Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

10 November 2008

PHILIP H.KNIGHT


Salam,
Ahhhh....pc gua buat update blog ni telah mengalami problem dan ini telah mencabar kesabaran gua-nasib baik pc dah ok :). Kali ni blog akan cerita pasal pengasas Nike-Philip H.Knight.

Check it-out





PHILIP H.KNIGHT-PENGASAS NIKE



Knight merupakan seorang ahli sukan di dalam aktiviti olahraga sekolah,dan Knight mendapati bahawa setiap sukan balapan perlu mempunyai kasutnya yang tersendiri dan beliau telah berbincang secara mendalam mengenainya dengan seorang jurulatihnya,Knight telah mempertikaikan bahawa kasut yang digunakan untuk tenis tidak sesuai untuk berlari,dan begitu juga dengan bola sepak,yang tidak boleh digunakan untuk lompat jauh.Penjelasan Knight telah disokong oleh jurulatihnya,Bill Bowerman.Knight juga telah menulis sebuah artikel yang menjelaskan perbezaan kasut buaan Jerman dan Jepun serta apa yang diperlukan untuk bersukan dengan lebih baik.Penjelasan beliau telah menarik minat orang ramai.Oleh itu,jurulatihnya,Bill Bowerman telah menasihati agar memikirkan bagaimana menghasilkan kasut sukan yang lebih baik dan menjadikannya sebagai satu perniagaan.

Sewaktu menamatkan sekolah perniagaannya,beliau tidak mempunyai modal yang cukup untuk menghasilkan kasut idamannnya,lalu beliau mengambil keputusan menjadi pengedar utama kasut buatan Jepun ke Amerika yang popular ketika itu, Kinght telah pergi ke Jepun dan memperkenalkan dirinya sebagai ketua eksekutif syarikat blue ribbon sport-sebuah syarikat yang belum wujud.Dan apabila Syarikat Jepun-Syarikat Onitsuka menghantar kasut jepun bernama Tiger kepada Knight.Knight terus menubuhkan syarikatnya sendiri.Bersama rakan kongsinya,Biil Bowerman,mereka telah melabur 500 US ke dalam Blue Ribbon Sport,yang kemudiannya dikenali sebagai Syarikat Nike yang terkenal hari ini.

Walaupun begitu,Knight terpaksa bersaing dengan sebuah lagi syarikat yang terkenal ketika itu-Adidas,ini telah menybabkkan Knight sendiri berjumpa dengan pemilik-pemilik pasaraya/kedai kasut dan memujuk mereka membeli kasut-kasutnya.Hasil kerja keras oleh Knight telah menyebabkan Nike kini menguasai 25 peratus pasaran kasut dunia dan ini merupakan satu kejayaan yang cemerlang.Jika ada orang yang berkata kepada Knight bahawa beliau tidak akan dapat mencapai kejayaan Amerika,beliau pasti menjawab-“My Foot” .


P:s-Besok blog tips "Kecil Asalkan Berhasil" ;)

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)