SANGGUP BAYAR 1JUTA UTK BERJAYA?


Sanggup Bayar $1 Juta Untuk Berjaya?


Assalamualaikum. Memang bila dengar tajuk ni, tak ada siapa pun yang akan jawab “Ya, Saya Sanggup!”. Apatah lagi untuk membeli produk atau membayar sebarang servis. Yalah, bukan senang kita nak kumpul duit sehingga RM10,000.00. Apatah lagi untuk membayar $1.5 Juta hanya untuk satu-satu servis, yang belum tentu menjanjikan sebarang pulangan lumayan.

Tapi, apa kata kalau saya tunjuk anda bagaimana ada syarikat yang sanggup bayar $1.5 Juta kepada Mr. DT untuk memberi ucapan dengan hanya kerana memberi ucapan selama beberapa jam? Wah, banyak bukan.

(Mungkin anda semua dah terfikir-fikir dalam kepala berapa yang dia akan dapat jika hanya memberi 1 ucapan setiap hari. )

Bayaran tersebut adalah bayaran yang termahal di dunia mengatasi nama-nama besar yang lain seperti Blair, Reagan dan sebagainya, yang mana bayaran bagi setiap ucapannya bernilai $250,000.00 bagi setiap ucapan, dan itupun dah terlalu banyak!

Mr. DT yang saya maksudkan ini, adalah orang yang bertanggungjawab dan berperanan utama dalam siri realiti TV untuk ahli perniagaan yang terkenal dengan kata-kata “You Are Fired!” dalam setiap siri episod, iaitu ‘Apprentice’, beliau adalah Donald Trump. Saya rasa anda semua sudah kenal sangat dengan beliau, dan saya rasa tak perlu lagi saya berceloteh panjang tentang latar belakang beliau yang penuh dengan kebijaksanaan dan kecekapan dalam pengurusan & perancangan perniagaan.




Kenapa sampai begitu sekali Learning Annex, salah sebuah syarikat hartanah sanggup membayar beliau sebegitu banyak?

Antara lain, ini komen mereka tentang ucapan Donald Trump : -

“Saya telah melakukan perkara macam ni selama 30 tahun (iaitu mengupah tokoh ternama untuk memberikan ucapan). Tiada ahli perniagaan yang lebih hebat dari Donald Trump bila bercakap. Dia memang betul-betul menarik perhatian ramai orang di seluruh dunia (dengan ucapannya)!” kata Bill Zanker, pengasas syarikat Learning Annex.

Dalam tahun 2005, Zanker membayar Donald Trump dengan bayaran setinggi $1 Juta. Manakala dalam tahun 2006-2007, Zanker menjemput Donald sebanyak 17 kali, dengan setiap ucapan ceramahnya dibayar $1.5 Juta. Kira sendiri kalau 17 kali ceramah X $1.5 Juta.

Apa istimewanya Donald Trump? Ini komen Jones :

“Orang yang paling popular sekarang adalah mereka yang ‘Cakap Serupa Bikin’ (bukan hanya berteori semata-mata.) …Saya tak mahu seorang penasihat untuk menarik pelanggan, tetapi saya mahu seseorang yang telah terbukti berjaya menarik pelanggan.“

Lihat, betapa pentingnya jika kita buat apa yang kita cakap. Barulah orang percaya. Daripada anda hanya mempromosi cara-cara buat duit semata-mata, lebih baik anda bertindak dengan apa yang anda tahu untuk buat duit. Tetapi tak salah juga bagi kita jika kita mengamalkan apa yang kita buat, dan dalam masa yang sama, kita juga mengajar orang lain. Asalkan anda bertindak, itu sudah berbaloi.

Daripada 100 orang yang mendengar sesuatu teori cara-cara pemasaran perniagaan internet yang betul, hanya 10 orang sahaja yang akan bertindak. Baki 90 lagi, hanya menelan air melihat kejayaan orang lain.Ini adalah masalah sejagat. Dan inilah juga membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal.

Sumber:blogsendiri.com(http://www.blogsendiri.com/blog/)

http://mijirealitihidup.blogspot.com/
http://akubudaksekolah.blogspot.com

Ulasan

  1. Salam perkenalan,
    saudara saya amat mengagumi mereka yang berjaya dalam kehidupan dan berjaya mencemerlangkan diri dengan perlakuan positif.
    Erm, no kome nabout DT!!! Just make it as our inspiration to meet the goals inside our life!!!
    Good Luck, bro!!

    BalasPadam
  2. Salam kembali Meetuncleshah,samalah macam saya,begitu kagum terhadap mereka yg berjaya,pasal donald trump tu,tujuan saya letak sebab nak ramai org kita capai kejayaan macam dia,

    Semoga sukses selalu,meetuncleshah

    p:S-Rajin2lah singgah blog saya ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar