KRU-BISNESMUZIKMAN :)


Salam,





Hari ni blog citer pasal kumpulan rap Malaysia yang paling popular-KRU,tapi bukanlah pasal album baru ke,projek baru ke,tapi pasal empayar perniagaan yang dibina oleh diorang ni dan permulaan cammana diorang dulu hinggalah berjaya sampai sekarang ni atau gua panggil "bisnesmuzikman" ;)

Apa lagi,check it out-

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU (atau panjangannya Kumpulan Rap Utama ) merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja dan anggotanya terdiri daripada mereka adik beradik sahaja,Norman,Edry dan Yusry.


K.R.U kemudiannya melebarkan sayap sebagai sebuah empayar perniagaan dalam industri hiburan iaitu dalam pembikinan album untuk artis baru,filem yang mencatat "box-office"dan pelbagai lagi bisnes yang dilakukan dalam industri hiburan tanah air.


Antara aktiviti bisnes yang dilakukan ialah pembikinan filem cgi yang pertama dalam Malaysia-"CICAK-MAN",menjadi syarikat rakaman kepada artis baru seprerti Dafi,Adam dan terbaru sebuah kumpulan wanita antarabangsa-"Lady-Like"


K.R.U juga merupakan artis berkumpulan yang rap yang bertahan sehingga ke hari ni dan berjaya membina empayar perniagaan hasil usaha mereka adik-beradik sahaja

Ulasan

  1. I had a chance to work with Norman at one point and masa tu I expected to see a rapper attitude from him. Really respect the guy lah, got good business sense and good business attitude completely the opposite of what I expected. Have been to his office also, good production set up.

    BalasPadam
  2. Hi,ms ulat buku,wow dapat jumpa
    Norman yer,jealous betul :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar