Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

12 November 2008

JUTAWAN MUDA


Salam,satu lagi artikel mengenai usahawan muda,cayalah :)


Apa lagi,check it-out










XY Tanya Pakar: Si muda kayaOleh Diyanah Anuar diyanah@bharian.com.my
Kenny Tan berusaha gigih untuk hidup senang pada usia muda.

Kongsi tip hidup senang pada usia 21 tahun

TUMPANG gembira dan pada masa sama cemburu melihat kejayaan anak muda ini. Ketika penulis masih bertatih membina karier, personaliti ini sudahpun bergelar 'bos' serta hidup mewah.
Siapa tidak cemburu? Usia baru 21 tahun tetapi Kenny Tan sudah berupaya memperoleh pendapatan lima angka serta memandu kereta mewah idaman ramai.

Perjalanan hidup usahawan ini yang terbabit dalam perniagaan berkonsep pemasaran pelbagai peringkat (multi level marketing atau MLM) mampu memberi inspirasi kepada generasi muda.
Kisah bermula apabila Tan menyertai perniagaan MLM antarabangsa berasaskan produk jus kesihatan buah manggis iaitu Xango, kira-kira dua tahun lalu. Langkah Tan itu didorong bapanya yang juga mentornya dalam bidang ini.
Apa yang menarik, Tan berjaya mencapai status premiere (pengedar peringkat tinggi) termuda dalam Xango seluruh dunia dengan jumlah ahli bawahan (downline) melebihi 3,000 orang. Ahli ini bukan saja di sekitar Malaysia tapi juga di Taiwan, Singapura, Sydney dan Hong Kong.
Tan bersama kereta kebangaannya yang dihasil atas usahanya sendiri.

Bagi mengetahui rahsia kejayaan beliau, ikuti temubual XY - Ikon Lelaki bersama Tan.



Ceritakan pembabitan anda dalam perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (multi level marketing atau MLM)?



Ini kali pertama saya menceburi bidang ini. Selepas bergiat selama kira-kira dua tahun, saya dapat simpulkan bidang ini amat baik untuk diceburi. Saya sering fikir, tidak mungkin saya memperoleh pencapaian sebanyak ini. Minat saya sebenarnya hendak jadi mekanik sebab saya sukakan kereta. Ibu bapa tidak galakkan namun saya tetap dengan pendirian menyambung pengajian di kolej dalam kursus mekanik.
Tetapi selepas bergelumang dengan kotoran minyak, minat saya mula luntur lalu berhenti dan menyambung pula pengajian dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Namun saya tidak menyudahkan pengajian itu. Belajar memang sesuatu yang bagus tapi saya rasakan ia tidak sesuai untuk diri saya buat masa ini kerana tidak mampu memberi tumpuan baik. Saya masih sukakan kehidupan sebagai seorang pelajar. Mungkin suatu masa nanti, apabila terbuka semula minat saya untuk sambung belajar, saya akan belajar semula.




Apa yang mendorong anda untuk bergiat dalam bidang ini?



Saya tertarik dengan bidang ini selepas melihat bagaimana bapa saya boleh setia dan berjaya dalam bidang ini dalam tempoh yang lama. Beliau berkecimpung dalam bidang MLM ini sejak saya dilahirkan lagi. Jadi, boleh dikatakan saya dan adik-beradik lain dibesarkan dengan pendapatan dari MLM. Kehidupan kami bukanlah amat mewah, tapi kami hidup selesa. Sambil bekerja, bapa masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama dan sering membawa kami melancong ke tempat menarik. Itu yang membuatkan saya berminat untuk mencuba bidang ini.




Siapa yang memperkenalkan anda dengan Xango?




Bapa saya. Ketika mendapat tahu produk yang beliau pasarkan adalah jus manggis, saya belum begitu yakin sama ada ia mampu memberikan keuntungan. Tapi
bila melihat kejayaan bapa saya melakukannya, saya fikir, kenapa saya tidak mampu melakukannya jika bapa saya boleh? Jadi, saya ambil keputusan untuk menyertai Xango.




Bagaimana dengan pengalaman awal anda ketika menyertai Xango?




Saya mula menyertai Xango ketika masih berusia 18 tahun. Saya tidak memulakannya di Malaysia, tapi di Sydney, Australia bersama beberapa kenalan lain. Ini kerana waktu itu Xango belum beroperasi di Malaysia. Bagaimanapun, kami tidak dapat menetap lama di Australia kerana kos sara hidup yang tinggi. Lalu saya memilih mengedarkan produk ini di Singapura sebelum pulang semula ke Malaysia. Saya anggap pengalaman bekerja di Sydney dan Singapura cukup memberi ‘latihan’ kepada saya bagaimana hendak bercakap dengan orang dan memasarkan produk.




Anda sangat muda untuk dibandingkan dengan pencapaian membanggakan yang anda kecapi. Apa resipi kejayaan anda?



Saya perhatikan apa yang orang berjaya lakukan dan saya tiru betul-betul langkah mereka... Ini terbukti berkesan. Pilih jalan yang betul. Sebagai contoh, dalam MLM, ada dua pendekatan iaitu pendekatan produk dan perniagaan. Antara kedua-dua pendekatan ini, pendekatan perniagaan lebih memberi pulangan lumayan jadi saya pilih pendekatan sebegini. Untuk berjaya, ia bukan bergantung kepada siapa anda atau berapa usia anda tapi apa yang anda lakukan.



Apa pekerjaan pertama anda?



