Tak semudah sangkaan

Tak semudah sangkaan



Perniagaan Internet ini tidaklah semudah yang di sangka oleh kebanyakan orang. Siapa kata senang? Perniagaan di internet bukanlah setakat belajar tips perniagaan, trick dan asasnya sahaja. Perkara yang paling penting ialah belajar dahulu :

Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Asas Komputer
Asas Internet
Sebenarnya anda tidak perlu belajar dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara ini, cukuplah dengan mengambil asasnya dahulu. Yang lain anda akan belajar secara semulajadi sepanjang anda menjalankan perniagaan Internet ini. Ianya samada yang positif atau negatif.

Tetapi ye ke, tidak semudah ungkapan yang biasa kita lihat “Buat Duit Mudah Dari Internet!“. Sebenarnya ianya mudah jika anda mempunyai asas kepada perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi. Yang utama ialah asas perniagaan dan keusahawanan. Jika anda lihat kebanyakan dari peniaga internet ini kurang mengambil perhatian terhadap pelanggan mereka. Sebelum beli produk, tanya apa pun jawab. Lepas beli, hantar 10 email pun tak balas. Ini menunjukkan kurangnya ilmu mengenai perniagaan dan keusahawanan di dalam diri mereka.

Pembeli dari internet ini sama juga seperti pembeli di alam realiti. Mereka perlu kan sokongan/bantuan kepada produk yang mereka beli. Ya, tidak semudah yang di sangka. Itu jika anda ingin betul-betul berniaga. Tetapi jika anda ingin menipu, lain lah ceritanya.

Ramai juga dari kalangan peniaga Internet ini beralih ke bidang keusahawanan Internet semata-mata hennak lari daripada kerja seperti bosnya garang, nak bebas, atau sebab nak cari duit tambahan. Ingin saya nyatakan bahawa, perniagaan bukanlah semata-mata jalan keluar untuk anda lari daripada semua masalah itu.

Sebenarnya tidak semua orang sesuai berniaga, tetapi mereka lebih sesuai bekerja makan gaji. Ramai yang bermasalah dengan bekerja adalah kerana tak bekerja dengan baik. Anda jangan ingat, dengan berniaga anda akan bebas. TIDAK! Malah, anda perlu lebih kuat bekerja apabila melakukan perniagaan. Hal ini anda perlu tahu. Buat ebiz secara part time? Boleh. Tapi part time atau full time pun, anda tetap kena ada ilmunya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar