintip kepada masa. Antaranya:

1. Kesan masa produktif (prime time) dan ‘masa-masa penat’ anda

Setelah mengesannya, gunakan masa itu untuk tugas yang paling penting dan paling memerlukan tumpuan. Katalah tugas penting kita adalah menyiapkan persediaan mengajar dan prime time kita ialah waktu pagi. Maka gunakan waktu pagi untuk menyiapkan persediaan mengajar. Bukannya dihabiskan untuk membaca surat khabar. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti kurang penting boleh dibuat pada ‘masa-masa penat’ kita.

2. Kesan musuh masa anda

Musuh kepada masa anda berpunca daripada anda sendiri atau orang lain. Kaji, apakah yang selalu membunuh masa anda. Mungkin berbual-bual kosong, melakukan panggilan telefon atau menjawab panggilan telefon secara marathon, melayani ‘tetamu’ yang tidak diundang, tidur atau rehat yang tidak perlu. Caranya adalah dengan menguatkan disiplin diri dan membina kemampuan untuk menolak dan mengatakan tidak. Jika kita belajar menghormati masa kita, insya-Allah orang lain akan menghormati kita.

3. Tetapkan satu jangka masa yang sesuai untuk sesuatu kerja

Bagi mengehadkan masa perbualan telefon, senaraikan perkara yang hendak diperkatakan dahulu. Setelah perkenalan dan ramah-mesra secara ala-kadar, kita terus kepada perkara yang hendak disampaikan.

4. Buat checklist penggunaan masa

Ketika ingin membeli-belah, senaraikan barang-barang dan anggaran harganya kerana ia amat perlu untuk mengawal diri anda daripada godaan membeli barangan yang tidak perlu. Ini penting untuk mengelakkan pembaziran wang. Begitulah juga seharusnya dalam ‘perbelanjaan’ masa. Kita harus ada checklist tentang apa yang perlu kita buat mengikut keutamaan untuk mengelak daripada pembaziran masa.

Ingatlah, masa lebih berharga daripada wang ringgit. Sayangnya, pembaziran masa sukar dirasai berbanding pembaziran wang kerana sifat masa yang maknawi (tidak dapat dilihat). Sebab itu, jarang ada orang yang membuat checklist perbelanjaan masa!

Sumber:http://cikguonline.com

10 Mei 2009

Mei 10, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan-Capai kejayaan melalui buku


Anda ingin berjaya tetapi pada masa yang sama anda beralasan tanpa disedari. Sebab itulah anda selalu terhenti dipertengahan jalan.

Baiklah, anda ingin berjaya?

Caranya mudah:

Cari buku.
Beli buku (pinjam dulu pun takpa, boleh photostat apa!). Yang penting anda miliki buku tersebut
Baca buku.
Amalkan apa yang anda telah baca.
Bertindak!
Buku apa?

Bermula dengan buku-buku self-improvement/self-help/personal development/motivasi, Biografi. Semuanya memberi maklumat yang sama iaitu ke arah memperbaiki diri.

Kenapa buku-buku tersebut?

Itu adalah cara yang paling terbaik dalam dunia buat masa ini. Sila berikan saya bukti satu nama orang yang telah mencapai kejayaan tinggi tanpa mempunyai kekuatan karektor yang hebat melalui pembacaan.

Undang-undang alam: Sebelum anda mencapai sebarang kejayaan yang anda inginkan, ia wajib bermula dari “dalam”. Ya, bermula dari diri sendiri.

Kenapa buku?

Kerana ia adalah hasil-hasil tulisan orang-orang yang berpengalaman dan lebih tahu selok-belok mencapai kejayaan. Anda hanya perlu mengikuti jejak langkah mereka tanpa perlu mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Dan dengan cara ini juga anda dapat meminimakan kegagalan lalu dapat mencapai kejayaan lebih cepat daripada biasa.

Alasan yang mungkin anda pernah berikan:

* tiada duit hendak membeli buku
* malas membaca

Untuk perkara sebegini sepatutnya tiada alasan yang keluar dari kotak pemikiran anda. Ia adalah alasan yang paling teruk untuk manusia yang berakal! Bukankah ada perpustakaan? Awam, sekolah, bergerak, dimana-mana pun ada. Anda tidak perasan ke ditempat anda yang anda duduki selama 8 tahun ini ada perpustakaan? hff…

Membaca adalah BERBALOI untuk diri anda.

Fikirkan situasi begini:

Anak anda terjatuh kedalam sungai, dia tak tahu berenang, anda berada disitu, anda mendengarnya meminta tolong.

Adakah anda akan berkata (memberi alasan): Ahh.. malaslah.. susahlah.. nantilah..


?????

Teruk sungguh anda ini…. tapi saya percaya itu bukanlah anda kerana pada situasi begitu anda pasti anda akan bertindak tanpa berfikir panjang, tanpa beralasan, akan terus terjun demi menyelamatkan nyawa anak anda.

Kerana apa?

KERANA IA BERBALOI….

Sumber:http://enemdy.com

09 Mei 2009

Mei 09, 2009 - , 1 comment

8 T rahsia untuk berjaya dalam hidup ..

8 T rahsia untuk berjaya dalam hidup ..

1- Tenang

Hati tenang sentiasa dapat menimbang sesuatu perkara dengan sebaiknya sebelum membuat sesuatu keputusan. Rahsia hati tenang adalah sentiasa mengingati Allah
Firman Allah ; QS ar-Ra'dhu 13:28 "Ingatlah,dengan hanya mengingat Allah hati akan jadi tentenram..."
Mengingati Allah tanpa mengira waktu dan tempat adalah rahsianya. Kuncinya pula adalah kenyakinan diri dan kenyakinan kita pada Allah. Ia mudah diraih dengan penguasaan ilmu, istiqamah dalam ibadah dan pengamalan zikir yang berterusan.

2- Terancang

Masa terancang dalam masa 24jam satu hari. Perencanaan yang baik akan menjadikan kita lebih efektif dan efisien. Namun begitu, kita mesti sedar hasil akhir setiap perancangan ditentukan oleh Allah. Tugas kita adalah meluruskan niat, menyempurnakan ikhtiar, dan hasil akhirnya kita serahkan kepada Allah SWT.

3- Terampil (ketrampilan)

Ketrampilan yang menyenangkan. Nilai leadership dalam diri kita. Ia terhasil dari latihan kita mengurus diri sendiri,orang sekeliling dan organisasi.

4- Tertib

Orang yang tertib berprinsip santun, yakni melebihi orang lain dari diri sendiri. Setiap perkejaan kelihatan berprosedur dan terpantau disamping menyenangkan. Ia dapat memenuhi setiap saat dalam waktu 24jam sehari.

5- Tekun

Orang yang tekun akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan dan dapat menikmati betul setiap perkara yang dikerjakan.

6- Tabah

Sentiasa sabar dalam setiap ujian hidupnya,sabar dalam menghadapi masalah. Ingat mengingati Allah selalu.

7- Tawadhu'

Rendah hati bukan Rendah diri. Kita mesti sedar betul bahwa keberhasilan, bukanlah pekerjaan diri sendiri melainkan hasil kerja bersama. Ketawadhu'an, tidak akan menjadikan kita tinggi baik dimata manusia, apalagi dalam hadapan Allah SWT.Ingat, ' tak ada daya upaya diri kita melainkan dengan izin Allah'

8- Teliti

Teliti dalam setiap perancangan dan perlaksanaan dalam kehidupan kita sehari-hari. Insyaallah membawa ke arah yang kita rancangkan.

Sekian.
Wassalam

08 Mei 2009

Mei 08, 2009 - , No comments

Kuasa Minda (Minda Separa Sedar)

Kuasa Minda (Minda Separa Sedar)

Kebanyakan dari kita tidak mengetahui bahawa terdapat satu permata yang tiada penghujung nilainya. Nilai tersebut akan berakhir sehinggalah berlaku kematian. Selagi kita masih bernafas selagi itulah permata ini akan sentiasa bergerak untuk membantu kita.

Mengikut kajian, minda manusia ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama yang terletak di bahagian kiri kita dinamakan minda sedar (conscious mind) sementara di sebelah kanan pula dinamakan minda separa sedar (subconscious mind)

Minda sedar berfungsi memikirkan perkara perkara logik seperti membaca, mengira, membuat keputusan atau ringkasnya minda ini berfungsi sepanjang masa kita sedar. Kepasiti memori minda bahagian ini hanyalah 12% sahaja.

Minda separa sedar pula berfungsi menerima saja apa yang didengar, dibau, dilihat dan dirasa. Ianya berfungsi tanpa henti samada masa kita tidur mahupun masa berjaga. Minda separa sedar ini bersifat tidak boleh menolak apa yang diterima. Ianya dirakam sampai bila bila masa, contohnya perisitwa yang berlaku 20 tahun lepas masih jelas terbayang dalam ingatan. Wajah datuk kita yang telah meninggal 30 tahun sudah masih boleh diingat lagi. Kenapa kita masih ingat? sebab kapasiti memori minda separa sedar ini adalah 82%.

Anda boleh bayangkan sekeping cd berkapasiti 700mb yang boleh merakamkan gambar bergerak selama satu jam setengah. Sekiranya anda berumur 30 tahun, ingatan tersebut boleh dimasukkan kedalam 219,000 keping cd.... fantastik

Oleh kerana minda separa sedar ini bersifat menerima sahaja maka setiap perkataan yang hendak kita tuturkan dari mulut perlu bersifat positif, contohnya apabila anda memarahi anak anak, jauhi dari mengeluarkan perkataan perkataan negatif. Sedikit sebanyak perkataan ini akan terlekat dalam minda ini dan amat sukar untuk dibuangkan

07 Mei 2009

Mei 07, 2009 - , No comments

Kisah Jutawan-Fraser Doherty




Mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak kenal pada Fraser Doherty. Ceritanya bermula pada tahun 2002 pada usia 14tahun, dia mula membuat jem dari resipi neneknya, di rumah keluarganya di Edinburgh, England. Fraser Doherty hanya menjalankan usaha cara lama. Jem tersebut menjadi kesukaan jiran dan kawan-kawannya yanng pergi ke gereja. Akhirnya, jemnya mendapat perhatian ramai.

Bermula dari kenalan sehingga Doherty menerima tempahan yang banyak dan dia tidak mampu lagi membuat di rumah sehingga dia terpaksa menyewa sebuah kedai memproses makanan untuk beberapa hari dalam masa sebulan dengan 200 orang pekerja. Dikala usianya mencecah 16 tahun iaitu setelah tamat persekolahan, dia membuat jem sepenuh masa. Pada tahun 2007, Waitrose sebuah supermarket di UK mempelawanya untuk menjual ‘Superjam’nya di supermarket mereka.

Dalam masa beberapa bulan sahaja jemnya memasuki 184 Waitrose Stores dan jualannya semakin terus bertambah. Kemudian Doherty membuat pinjaman dari bank sebanyak RM40,000 daripada bank untuk menampung kos pengeluaran bagi mengeluarkan jem perasa Blueberry & Blackcurrent, Rhubarb & Ginger dan Cranberry & Raspberry. Akhirnya jem Doherty mendapat permintaan Tesco di 300 store melangkaui UK. Pada Mac lalu, Superjam dilancarkan di Ireland. Tahun lalu sahaja Superjam Doherty mencecah jualan RM2.7juta. Pada tahun ini dijangkakan jualannya akan mencecah sehingga RM3.5juta hingga RM6 juta. Dia mengatakan kepada remaja-remaja di luar sana bahawa “kena ada sikap menghadapi cabaran” dan sudah tentu pada usia 19 tahun dia gembira dalam kehidupannya

SUMBER:dunia internet Shukor(http://shukor.wordpress.com)

06 Mei 2009

Mei 06, 2009 - , No comments

Tips Kejayaan- Masa

1. Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.

2. Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memancung kamu.

3. Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.

4. Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu, tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu. Apabila
kamu hitungkan apa yang sudah berlalu, biarkanlah. Maka wajib atas kamu menghitungkan pula masa yang di hadapan
itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.

5. Bertangguh itu pencuri masa. (Peribahasa Arab)

6. Susah-payah tidak memperlihatkan apa yang perlu, menghabiskan masa yang tidak perlu

7. Masa dihargai, janji ditepati. (Pepatah Melayu)

8. Masa itu umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya.

9. Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu. (Maksud al-Hadis)

Sumber:Cakap2.com(http://www.cakap2.com)

03 Mei 2009

Mei 03, 2009 - , No comments

5 CARA TINGKAT IMEJ DIRI:

5 CARA TINGKAT IMEJ DIRI:

1)Buat satu senarai yang mencatatkan segala kebaikan anda

2)Banyakkan bergaul dengan individu yang tahu menghargai diri anda dan individu yang sentiasa mahu meningkatkan kejayaan dan kecemerlangan yang pernah anda capai

3)Peganglah pada prinsip ini:Berusaha tanpa kenal jerti jemu.Cuba dan cuba lagi sehingga berjaya

4)Sama ada berjaya atau sebaliknya,anda mesti percaya kepada pepatah:kejayaan dan kegagalan bukan menjadi milik kita selamanya.

5)Mulakan usaha anda dengan langkah yang kecil kemudian buktikan satu persatu bahawa anda mampu melaksanakannya.Kejayaan yang kecil akan memberi anda peluang untuk memulakan langkah yang besar seterusnya

Mei 03, 2009 - , No comments

Bijak Urus Hutang

Bijak urus hutang

UNTUK mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan mudah, selalunya pelbagai masalah akan timbul.

Hakikatnya, ia akan membawa padah apabila memiliki hutang yang banyak. Mana tidaknya, wang yang senang didapati itu diambil daripada transaksi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman overderaf dari institusi kewangan dan bank atau pinjaman menerusi khidmat ah long.

Bukan itu sahaja, sudahlah hutang meningkat, diri sendiri juga perlu membayar pinjaman perumahan dan kereta, termasuk membayar kos kehidupan seharian.

Persoalan, adakah anda mengalami masalah di atas? Sekiranya ada, anda dinasihat mengambil langkah-langkah yang positif bagi menangani proses membayar hutang yang banyak itu.

Walau bagaimana besar amaun yang kita berhutang, janganlah pula kita mengambil jalan penyelesaian yang salah atau secara bersendirian. Sekiranya anda seorang penuntut yang masih belajar atau belum berkahwin, kongsi bersama ayah dan ibu atau adik beradik. Sekiranya sudah berumahtangga, ceritakan masalah itu kepada pasangan hidup anda.

Penting bagi kita melakukan sesuatu dan jadikan amalan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Pepatah ini bukan sahaja digunakan untuk wang, tetapi untuk menambah ilmu di dada.

Inilah rancangan yang harus diselenggarakan mulai sekarang.

Tulis dan tampal di dinding

Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat. Yang pasti, ketepikan semua perkara selagi hutang yang tertulis itu tidak dilangsaikan. Lupakan impian untuk membeli baju, beg tangan, motor besar, kereta dan lain-lain. Tumpuan kita hanyalah satu iaitu mengurangkan bebanan hutang yang tertulis itu. Apabila kita melihat sekeping kertas yang tertulis amaun hutang kita setiap hari, diri kita sendiri akan memberikan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Bajet

Inilah satu daripada rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Tanpa bajet, kita tidak akan sedar di manakah kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Menulis bajet bukan satu hukuman.
Apabila kita menulis bajet, kita hendaklah menulisnya dengan tulus ikhlas kerana kita hendak tahu berapa banyak wang yang digunakan setiap bulan.
Dengan wang gaji kita dan isteri atau suami kita, setelah ditolak perbelanjaan itu, berapa banyakkah yang boleh kita simpan. Sehingga hutang dilangsaikan, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan ini.

Melalui proses ini juga, kita perlu berterus terang dengan suami atau isteri jika kita mempunyai masalah untuk menyimpan. Antara suami atau isteri, yang manakah lebih cermat. Pilih seseorang yang cermat untuk menyimpan wang simpanan keluarga.

Potong semua yang tidak penting

Apabila diri sendiri mempunyai masalah hutang yang disebabkan oleh pembelian menggunakan kad kredit yang berlebihan, kita seharusnya memberikan kad kredit kepada seseorang yang boleh dipercayai sama ada suami atau isteri. Seterusnya, semua transaksi yang ditulis di dalam bajet hendaklah menggunakan wang tunai.

*Wang tunai diketepikan untuk membayar bil-bil dan membeli keperluan yang penting sahaja. Perkara yang tidak penting dipotong atau ditunda buat sementara.

*Inilah masa untuk mengikat perut. Makan di rumah atau bawa bekal ke pejabat.

*Potong semua keahlian kelab sukan dan bersenam di padang permainan berdekatan.

*Sekiranya menggunakan dua buah kereta ke pejabat, simpanlah sebuah di rumah dan ini boleh mengurangkan perbelanjaan petrol.

*Apabila wang yang dibajet ini kehabisan, jangan keluarkan wang simpanan. Sabar sehingga anda mendapat gaji bulan hadapan.

Hutang boleh diselesaikan

Setelah semua perkara di atas berjaya dilakukan dan masih ada lagi hutang yang belum diselesaikan, eloklah kita menulis baki amaun hutang secara terperinci. Apa yang dimaksudkan itu adalah sekiranya kita mempunyai tiga atau lebih kad kredit, tuliskan amaun yang perlu dibayar. Dari sini, kita bayar amaun yang paling kecil dan kemudian tamatkan kad kredit tersebut. Lakukan proses itu sehingga kita hanya memiliki satu atau dua kad kredit sahaja.

Setelah selesai hutang kad kredit, kita perlu menulis semula hutang-hutang yang lain seperti hutang peribadi, hutang ah long dan lain-lain. Perhatikan hutang mana mempunyai kadar faedah yang tinggi. Selesaikan yang itu dahulu. Sekiranya kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan, gunakanlah wang itu untuk mengurangkan bebanan hutang kita.

Akan tetapi, hendaklah kita berwaspada agar akaun simpanan tidak kosong. Ini kerana kita perlukan wang di saat kecemasan.

Bagi anda yang tidak mempunyai wang simpanan, jangan pula mengambil pinjaman yang lain. Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan kerja tambahan atau berniaga di sebelah petang atau malam untuk menambah pendapatan.

SUMBER:KOSMO ONLINE(http://www.kosmo.com.my

01 Mei 2009

Mei 01, 2009 - , No comments

5 Tips Bagaimana Menjadi Seorang Yang Bermotivasi

5 Tips Bagaimana Menjadi Seorang Yang Bermotivasi

Berikut diberikan beberapa panduan untuk menjadi seorang yang bermotivasi:

1)Berani menghadapi masalah

-Masalah merupakan fenomena yang biasa dihadapi oleh setiap individu.Lari daripada masalah tidak akan memberi sebarang penyelesaian malah semakin membebankan.Sebagai individu yang bermotivasi,anda mestilah bersedia menghadapi dan mengatasinya.

-Anggaplah masalah sebagai cabaran dan dugaan kerana masalah dapat menjadikan anda individu yang berfikiran matang dan kaya pengalaman.

2)Bijak bertindak

-Jangan tangguhkan kerja yang boleh anda lakukan dalam masa yang singkat.Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.Lakukan tugas mengikut jadual yg telah ditetapkan.Jangan berpura-pura melakukan kerja yg menunjukkan anda rajin sedangkan hasilnya tiada.Ia hanya akan merugikan diri anda sendiri.

3)Jangan mudah putus asa

-Jangan begitu mudah menjadikan kegagalan sebagai alasan untuk berputus asa.Sebaliknya,jadikan ia sebagai cabaran bagi mencapai kejayan pada masa hadapan.Cuba cari punca kegagalan tersebut dan berusaha mengatasinya.

4)Bermatlamat

-Mempunyai matlamat hidup yang jelas perlu bagi anda untuk mengetahui apa yang harus dilakukan.Rancanglah matlamat tersebut mengikut kemampuan anda sendiri.Matlamat diri penting utk menjadikan anda seorang yg bermotivasi dan berdaya maju.

-Tanpa matlamat anda sukar utk mengetahui arah tujuan hidup yang sebenar.Anda juga perlu mengetahui apa yang harus dilakukan utk memperolehi kecemerlangan dalam diri.

5)Mencontohi kejayaan orang lain

-Jadikan kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi utk berjaya.Sahabat juga memainkan peranan penting sbg pendorong utk menjadikan anda seorang yg bermotivasi.

-Sekiranya orang lain boleh memperolehi sesuatu kejayaan,mengapa anda tidak?