Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

30 Disember 2008

[Untitled]



PENDANDAN rambut atau pakar kecantikan mampu menukar penampilan seseorang menjadi lebih menarik dan menawan, sekali gus menambah keyakinan diri serta personaliti mereka.


Justeru, tidak hairan industri kecantikan kini antara bidang kemahiran seni kreatif yang mampu memberi pulangan lumayan lantaran permintaannya yang terus meningkat, kata pengasas Akademi Siti Salon, Siti Hajar Jamil.


Menurutnya, perniagaan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, namun hati pelanggan juga harus jadi keutamaan kerana ia antara kunci yang boleh membawa kejayaan kepada sesuatu perniagaan yang diceburi.


“Pelanggan adalah aset bagi sebarang perniagaan dan penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Jika pelanggan bertambah, bermakna perkhidmatan kita baik dan begitu juga sebaliknya,” katanya yang mendapat pendidikan formal dalam bidang dandanan dan kecantikan di dalam serta luar negara.


Selain itu, menurutnya, kriteria yang harus ada pada peniaga ialah keramahan dan bersopan ketika berinteraksi dengan pelanggan, sekali gus menjadikannya satu cara untuk mengatasi saingan.



“Layanan yang baik menjadi satu faktor yang mendorong pelanggan berkunjung lagi, namun jika kita bersikap acuh tidak acuh, pasti mereka tidak berminat untuk mendapatkan khidmat kita lagi,” katanya.Siti Hajar menggunakan sepenuhnya pengalamannya yang memperoleh pendidikan di Toni & Guy Academy dan Institut Terapi Kecantikan Carlton, kedua-duanya di London, untuk menubuhkan Siti Salon.


“Selain dorongan kuat daripada keluarga, saya minat berniaga, yakin pada diri sendiri dan bertekad untuk menghadapi sebarang risiko,” katanya.Mengenai akademinya, Siti berkata, setiap lepasan akademi terbabit terus ditawarkan bekerja di syarikat atau butik kecantikan dengan pendapatan yang boleh menjangkau sehingga RM1,500 sebulan.


Malah, katanya, mereka yang mahu mengusahakan pendapatan sendiri boleh mencatat pendapatan lumayan. Begitu juga jika mereka lebih senang bergelar mak andam yang kini turut mendapat kadar upah tinggi untuk setiap tempahan.“Ada antara pelajar saya yang memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan hasil kerja sampingan setiap hujung minggu dengan mengambil upah memotong rambut dan rawatan kecantikan diri,” katanya.


Sejak ditubuhkan pada 2002 di Seri Manjung, Perak, Siti Salon berjaya melahirkan lebih 1,000 pendandan rambut dan jurukecantikan bertauliah. Ia kini mampu melatih sehingga 200 pelatih pada satu-satu masa.


Akademi yang mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia itu bakal membuka laluan lebih luas untuk penuntutnya memandangkan kini ia mengusahakan pentauliahan melalui badan antarabangsa seperti City & Guilds, London.



Seorang peserta yang mengikuti kelas kecantikan, Shahaneem Shuhaila Aliyas, 18, mengakui menimba pelbagai kemahiran termasuk teknik kecantikan wajah yang menggabungkan kaedah moden dan tradisional.Selain itu, dia turut diberi pendedahan mengenai solekan untuk sesi fotografi, pengantin dan pentas.


“Antara yang menarik adalah teknik meregangkan kulit muka serta senaman muka supaya pelanggan tidak lesu ketika dikenakan solekan serta penggunaan pupur muka daripada bahan semula jadi seperti timun, telur, lobak merah dan tomato,” katanya.


Pelajar yang mengikuti kursus di bidang kecantikan rambut, Farhana Ramli, 23, dari Tumpat, Kelantan, berkata keseronokannya mengikuti kursus di situ kerana berpeluang mempelajari pelbagai kaedah dan teknik terkini menggunting rambut.Antara kursus ditawarkan di akademi terbabit adalah Pendandan Rambut Tahap Satu dan Dua serta Juru Kecantikan Tahap Satu dan Dua yang masing-masing mengambil masa 12 bulan.


Tidak hanya tertumpu kepada pengajian, Siti Hajar berkata, ia turut menerapkan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti keagamaan yang menjurus kepada asas keperibadian murni serta aktiviti riadah seperti futsal, senamrobik dan bola jaring


.Bagi melahirkan usahawan, modul keusahawanan membabitkan asas perniagaan yang dikendalikan bersama agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) disediakan pada setiap akhir kursus

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)