Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

03 Februari 2009

PERNIAGAAN ATAU PELABURAN?

Bila saya katakan tentang perniagaan internet, ada
pembaca yang mengatakan bahawa mereka sudah tertipu
dan serik untuk menyertai perniagaan internet ini.

Tapi bila saya periksa balik, rupanya yang telah
mereka sertai bukanlah perniagaan internet, sebaliknya
PELABURAN INTERNET.

Apa yang saya mahu beritahu anda di sini, perniagaan
internet adalah BERBEZA dengan pelaburan internet.
Kalau ada persamaan pun, ianya adalah pada perkataan
internet di belakang kedua-dua istilah ini, iaitu
menggunakan internet sebagai medium.

PERNIAGAAN INTERNET adalah sama seperti perniagaan
konvensionaL
yang anda jalankan. Akan tetapi, anda
kini menjadi penjual yang menggunakan internet
sebagai medium untuk anda berjual beli. Contohnya
seperti di ebay, mudah, lelong ataupun melalui
website anda sendiri.

akan tetapi...

PELABURAN INTERNET adalah dimana anda memberikan
duit anda kepada pihak-pihak tertentu di internet
untuk diusahakan, sama ada anda mengetahui bisnes
apa yang mereka lakukan atau tidak
. Sebagai contoh,
swisscash, empay dan lain-lain.

Inilah denifisi termudah yang boleh saya berikan
berkenaan dengan kedua-dua istilah yang selalu
disalah tafsir ini. Saya harap selepas ini, anda
tidak lagi keliru dengan istilah ini, jika sebelum
ini anda berasa keliru.

3 ulasan

Terkeliru dan tak faham menyebabkan kita selalu tersilap membuat penilaian.

Reply

Salam sukses rantong,thanks for the comment :)itulah tujuannya post ini semoga dapat mengelakkan salah faham tanggapan org ramai terhadap perniagaan dan pelaburan internet

Reply

Salam sukses pokli,yep that's right pokli, tetapi jadikanlah kesilapan itu sebagai permulaan kepada sebuah kejayaan. :)

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)