Followers

28 Februari 2009

Februari 28, 2009 - , 1 comment

Lelaki Jual Gincu???


Tanya Pakar: Lelaki jual gincu
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my




Isu gender bukan penghalang dominasi jualan kosmetik

GINCU, maskara, bedak padat, wangian hinggalah pakaian dalam - semuanya bagaikan sebati dalam hidup Suhaimi Md Nasir.

Menceburi sektor perniagaan jualan langsung produk kosmetik Avon hampir sedekad lalu, Suhaimi berjaya memecah dominasi wanita dalam bidang ini.



Mengapa tidak, daripada 400,000 wakil jualan Avon di seluruh Malaysia, hanya Suhaimi lelaki tunggal yang mencapai status hebat sesuai dengan nilai jualan tahunan lebih RM70,000 yang dicapai jejaka ini.

Bukan calang-calang anak kelahiran Kuala Lumpur ini. Sejak menyertai syarikat kosmetik gergasi itu pada 2000, Suhaimi pada mulanya hanya menjadi wakil jualan Avon sama seperti orang lain. Namun, berkat usaha gigihnya, beliau akhirnya dilantik sebagai Pengarah Unit kerana kemampuannya mencapai jualan tinggi.

Tiada yang mustahil - begitulah prinsip yang dipegang jejaka berusia 33 tahun ini. Suhaimi berpegang kepada hakikat tiada istilah gagal atau canggung biarpun menjual produk kosmetik wanita.

“Jika difikirkan memanglah pelik kerana 80 peratus wakil jualan Avon di seluruh negara, didominasi wanita. Apatah lagi, pelanggan Avon lebih ramai wanita berbanding lelaki.

“Tetapi itu semua faktor kecil. Sebaliknya, kepercayaan dan kemampuan kita akhirnya membuktikan segala-galanya,” katanya penuh yakin ketika mula bicara bersama Tanya Pakar.

Suhaimi berkongsi cerita, pada mulanya bukan mudah baginya meyakinkan pelanggan terutama wanita.

“Disebabkan saya lelaki, saya perlu bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh meyakinkan pelanggan,” katanya.

Namun, nyata personaliti Suhami yang gemar berjenaka dan jujur dengan pelanggan akhirnya mendekatkan dirinya dengan pembeli.

Kata Suhaimi, sejak dulu lagi, beliau sentiasa mementingkan kejujuran dan komitmen tinggi dalam meyakinkan pelanggan terhadap perkhidmatan dan mutu barangan yang dijual.

“Jika dulu, saya banyak lakukan secara kecil-kecilan, kini saya banyak dibantu adik-beradik dan keluarga dalam memasarkan produk,” katanya yang sering menikmati percutian tajaan Avon atas rekod jualan tinggi yang dicapainya.

Melihat pencapaian dan kesungguhan Suhaimi membina nama bersama Avon, tidak disangka rupa-rupanya beliau melakukan tugas ini secara sambilan.

Suhaimi sebenarnya memiliki tugas tetap yang menantinya di sebuah hotel.

“Biarpun nampak rumit, saya membahagikan masa sebaik mungkin. Saya merancang setiap agenda seperti waktu berurusan dengan pelanggan, mengambil barang hinggalah kepada menghantar produk yang dipesan.

“Saya tidak pernah berasa bosan dan tidak terkejar-kejar kerana dibantu adik-beradik dan keluarga yang menyokong apa yang saya lakukan ini,” katanya.

Bersama XY - Ikon Lelaki minggu ini, Suhaimi berkongsi wawasan serta pengalaman dalam menghadapi cabaran sektor jualan langsung produk kosmetik.

Ceritakan sedikit tugas Suhaimi sebagai wakil jualan Avon?

Sebagai wakil jualan Avon, saya perlu komited mempromosi kempen barangan baru di pasaran dan mengedar katalog atau majalah kempen kepada pelanggan termasuk ahli keluarga.

Katalog atau majalah kempen Avon ini penting dan boleh diibarat kaunter kosmetik bergerak yang menentukan hasil jualan. Bermula sebagai wakil jualan Avon, kini saya berbangga kerana bergelar Pengarah Unit atas pencapaian jualan saya.

Bagaimana anda boleh terbabit dalam empayar perniagaan wanita ini?

Saya memang berminat menceburi perniagaan. Malah, sebelum itu saya pernah melakukan kerja sampingan iaitu menjual nasi lemak, mengusahakan gerai burger dan membantu rakan menguruskan perniagaan.

Pembabitan saya sebagai wakil jualan Avon bermula pada 2000 apabila diperkenalkan sepupu. Melihatkan keuntungan dan proses jual beli, membuatkan saya terfikir untuk mencuba.

Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi bersemangat bersama Avon.

Menyentuh mengenai pembabitan awal sebagai wakil jualan, bagaimana anda menghadapi cabaran dan mengorak langkah permulaan?

Ternyata setiap perkara baru yang kita lakukan tidak mudah. Saya mengeluarkan modal RM1,000 sebagai permulaan untuk membeli barangan sebelum mencari jualan.

Kaedah ini membuatkan pelanggan lebih berpuas hati. Mereka gemar mencuba dan memegang produk berbanding melihatnya dalam katalog atau majalah.

Sekarang, saya berpeluang mendapat modal awal iaitu kredit berjumlah RM21,000 sebulan yang didahulukan Avon.

Rata-rata urus niaga anda membabitkan pelanggan wanita sedangkan anda seorang lelaki. Ceritakan cabaran berdepan situasi ini?

Tidak dinafikan ada konflik pada peringkat permulaan. Lebih-lebih lagi ketika berurusan dengan pelanggan baru. Tetapi, ia bergantung kepada bagaimana kita berurus niaga dengan pelanggan.

Setakat ini, saya tidak pernah berdepan masalah sebaliknya terus meraih kepercayaan pelanggan selama bergiat selama sembilan tahun ini.

Bagaimana cara anda berurus niaga terutama membabitkan barangan bersifat peribadi kepada pelanggan wanita?

Seperti yang dinyatakan tadi, ia bergantung pada tahap profesionalisme kita sendiri. Saya sentiasa berfikiran positif dalam berurus niaga termasuk membabitkan barangan peribadi mereka.

Ini kerana saya sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Jangan tidak tahu, saya sendiri sudah mampu mengagak saiz coli yang sesuai untuk pelanggan wanita.

Bagaimana cara anda meyakinkan pelanggan wanita terhadap produk yang dijual?

Cara pergaulan ketika berdepan pelanggan wanita amat penting. Saya seorang yang happy go lucky. Tidak saja kepada pelanggan wanita, pelanggan lelaki juga kita perlu ada cara tersendiri dalam berurus niaga.

Penampilan kita akhirnya mencerminkan keperibadian hingga boleh meyakinkan pelanggan.

Apakah tip yang menjadi pegangan anda sehingga berada pada tahap sekarang?

Jujur. Bagi saya itulah perkara penting untuk meyakinkan orang lain. Saya juga melayan semua pelanggan sama rata, termasuk membenarkan mereka mencuba dan meneliti produk sebelum dibeli. Inilah antara resipi kesetiaan pelanggan kepada kita.

Sejauh mana kerjaya ini mampu memberi kepuasan?

Bukan saja perniagaan ini mampu menambahkan pendapatan bulanan, saya juga mampu memiliki kenderaan serta berpeluang melancong dan mengikuti kursus motivasi di luar negara yang dibiayai Avon.

Apakah langkah terbaik meningkatkan nilai jualan ketika dunia menghadapi masalah kelembapan ekonomi?

Kita hendaklah berusaha lebih dan tidak malu menarik lebih ramai pelanggan baru. Ketepikan faktor malu untuk berjaya. Saya sentiasa pastikan mengedar katalog kempen promosi produk Avon setiap dua minggu.

Langkah ini bagi menjamin maklumat sampai kepada pelanggan.

Apakah produk lelaki terlaris keluaran Avon yang menjadi pilihan jejaka?

Jika wanita, sudah tentulah gincu bibir. Lelaki pula memilih wangian, stik deodoran, semburan nyah bau kaki dan pencuci muka untuk kulit berminyak.

Siapa Idola anda?

Pakar masakan terkenal, Chef Wan. Bagi saya, beliau cukup komited dalam lapangan masakan sehingga menampakkan kesungguhan dan kejujuran dalam dunia masakan sehingga namanya terkenal di seluruh dunia.

Bagaimana anda berdepan tanggapan lelaki sendiri mengenai pembabitan anda dalam dunia kecantikan wanita?

Rata-rata kenalan tidak memandang serong malah memberi sokongan. Bagi saya, tidak kisah andai ada tanggapan serong sekalipun kerana saya melakukannya secara halal dan disokong keluarga.

Apa sasaran anda seterusnya?

Menjadi azam saya untuk memiliki kedai sendiri bagi memasarkan barangan Avon.



Profil

Nama: Suhaimi

Umur: 33 tahun

Tarikh lahir: 26 Jun 1976

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Tinggi: 168 sentimeter

Berat: 67 kilogram

26 Februari 2009

Februari 26, 2009 - , No comments

2 Tips Bagaimana Menjadi Orang Yg Berjaya

1). Yakin dengan langkah pertamanya

Keyakinan untuk memulakan langkah pertama adalah suatu perkara yang mudah disebut tapi amat sukar untuk melaksanakannya. Kenapa? Kerana terlalu banyak kemungkinan dan risiko yang perlu difikirkan dan mungkin dihadapi. Kita sering ragu-ragu untuk berbuat sesuatu kerana bimbang akan kesan dan akibatnya, sedangkan kita tahu terdapat cara2 untuk menanganinya.

Membentuk keyakinan bukanlah sesuatu yang mudah. Keyakinan bukan saja berlandaskan kepada pengetahuan dan pengalaman, tetapi kesediaan diri untuk menghadapi segala kemungkinan. Oleh itu, kita hendaklah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani.

Keraguan yang bersarang di dalam hati, merupakan halangan yang menjadi ancaman tidak sedar kita. Di saat kita telah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba, tiba2 kita menjadi ragu akan benarkah tindakan kita dan adakah kita yang sepatutnya? Perasaan ragu2 ini hendaklah dikikis dan dibuang. Sedangkan kita telah mendalami dan memperhalusi hal tersebut habis2an sebelum itu.

Maka bentuklah keyakinan yang utuh dalam diri untuk memulakan langkah yang pertama. Usah ragu2 dan gentar dalam menghadapi cabaran duniawi. Kejayaan tidak datang sendiri, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Dan ingat kata pepatah, "Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama" :-)

2. Keluar dari Zon SELESA

Pernahkah kita terfikir seketika, kenapa kita tidak berjaya sedangkan kita telah berusaha dan memulakan langkah yang pertama? Jawapannya adalah kerana kita masih berada dalam Zon Yang SELESA.

Apakah itu Zon SELESA? Secara konseptualnya, Zon SELESA adalah satu keadaan di mana kita sudah biasa dengan keadaan tersebut. Dan lantaran kebiasaan tersebut, kita jadi lemah dan kurang berdaya saing.

Kenapa pula begitu? :) Setelah langkah pertama kita mulakan, normalnya akan hadir pelbagai halangan dan rintangan. Mungkin di pertengahan jalan ataupun mungkin juga di awal permulaan. Kita memang telah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Tapi persediaan itu hanya sekadar persediaan yang disematkan di dalam minda. Tetapi dari segi tindakannya, kita belum lagi melaksanakannya.

Maka untuk bersedia dari segi perlaksanaannya, kita perlu keluar dari Zon SELESA yang biasa kita lalui. Kalau kebiasaannya kita bangun seawal jam 6.30 pagi, kali ini kita bangun pula seawal jam 6.00 pagi. Kalau kebiasaannya kita hanya mampu menyimpan RM50 sebulan kerana terlalu banyak berbelanja perkara2 yang tidak ada dalam senarai, kali kita simpan RM100 sebulan dan buatlah bajet persendirian dalam menguruskan hal2 kewangan kita.

Zon SELESA juga boleh jadi apabila kita suka akan sesuatu dan kita sukar untuk melepaskannya, seperti merokok. Kita tahu dengan wang kita laburkan untuk membeli rokok, ianya tidak akan memberi apa2 faedah kepada kita. Sebaliknya mampu memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Oleh itu, keluarlah dari zon itu. Wang tersebut lebih baik disimpan dan dilaburkan di unit2 amanah yang diperakui. Sekurang2nya bertambah jua simpanan kita.

Tidak sukar untuk keluar dari Zon SELESA. Tepuk dada, tanya selera :-)

24 Februari 2009

Februari 24, 2009 - , 3 comments

Makna Orang yang Berjaya

Salam Sejahtera,

Dari pengalaman kehidupan, kita mendapat banyak ilmu yang sangat manafaat. Tuhan berikan untuk kita jadikan panduan dalam kita mengharungi kehidupan. Saya bukan orang yang berjaya, tetapi saya ada cita-cita ingin berjaya.

Semua orang ingin BERJAYA, tidak ada yang ingin GAGAL.

Tips kejayaan kali ini, kita menjelaskan makna Orang Yang BERJAYA. Mari kita rujuk kepada Manusia Agung, iaitu Rasulullah SAW. Apa Rasulullah ‘makna’kan kepada kejayaan. Lihat maksud hadis ini;

Seseorang yang hari ini Lebih Baik dari hari semalam, ia orang BERJAYA;
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA;
Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA!

Jadi kejayaan akan berubah setiap hari. Kita tidak boleh banggakan kejayaan hari ini, kerana besok belum tentu kita berjaya. Jadi marilah kita berazam menjadi lebih BAIK setiap hari.

22 Februari 2009

Februari 22, 2009 - , No comments

16 TIPS UNTUK USAHAWAN

Tips Utk Usahawan


1) Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa

2) Berniaga mestilah rajin, jika tidak ianya tidak menjadi.

3) Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.

4) Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan lari.

5)Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang.

6)Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan.

7)Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.

8)Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.

9)Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur.

10)Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap.

11)Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri.

12)Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.

13)Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.

14)Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan.

15) Keluar masuk tunai perlu teliti, jika tidak banyak kesilapan.

16) Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri

20 Februari 2009

Februari 20, 2009 - , No comments

Tak semudah sangkaan

Tak semudah sangkaan



Perniagaan Internet ini tidaklah semudah yang di sangka oleh kebanyakan orang. Siapa kata senang? Perniagaan di internet bukanlah setakat belajar tips perniagaan, trick dan asasnya sahaja. Perkara yang paling penting ialah belajar dahulu :

Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Asas Komputer
Asas Internet
Sebenarnya anda tidak perlu belajar dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara ini, cukuplah dengan mengambil asasnya dahulu. Yang lain anda akan belajar secara semulajadi sepanjang anda menjalankan perniagaan Internet ini. Ianya samada yang positif atau negatif.

Tetapi ye ke, tidak semudah ungkapan yang biasa kita lihat “Buat Duit Mudah Dari Internet!“. Sebenarnya ianya mudah jika anda mempunyai asas kepada perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi. Yang utama ialah asas perniagaan dan keusahawanan. Jika anda lihat kebanyakan dari peniaga internet ini kurang mengambil perhatian terhadap pelanggan mereka. Sebelum beli produk, tanya apa pun jawab. Lepas beli, hantar 10 email pun tak balas. Ini menunjukkan kurangnya ilmu mengenai perniagaan dan keusahawanan di dalam diri mereka.

Pembeli dari internet ini sama juga seperti pembeli di alam realiti. Mereka perlu kan sokongan/bantuan kepada produk yang mereka beli. Ya, tidak semudah yang di sangka. Itu jika anda ingin betul-betul berniaga. Tetapi jika anda ingin menipu, lain lah ceritanya.

Ramai juga dari kalangan peniaga Internet ini beralih ke bidang keusahawanan Internet semata-mata hennak lari daripada kerja seperti bosnya garang, nak bebas, atau sebab nak cari duit tambahan. Ingin saya nyatakan bahawa, perniagaan bukanlah semata-mata jalan keluar untuk anda lari daripada semua masalah itu.

Sebenarnya tidak semua orang sesuai berniaga, tetapi mereka lebih sesuai bekerja makan gaji. Ramai yang bermasalah dengan bekerja adalah kerana tak bekerja dengan baik. Anda jangan ingat, dengan berniaga anda akan bebas. TIDAK! Malah, anda perlu lebih kuat bekerja apabila melakukan perniagaan. Hal ini anda perlu tahu. Buat ebiz secara part time? Boleh. Tapi part time atau full time pun, anda tetap kena ada ilmunya

18 Februari 2009

Februari 18, 2009 - , 1 comment

APA YANG PERLU ANDA BUAT UTK MENJADI JUTAWAN?

ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?
========================================================

Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa.
Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil.
Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya.
Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan.
Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua juta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta.
Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita.
Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

SUMBER:IRFAN KHAIRI.COM(http://www.irfankhairi.com/blog)

17 Februari 2009

Februari 17, 2009 - , No comments

USAHAWAN DAGING SEGAR




JARANG wanita mahu terjun di bidang perniagaan berasaskan daging segar kerana menganggap ia bukan suatu bidang menarik.


>Profil

Nama: Herni Azura Ghazali

Jawatan: Pengarah Urusan Daging Segar Farm Fresh, Kota Damansara, Selangor.

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Hawaii Pacific, Amerika Syarikat





Status: Kahwin


Suami: Zahirudin Jaaffar

Anak: Lydia Qistina, 7, Muhammad Luqfil, 3.



JARANG wanita mahu terjun di bidang perniagaan berasaskan daging segar kerana menganggap ia bukan suatu bidang menarik.

Namun, kesedaran betapa pentingnya konsep halal selain mengusulkan makanan terbaik sebagai asas kepada pembentukan diri membuatkan Herni Azura, 31, berasa terpanggil untuk menjana kelainan.

Anak kelahiran Kanada dengan keluarga berasal dari Johor Bahru, Johor ini mempunyai alasan tersendiri untuk meletakkan satu asas kukuh betapa Islam amat mementingkan makanan bersih, halal, suci lagi diredai.

“Kesedaran itu datang dengan sendiri kerana berasakan ia bagaikan satu tanggungjawab atau amanah sesama insan.

“Ketika mengikuti satu forum Halal Dunia, saya terpanggil untuk merealisasikan semua ini dan baru empat bulan kedai ini beroperasi tetapi sambutan di luar jangkaan.

“Apabila negara dimomokkan isu penyembelihan yang tidak betul, daging yang tidak diketahui dari mana asal serta puncanya, dikendalikan golongan yang identitinya sukar diramal status Islamnya, daging bercampur khinzir dan pelbagai isu yang sensitif, membuatkan saya beriltizam melakukan sesuatu untuk ummah.

“Apabila wujudnya francais Daging Segar Farm Fresh yang diambil terus daripada pembekal iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan, saya rasa keputusan ini tidak silap,” katanya yang berasakan sampai masanya masyarakat membuka mata mengenai fenomena berkenaan.

Selain itu, ibu kepada dua anak ini turut menjual daging ayam organik iaitu ayam yang tahan lama menerusi penyelenggaraan terkawal.

“Menariknya mengenai bekalan ayam organik ini, ia hanya diberi makan sayuran soya serta diperdengarkan azan dan ayat al-Quran.

“Dagingnya lebih enak walaupun agak keras dan sesuai untuk buat rendang. Tetapi ia tahan lebih sebulan jika disimpan dalam peti sejuk beku yang dikawal sebaiknya,” kata anak sulung daripada empat beradik ini lagi.

Herni Azura mengakui, suntikan semangat yang diberikan suami selain inisiatif sendiri yang mahukan sesuatu kelainan membuatkan dia memacu perniagaan ini bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Saya seronok melakukan semua ini kerana menyediakan stok daging segar setiap hari, penghantaran dari rumah ke rumah, mengutamakan konsep moden dan aspek bersih serta berhawa dingin, memberikan kepuasan tersendiri.

“Tidak dinafikan banyak pasar raya besar menyediakan khidmat sebegini. Tetapi saya suka bersaing secara sihat dan persaingan ini turut mengajar untuk meningkatkan kualiti untuk masyarakat,” katanya.

Menurutnya, Daging Segar Farm Fresh sudah mempunyai hampir 50 rangkaian dan syarikat miliknya adalah yang kedua lahir sebaik saja syarikat itu mula beroperasi.

Memulakan kerjaya di syarikat bapanya sebaik saja menamatkan pengajian, menjadi pengukur kepada Herni Azura untuk menguji dirinya.

“Bagus juga saya belajar dari bawah dan ayah pula banyak beri dorongan. Walaupun kini sibuk dengan syarikat ini, saya turut membantu ayah di studio muziknya di Subang Jaya.

“Yang menariknya, studio itu lebih kepada untuk tujuan komersial, latihan muzik, rakaman hiburan untuk pengiklanan dan pelbagai perkara berkaitan perniagaan,” katanya bercerita mengenai Studio Derhytmhmix yang hampir 10 tahun beroperasi.

Turut aktif dalam Puteri Umno bahkan memegang jawatan sebagai Ketua Puteri Bahagian Subang, pelbagai perkara mahu dilakarnya buat ahli yang bernaung di bawah kepimpinannya.

Yang terpenting baginya adalah melihat pertubuhan itu semakin berjaya memberi kesedaran politik kepada golongan muda sekali gus mengubah pemikiran kumpulan sasaran itu supaya mengetahui akar umbi sejarah negara, pengorbanan serta kepimpinan masa depan.

“Kepimpinan politik memerlukan sebuah negara yang stabil. Kestabilan pula harus ditandai dengan pembangunan dan kemajuan rakyatnya.

“Sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan generasi mudanya yang bakal menerajui negara kelak. Pada saya, semua ini memerlukan kesedaran semua pihak,” katanya.

Biar sesibuk mana dirinya, wanita ini mengakui suami menjadi sandaran dalam melayari kehidupan bahagia sekeluarga.

“Apabila terlalu sibuk dengan politik, suami banyak berkorban menjaga anak. Lagipun dia tidak percaya jika anak terlalu rapat dengan orang gaji.

“Suami yakin anak di bawah jagaannya lebih selamat. Untuk itu, dia berkorban mengambil cuti dan sebagainya supaya dapat memberi tumpuan kepada mereka,” katanya.

16 Februari 2009

Februari 16, 2009 - , 4 comments

Usia Bukan Penghalang Untuk Berniaga


KEGIGIHAN sepasang suami dan isteri warga emas menternak kambing dan lembu wajar menjadi contoh kepada semua orang.

Bayangkan dalam usia emas, Abd. Ghafar Endol, 70, dan isterinya, Khariah Abd. Majid, 60, masih gigih bekerja.

Mungkin bagi kebanyakan orang, dalam usia sebegini, mereka patut berehat di rumah bersama anak menantu dan cucu tanpa perlu bekerja.

Namun, disebabkan sudah biasa membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk meraih rezeki, faktor umur tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk menjalankan ternakan kambing dan lembu secara fidlot.

"Bukan tak mahu rehat tetapi dah biasa kerja. Lagi pun, kerja ini tidaklah susah sangat berbanding bisnes katering yang kami lakukan sebelum ini," kata Abd. Ghafar ketika ditemui Kosmo! di kawasan ternakannya di Kampung Bukit Genting, Jerantut, Pahang.

Menurutnya, kerja-kerja mereka banyak dibantu oleh menantunya, Aslansharudin Mohd Daud, 30, dan seorang anak saudaranya.

"Kerja-kerja pengurusan di pejabat pula banyak dibantu oleh seorang anak perempuan pak cik. Sungguhpun begitu, setiap hari, kami turun ke kandang untuk melihat apa yang patut,'' tambahnya sambil memberi makan sekumpulan kambing daripada baka Boer yang diternaknya.

Bukan calang-calang baka ternakan yang dipelihara oleh Abd. Ghafar kerana kesemuanya baka terbaik dari Australia. Selain kambing Boer, dia juga menternak kambing daripada baka Jamnapari, Farell serta bebiri manakala baka lembu yang dipeliharanya ialah Brahman dan Charolais.

Kambing Boer yang diimportnya untuk tujuan baka mempunyai surat beranak yang dikeluarkan oleh Boer Goat Breeder's Association.

Menurutnya, dia memilih untuk menjayakan sektor penternakan kerana 'tidak larat' lagi untuk menjalankan bisnes katering yang telah diceburinya selama 20 tahun.



PASANGAN warga emas yang mengusahakan ternakan secara fidlot berharap dapat meluaskan kawasan ternakan yang sedia ada.

--------------------------------------------------------------------------------



"Bila dah semakin tua, pak cik rasa penat nak buat katering. Tetapi dengan rezeki itulah, dah tiga kali pak cik ke Mekah," katanya yang merupakan bekas peneroka Felda.

Mendapat idea untuk menternak kambing dan lembu daripada seorang rakan, Abd. Ghafar kemudiannya bekerjasama dengan rakan perniagaan dari Perak, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, kerjasama itu penting untuk membawa masuk haiwan ternakan dari Australia.

"Dengan adanya rakan perniagaan, kami boleh membeli sejumlah haiwan ternakan dalam kuantiti yang banyak. Ini lebih menjimatkan kerana apabila sampai di Pelabuhan Klang, kami akan agih-agihkan lembu yang baru tiba mengikut bilangan tempahan masing-masing.

"Kalau nak tempah sendiri, kosnya lebih mahal,'' ujarnya sambil memberitahu beliau memulakan projek itu kira-kira dua hari sebelum bulan puasa tahun lalu.

"Pak cik mula bela sebanyak 215 ekor ternakan yang sudah cukup umur. Selepas menempuh perjalanan selama tiga bulan 10 hari dari Australia, pak cik pelihara untuk tempoh dua bulan. Dalam tempoh itu, apa yang pak cik lakukan ialah menggemukkan lembu-lembu tersebut. Apabila cukup gemuk, pak cik jual untuk akikah dan korban.



KESEMUA kambing yang dipelihara dibawa masuk dari Australia.

--------------------------------------------------------------------------------



"Biasanya, hari pertama sampai ke sini, berat seekor lembu ialah kira-kira 270 kilogram dan selepas dua bulan, beratnya boleh mencecah 293 kilogram,'' ujarnya sambil menyatakan kos makan sehari untuk seekor lembu ialah RM2.65 sen.

Menurutnya, makanan yang diberi untuk menggemukkan lembu ialah dedak, batang pisang, rumput Napier, daun sawit dan kacang soya.

"Mengenai kambing pula, kami membawa masuk haiwan itu dari Australia dengan pesawat kargo dan mengambilnya di LCCT Kargo, Sepang,'' katanya.

Selain itu, katanya, tempahan akan dibuat setiap dua kali dalam setahun iaitu 30 ekor bagi setiap tempahan. Kesemuanya untuk tujuan akikah, korban dan baka.

"Tahun lalu, kami dapat jual kira-kira 200 ekor ternakan. Paling banyak laku ketika musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha,'' katanya.

Bapa kepada tujuh orang anak itu berharap dapat menambah keluasan tanah bagi tujuan mengembangkan lagi ternakan yang ada.

"Tanah ini tak luas, cuma satu ekar sahaja. Pak cik tengah mohon tanah rezab di belakang kandang kambing untuk meluaskan lagi kawasan ternakan,'' ujarnya.

Sementara itu, Khariah berkata, kambing yang diternak diberi makan palet manakala kos ubat-ubatan pula mencecah RM1,000 sebulan.

"Peruntukan untuk ubat-ubatan agak besar kerana kambing terdedah kepada banyak risiko penyakit seperti kurap, kembung perut, puru, selesema, bisul, batu karang dan sakit mata.

Selain menjual ternakan dan baka, pasangan suami dan isteri itu juga menjual baja tahi kambing pada harga RM10 sekilogram.

Mengenai hasil jualan pula, dalam tempoh lapan bulan pertama, syarikat D NA Maju Ternak yang dimiliki mengaut pendapatan kasar sebanyak RM118,000 daripada jualan ternakan, jualan baja dan jualan makanan ternakan (palet).

"Baja dan palet banyak dibeli oleh penduduk kampung. Ia sekadar menambah jualan sedia ada,'' katanya yang bercadang untuk menternak kerbau dan ikan dalam kolam dalam masa terdekat ini.

13 Februari 2009

Februari 13, 2009 - , No comments

PANDUAN PERNIAGAAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W

Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)



Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini...

Seorang pemuda dari kalangan sahabat Ansar datang kepada beliau meminta-minta. Kata beliau, “Engkau.. takde apa-apakah di rumah?”

“Ada!” Jawab pemuda Ansar itu. “Hanya sehelai tikar dan sebuah takar (tempat air minum) sahaja..”

“Bawa kedua-dua barangan itu ke mari!!” Arah Nabi.

Pemuda itu pun pergi mengambilnya dan membawa kepada Nabi. Nabi terus membuat tawaran, menjual secara lelong barangan tersebut kepada kawan-kawan di situ. Dijual dengan harga paling tinggi, iaitu 2 dirham.

“Nah! Satu dirham engkau beli makanan untuk keluraga engkau, dan bakinya engkau beli sebuah kapak!” Saran Nabi. “.. bawa kapak itu kemari!!”

Pemuda itu terus mempraktikkan idea tersebut, ia kembali dengan sebuah kapak yang baru dibeli. Nabi mengambilnya dan mengikat pada sebatang tongkat (yakni siapkan hulu hingga boleh terus guna), dan menyerah balik. Katanya, “Pergilah cari kayu api dengan kapak ini, dan juallah hasilnya! Jangan sampai aku nampak kamu lagi selama 15 hari (dari sekarang)!!”

Selepas 15 hari berlalu, kembalilah kawan itu, dia berjaya mengumpulkan wang sebanyak 10 dirham. Sebahagian dibeli makanan dan sebahagian lagi pakaian.

“Hal ini adalah lebih baik dari engkau datang di Hari Kiamat dengan wajahmu bernoda, tanda meminta-minta.” Jelas Nabi lagi. (Hadith dirawikan oleh Abu Daud).

Hadith ini menggambarkan pengangguran, kemiskinan dan meminta-minta memang ada, walaupun perlu dihapuskan. Nabi mencetuskan idea kreatif, bagaimana menjadi usahawan, dapatkan modal, memotivasi (contohnya tempoh 15 hari sasaran masa ditetapkan), kecekapan melihat pasaran (waktu itu jual bahan bakar atau kayu api) dan sebagainya. Memang hebat Nabi Muhammad SAW.

Pengalaman masa mudanya pernah jadi usahawan. Pernah jadi gembala kambing sebagai tarbiah kepimpinan (Ingat hadith Nabi, setiap kamu adalah pengembala...). Pernah berkongsi atau usahasama niaga dengan ahli bisnes kecil As-Saa’ib bin Abis Saa’ib. Pernah berniaga import-eksport Mekah-Syam, di mana sumber ‘finance’nya ialah Khadijah sendiri walaupun waktu itu masih belum jadi isterinya (akhirnya taukeh finance itu jadi isteri atau miliknya).

Dikatakan beliaulah pencetus idea-niaga ‘surung makan, tarik pun makan’, pergi ke Syam membawa dagangan dari Mekah, pulang membawa dagangan dari Syam. Di mana amalan sebelum itu cuma pergi membeli dagangan untuk penduduk Mekah dari Syam sahaja. Dengan itu penduduk Mekah dapat menikmati barang keperluan dengan harga yang lebih rendah.

Begitu juga ramai tokoh-tokoh usahawan yang berjaya, adalah anakdidik beliau, seperti Abdul Rahman bin Auf, Usman bin Affan dan sebagainya yang dijamin syurga. Mereka bukan sahaja berjaya dari sudut usahawan semata-mata, bahkan menjadi tokoh-tokoh politik dan pemimpin perjuangan Islam.

Februari 13, 2009 - , No comments

10 KESILAPAN USAHAWAN KECIL

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat berbagai cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada 'Mastermind'

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

12 Februari 2009

Februari 12, 2009 - , No comments

TIPS KAYA-R.I.C.H

Semua orang pasti ingin menjadi kaya dan hidup yang mewah/senang Sebenarnya kita semua mempunyai hak yang sama untuk mendapatkannya. Anda boleh kaya secara material maupun spiritual dengan mengaktifkan dan menciptakan faktor kekayaan dalam diri Anda, diantaranya :

1. (R)Realize your potential (menyedari potensi Anda).

Setiap individu dilahirkan dengan potensi dan bakat tersendiri, yang paling penting kita harus menyedari potensi diri kita sendiri..

sehingga boleh mengembangkannya menjadi keunggulan peribadi kita dengan menyedari potensi dan bakat kita itu adalah faktor kekayaan yang paling utama yang boleh kita kembangkan menjadi apa saja yang kita inginkan.

2. (I)Increase your level of service everyday in everyway.

Meningkatkan tahap Anda setiap hari dengan segala cara. Dengan selalu memberikan yang terbaik yang kita boleh dan sentiasa memberi yang lebih baik dalam apapun yang kita lakukan,insya-Allah akan mendapat yang terbaik buat kita.

3. (C)Challenge your skill with new activities and tasks.

Menguji keterampilan Anda dengan melakukan kegiatan dan tugas baru. Senantiasa melakukan sesuatu diluar zon kebiasaan kita, dengan selalu mencuba kegiatan dan hal-hal baru kita akan banyak belajar dan secara langsung maupun tidak langsung akan meningkatkan kemampuan kita dalam menyelesaikan berbagai rintangan dalam situasi apapun.

4. (H)Harmonise with people and the environment around.

Menciptakan hubungan yang harmonis dengan orang-orang dan linkungan Anda. Dalam melakukan apapun kita pasti selalu berhubungan dengan orang lain disekitar kita, oleh sebab itu kita harus selalu menghargai kepentingan orang lain dan menciptakan hubungan yang harmonis dengan mereka maupun dengan lingkungan sekitar kita sehingga apapun yang kita lakukan akan lebih bermakna.

Dengan mengaktifkan 4 faktor (unsur) kaya diatas, semua dari kita boleh menjadi kaya secara jasmani maupun rohani, material maupun spiritual

09 Februari 2009

Februari 09, 2009 - , 3 comments

JUAL ULAM DI INTERNET


Jual ulam di Internet
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my




DIA mula menikmati ulam sejak kecil selepas diajar ibunya. Kini, ulam mentah seperti pucuk selasih, ulam raja, selom, tenggek burung (daun tiga jari) serta pegaga sering menjadi pilihan utama dalam sajian makanannya.

Bagi Noraida Arifin, 35, selain mempunyai kandungan serat yang tinggi, ulam mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.

“Sejak kecil saya memang tidak lupa untuk mengambil ulam ketika makan. Biasanya saya mengambilnya secara mentah, dicicah bersama sambal belacan. Namun, suami saya tidak begitu gemar mengambil ulam kecuali ulam raja.

“Selain ulam, tumbuhan herba seperti kunyit hidup, pilis, temu lawak serta param juga saya amalkan terutama ketika berpantang. Ternyata amalan itu banyak membantu wanita seperti saya dalam penjagaan kesihatan selepas bersalin,” katanya.






Noraida berkata, sejak kecil ibunya sering bercerita mengenai khasiat herba dan ulam-ulaman yang mudah didapati di sekitar kampungnya di Kampung Bechah Resak, Tumpat.




Katanya, ibunya banyak menanam ulam serta pokok herba seperti daun selasih, pegaga serta pucuk mata ayam di kawasan sekitar rumah dan ia sedikit sebanyak menimbulkan minatnya terhadap tumbuhan.

Tumbuhan ulam dan herba juga sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk mengkomersialkan lagi khasiat ulam berkenaan.

Untuk itu, Noraida berkata, dia dan suami turut menanam beberapa jenis tumbuhan herba serta ulam di sekitar rumah yang bukan saja untuk dimakan malah dijadikan pokok contoh untuk pembeli.

Minat yang mendalam terhadap tumbuhan sebenarnya turut mendorong lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia ini untuk mengasaskan perniagaan menjual pelbagai jenis pokok tanaman menerusi laman web melur.com.

Perniagaan yang diasaskan sejak lima tahun lalu itu kini semakin berkembang dan mendapat sambutan hangat daripada penggemar tumbuhan dari seluruh negara.

“Pada mulanya, laman web berkenaan diwujudkan sekadar untuk suka-suka berkongsi maklumat mengenai tumbuhan termasuk tanaman herba yang saya peroleh daripada ibu, pembacaan serta rujukan sendiri.

“Namun, lama kelamaan, saya terfikir mengapa tidak kembangkan laman web berkenaan sebagai satu portal perniagaan untuk membantu penggemar tumbuhan mendapatkan tanaman yang mereka gemari.

“Bermula dari situlah saya luaskan skop melur.com kepada laman web yang menyediakan banyak maklumat berguna mengenai tanaman serta memasarkan pelbagai tumbuhan menerusi katalog yang disediakan. Alhamdulillah, portal ini semakin berkembang kini,” katanya.

Laman web yang asalnya sekadar untuk berkongsi maklumat serta pengetahuan mengenai tumbuhan herba, ulam-ulaman serta penjagaan pokok itu diperkenalkan pada Disember 2003. Kini, ia menjadi antara portal yang paling mendapat sambutan terutama dalam kalangan penggemar pokok herba.

Anak sulung daripada tujuh beradik kelahiran Tumpat, Kelantan, ini masih bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang dalam bidang kejuruteraan.

Isteri kepada Datu Mohd Rithaiddeen, 35, ini memperuntukkan sekitar dua jam sehari untuk mengemas kini pesanan serta pertanyaan di laman web berkenaan.

Katanya, biarpun mempunyai dua kerjaya dalam satu masa, dia tidak sesekali melupakan masa untuk bersama keluarga terutama tiga anak yang masih kecil.

“Keluarga adalah aset yang ternilai bagi saya namun, perniagaan ini juga amat penting kerana ia berkait rapat dengan minat saya sendiri,” kata ibu tiga anak perempuan, Dayang Nur Iman Alani, 9, Dayang Nur Syafiqah, 6 dan Dayang Nur Ain Syazwani, 4.

Mengenai perancangan masa depan, Noraida berkata dia tidak mahu terburu-buru membuka ladang herba tetapi sebaliknya mahu menumpukan kepada strategi pemasaran menerusi Internet.

Melihat potensi yang ada, ia mendorong dirinya untuk mengembangkan perniagaan herba itu ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

“Gaya hidup masyarakat yang semakin moden dan sibuk menyaksikan mereka tidak mahu membazirkan masa melawat sesuatu nurseri semata-mata untuk mencari pokok yang diinginkan.

“Ia mendorong masyarakat beralih kepada urusan pembelian barangan menerusi Internet kerana ia ternyata lebih mudah, banyak pilihan serta menjimatkan masa.

“Selain itu, penggemar tanaman herba dari seluruh negara juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke sesuatu kawasan untuk mendapatkannya sebaliknya hanya boleh memesan di Internet dengan harga yang hampir sama,” katanya yang pernah menghasilkan buku berjudul Penyembuhan Semulajadi Melalui Herba, terbitan PTS Milenia pada 2005.

08 Februari 2009

Februari 08, 2009 - , No comments

TIPS- 13 CIRI-CIRI USAHAWAN

1)Usahawan adalah seorang yang kreatif, inovatif dan berinisiatif

2)Usahawan adalah seorang yang pandai melihat dan merebut peluang

3) Usahawan adalah seorang yang cekal dan berani

4) Usahawan adalah seorang yang menitikberatkan kualiti

5) Usahawan adalah seorang yang berorientasikan kecekapan

6) Usahawan adalah seorang yang mempunyai komitmen tinggi terhadap kerja

7) Usahawan adalah seorang yang berorientasikan pengetahuan

8) Usahawan adalah seorang yang berorientasikan perancangan

9)Usahawan adalah seorang yang bijak menyelesaikan masalah

10)Usahawan adalah seorang yang berkeyakinan tinggi

11) Usahawan adalah seorang yang mempunyai ketegasan diri dan penuh berhikmah

12) Usahawan adalah seorang yang pandai meyakinkan orang lain

13) Usahawan adalah seorang yang bijak berkomunikasi dan bijak mempengaruhi orang lain

05 Februari 2009

Februari 05, 2009 - , No comments

5 TIPS PERNIAGAAN

tips 1 - Menyimpan sebanyak yang boleh sebelum bermula

Dah ada simpanan yang dah agak bayak, bolehlah mulakan bizz. Ianya penting bagi menghadapi saat-saat yang tak terduga. Taklah jatuh terduduk nanti.

tips 2 - Mulakan dari bawah

Ramai usahawan-usahawan yang berjaya mulakan dari peringkat bawah dulu dan bangunkan secara pelahan-lahan. Kejayaan begini lebih manis rasanya tanpa perlu banyak berhutang dan tidak memeningkan kepala. Jangan terburu-buru sehingga bergadai tanah buat pinjaman kerana risikonya amatlah besar. Biar mula dari bawah asal tidak sakitkan kepala.

tips 3 - Lindungi aset-aset peribadi.

Bila sudah mulakan perniagaan, anda sudah pasti akan berhubungkait dengan pemiutang, pinjaman dan lain-lain tanggungan. Jika anda tidak mampu membayar balik sudah pasti pihak-pihak berkenaan akan tarik aset2 anda seperti kereta ataupun rumah. Jadi ambil langkah-langkah awal untuk elakkan perkara ini terjadi.

tips 4 - Selalu mengetahui bagaimana dan bila untuk membuat untung.

Satu tips yang pasti semua orang sudah biasa dengannya. Anda perlu meneganl pasti kos2 berkaitan. Jadi tidak terjadilah nanti jualan kurang dari kos belian. Lain2 perkara yang berkait dengan jualan seperti sewa, belanja2 pentadbiran juga perlu diambilkira untuk mengelakkan anda gulung tikar alebih awal.

tips 5 - Business Plan, tak kira seringkas manapun.

Amat penting. Tiada perancangan maka anda sukar untuk membuat tindakan bagi memaksimunkan keuntungan atau untuk menghadapi risiko2 perniagaan

03 Februari 2009

Februari 03, 2009 - , 3 comments

PERNIAGAAN ATAU PELABURAN?

Bila saya katakan tentang perniagaan internet, ada
pembaca yang mengatakan bahawa mereka sudah tertipu
dan serik untuk menyertai perniagaan internet ini.

Tapi bila saya periksa balik, rupanya yang telah
mereka sertai bukanlah perniagaan internet, sebaliknya
PELABURAN INTERNET.

Apa yang saya mahu beritahu anda di sini, perniagaan
internet adalah BERBEZA dengan pelaburan internet.
Kalau ada persamaan pun, ianya adalah pada perkataan
internet di belakang kedua-dua istilah ini, iaitu
menggunakan internet sebagai medium.

PERNIAGAAN INTERNET adalah sama seperti perniagaan
konvensionaL
yang anda jalankan. Akan tetapi, anda
kini menjadi penjual yang menggunakan internet
sebagai medium untuk anda berjual beli. Contohnya
seperti di ebay, mudah, lelong ataupun melalui
website anda sendiri.

akan tetapi...

PELABURAN INTERNET adalah dimana anda memberikan
duit anda kepada pihak-pihak tertentu di internet
untuk diusahakan, sama ada anda mengetahui bisnes
apa yang mereka lakukan atau tidak
. Sebagai contoh,
swisscash, empay dan lain-lain.

Inilah denifisi termudah yang boleh saya berikan
berkenaan dengan kedua-dua istilah yang selalu
disalah tafsir ini. Saya harap selepas ini, anda
tidak lagi keliru dengan istilah ini, jika sebelum
ini anda berasa keliru.

02 Februari 2009

Februari 02, 2009 - , 1 comment

8 Cara Menjadi Jutawan

8 cara untuk menjadi jutawan oleh AbangAbu:

1) Keputusan. Kita semua perlu membuat KEPUTUSAN! Dan kemudian perlu ada KOMITMEN terhadap keputusan yang dibuat. My guru finance shared ‘Decisiveness is a characteristics of high performers. Almost any decision is better than no decision at all!’

2) Belajar bagaimana duit bekerja (how the money works). Knowledge is power.

3) Apakah hubungan kita dengan duit? Kita mesti sayang dan suka duit. Oleh itu, kita juga tidak harus bersikap benci kepada orang-orang kaya / berduit.

4) Matlamat yang tinggi yang realistik. Contoh: ‘Saya akan menjadi jutawan semasa umur 35 tahun’. Secara puratanya, individu yang mempunyai motivasi tinggi untuk menjadi jutawan akan menjadi jutawan dalam tempoh 7-10 tahun, manakala yang bermotivasi sederhana memerlukan 20 tahun untuk menjadi jutawan. Dr Irfan menjadi jutawan dalam tempoh 7 tahun manakala Abang Abu dalam tempoh 5 tahun. Kita bagaimana?? Think rich to get rich

5) Sedia, rancang dan ikut bajet. He said money cannot be managed. But we can manage ourselves. And then only we can manage our money.

6) Kurangkan belanja. Be FRUGAL. In short, live well below our means. This is the principle thought in book which I’m reading right now, The millionaire next door. Katakan, pendapatan anda RM3000, jadi belanjalah seperti gaji anda RM1500 (separuh je). Gunakan duit yang anda telah jimat tadi untuk melabur. He stressed ‘ Mulalah melabur! Anda mesti melabur!’. Gain knowledge and we must be more than ordinary investor, we must be entrepreneur investor’. Frugal ini bukan bermaksud kedekut, tetapi berjimat cermat membelanjakan wang.

7) Increase asset. Ada pelbagai cara untuk kita tambah asset, contohnya melalui rumah, stock, mutual fund, bond dll.

8) Guna/kongsi kekayaan untuk kebaikan. Ingat ‘sedekah dan zakat itu sedikitpun tidak mengurangkan harta kamu’

01 Februari 2009

Februari 01, 2009 - , 2 comments

Beli BMW Untung Jual Belacan



Salam,

sebelum ni,saya ada letakkan tentang Ezany yang menjadi usahawan belacan,jadi terbaca pula keratan akhbar utusan tentang Ezany dah pakai BMW kerana bisnes belacannya,dan inilah keratan akhbar tersebut-


Ezany beli BMW untung jual belacan

Siapa sangka walaupun belacan tu busuk, tengoklah tauke dia, pelakon Ezany Nizariff, 36, dah nak pakai kereta BMW. Mula-mula dulu masa Ezany bagi tahu dia nak jadi tauke belacan, ramai orang gelak. He... hi... pelakon jual belacan!

Tapi siapa sangka hari ni Ezany dah jadi senang-lenang selepas bersusah payah nak buka bisnes dia.

Kata Ezany, kerana untung jual belacan, dia bercadang nak beli kereta BMW 3 Series berharga lebih RM100,000 dalam waktu terdekat ni.

Bukannya apa, dah lama sangat dia mengidam nak pakai kereta mewah. Bila dah ada kemampuan, dia nak penuhilah impian dia tu. Niezam ingat lagi mula-mula nak jadi artis, Ezany sanggup naik teksi, naik bas turun bas nak buat fotografi. Lepas tu dia beli kereta Satria warna hijau.

Bila dah senang sikit dia pakai kereta Kia Sorento dan akan bertukar BMW pula beberapa minggu lagi. Hasil berniaga juga kata Ezany dia dah mampu beli dua buah kondominium.

Syukurlah itu namanya rezeki selepas kahwin dengan Lizda Nuryanti, 27, kira-kira dua tahun lalu.

Sekarang ni kata Ezany, kilang belacan dia di Perlis dah boleh keluarkan 50,000 ketul belacan sebulan. Belacan yang menggunakan nama dia sendiri tu dijual di semua pasar raya Giant, Mydin, Jaya Jusco dan Carrefour.

Selain belacan, Ezany turut jual sos tomato dan sos cili. Bila dah dapat semua benda dalam hidup, Ezany cuma tak sabar-sabar nak tunggu dapat anak. Dia agak sedih kerana isteri dia dah tiga kali gugur. Tak apalah... dah tak ada rezeki anak, Tuhan bagi rezeki lain pula. Yang penting ikhlas dan jujur.

NIEZAM: Tauke belacan dengan muka belacan dua benda berbeza.