Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

15 Januari 2009

TIPS-7 CARA EFEKTIF UTK BERJAYA

1)Jangan bergantung pada orang lain

-Anda tidak perlu kebenaran org lain bagi mencapai impian.Percaya kepada diri sendiri dan beri peluang kepada diri anda utk berjaya.Dapatkan sokongan padu daripada orang yg rapat dengan anda serta berfikiran positif.Mereka akan menjadi pendorong anda utk bergerak dan bertindak mencapai impian.Jika anda ada idea,kehendak dan kemahuan,anda tidak perlukan persetujuan org lain.Jika anda menunggu persetujuan mereka,anda hanya membuang masa.

2)Jangan tunggu sampai sempurna

-Menunggu hingga segala-galanya sempurna akan membuatkan anda hilang semangat,perhatian dan minat bagi menunaikan impian.Anda tidak mungkin mempunyai segala-gala spt wang,masa dan pengetahuan bagi meraih impian.Ambil risiko,belajar dan tingkatkan diri anda secara bertahap.Jika anda hendak tunggu sampai sempurna,anda hanya membuang masa.

3)Ciptakan Masa

-Ramai org mempunyai impian,sasaran dan kehendak.Namun begitu,adakalanya sasaran itu tidak dapat disempurnakan.Mungkin disebabkan kesibukkan rutin hingga tidak ada masa bagi menyempurnakan impian.Peruntukkan masa dan tenaga bagi mencapai impian anda.Ciptakan masa,kerja dan berusaha hingga impian anda menjadi kenyataan.

4)Tetapkan hati

-Dalam mencapai impian,tetapkan hati,semangat dan kehendak.Dari situ,anda akan tahu apa,bila dan di mana anda hendak lakukan.Kejayaan akan meniti dalam kehidupan anda seharian.

5)Ambil inisiatif

-Anda berusaha dan bertindak secara proaktif serta bersistem bagi mencapai impian anda.Jika anda ada berkongsi idea dengan orang lain,tidak bermakna anda tidak bertanggungjawab bagi mencapai impian.Jangan hanya duduk dan buang masa sampai orang lain bertindak bagi pihak anda.Jangan tinggalkan tanggungjawab mencapai impian kepada orang lain.Tiada siapa pun yang akan mengambil berat pada impian anda kecuali diri anda sendiri.

6)Keluarkan belanja

-Bagi mencapai impian,anda sendiri yg mengeluarkan belanjanya.Bukan orang lain.Jika idea anda itu bijak,jangan fikir ia akan dibiayai oleh orang lain.Jika anda bertuah,akan ada orang lain membiayai idea anda.Jadi,anda bertanggungjawab mengeluarkan belanja dan membiayai idea itu bagi mencapai impian anda.

7)Lakukan satu perkara terlebih dahulu

-Komitmen sangat diperlukan bagi mencapai impian.Tetapi,biarlah pada satu projek terlebih dahulu.Tidak kira jika anda gagal/berjaya,lakukan satu perkara terlebih dahulu.Jika anda melakukan banyak perkara,anda memerlukan tenaga yg lebih bagi merealisasikan impian anda.Cari keutamaan terlebih dahulu.Rancang tindakan anda,gagal merancang adalah merancang untuk gagal.Rancang kerja dan kerjakan rancangan anda(plan you work,and work you plan).Anda boleh menjadi jutawan

http://mijirealitihidup.blogspot.com/
http://akubudaksekolah.blogspot.com

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)