Sebelum terbabit dengan Xango, saya bekerja dengan syarikat pengurusan acara selama enam bulan. Sebenarnya, ketika bekerja di sinilah timbulnya sifat positif dalam diri untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Syarikat tempat saya bekerja itu sering mengendalikan acara seminar keusahawanan dan menjemput panel penceramah yang akan berkongsi tip untuk berjaya. Apabila kerap mendengar motivasi daripada penceramah, secara tidak langsung saya terdorong untuk melakukan perubahan dalam hidup saya lantas saya menceburi MLM.



Justeru, apa sikap paling penting yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam kerjaya MLM?



Pemikiran adalah aspek yang paling penting selain disiplin diri yang kuat. Sejak kecil lagi, dalam apa pun yang saya lakukan, saya ingin menang. Saya tidak mahu kalah mahupun berada di tengah-tengah. Dalam hidup ini, ada dua pilihan saja, sama ada kita di atas ataupun di bawah. Kita juga harus tahu bagaimana untuk melawan sifat negatif yang ada dalam diri.
Dalam MLM, jaringan kenalan memainkan peranan penting. Anda akan dan perlu berjumpa kenalan baru setiap hari dan perkenalkan produk atau perniagaan yang anda usahakan. Saya lebih suka menggunakan kaedah berkongsi mengenai produk atau perniagaan yang dijalankan. Jika mereka tidak berminat tidak apa, asalkan saya dapat berkongsi dengan mereka semua maklumat yang perlu dikongsi. Walaupun produk kita sangat bagus, hakikatnya bukan semua orang memerlukannya. Pada saya, bukan kuantiti yang menjadi ukuran tapi hasil (pemasaran) yang baik yang saya inginkan.



Bagaimana melawan sifat negatif dalam diri anda?



Dalam bilik tidur, saya tampal pelbagai kata-kata motivasi agar saya tidak leka dalam usaha saya mengejar apa yang saya impikan. Pada dinding sebelah katil, saya tuliskan ‘jika mahu kaya, anda perlu bangun awal’. Oleh itu, secara tidak langsung saya akan mendidik diri saya untuk bangun awal setiap pagi dan terus merencanakan kerja. Selain itu, saya juga mendisiplinkan diri untuk membaca buku berkaitan dengan kerjaya saya sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari sebelum tidur.



Untuk mengecapi sesebuah kejayaan, tentu ada pengorbanan di sebaliknya. Apa yang anda terpaksa korbankan sebelum mencapai kejayaan seperti hari ini?



Antara pengorbanan yang terpaksa saya lakukan adalah melepaskan hubungan cinta lima tahun kerana tidak mampu membahagikan masa untuk dua perkara dalam satu masa. Bagi saya, sekarang ini bukan masanya untuk saya memikirkan semua itu.
Pada awal pembabitan saya dalam MLM juga, saya terpaksa hidup berjauhan dengan keluarga dan berdikari. Seingat saya, itulah kali pertama saya merindukan keluarga serta bebelan ibu di rumah. Selepas dua tahun bekerja keras, masa saya kini lebih anjal berbanding dulu.



Pernahkah anda berdepan dengan pihak yang memandang rendah kebolehan anda semata-mata anda jauh lebih muda daripada mereka?



Sukar untuk saya ingat sama ada saya pernah melalui pengalaman sedemikian ataupun tidak kerana saya ini jenis yang tidak hiraukan perkara seperti itu. Mungkin kerana saya tidak pernah menganggap usia muda sebagai halangan untuk saya mempelajari pelbagai perkara atau membuktikan kebolehan saya. Jika anda mahu orang yakin dengan anda, anda perlulah yakin dengan diri anda terlebih dulu. Muka harus ‘tebal’ dan mesti gembira dengan apa yang kita lakukan.



Apa pula perancangan masa depan anda?



Pada tahap sekarang ini, boleh dikatakan banyak keinginan saya sudah dapat dipenuhi. Antaranya memiliki pendapatan tinggi serta kereta idaman. Kini, apa yang menjadi keutamaan adalah bagaimana membantu downline saya mencapai sasaran mereka. Ia memberi suatu kepuasan kepada saya. Selain itu, sasaran peribadi saya adalah untuk memiliki sekurang-kurangnya lima sumber pendapatan pasif sebelum berusia 35 tahun. Sasaran ini supaya pada peringkat usia seperti itu, saya dapat meluangkan masa secukupnya dengan isteri dan anak-anak saya. Pada masa yang sama memperoleh pendapatan lumayan. Saya rasa saya perlu berkahwin muda supaya saya sempat menurunkan kemahiran yang ada kepada anak saya pula (ketawa). Percayalah, belum tentu ada orang yang akan berkongsi tip atau kemahiran yang mereka ada 100 peratus kecuali anda adalah darah daging mereka.



Difahamkan, anda juga aktif dalam persatuan usahawan muda. Apa yang membuatkan anda berminat dengan aktiviti persatuan seperti ini?



Saya aktif dalam persatuan yang digelar Youth Entrepreneur Society (YES). Selain sering memberi ceramah dan berkongsi kemahiran, kami juga sering menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan juga masyarakat sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial. Persatuan ini juga secara tidak langsung menjadi jaringan perhubungan yang begitu bermanfaat bagi usahawan yang menjadi ahli.



Nasihat anda kepada mereka yang berminat dengan dunia MLM?




Saya amat menggalakkan anda di luar sana, terutama golongan muda membabitkan diri dalam perniagaan secara MLM yang ‘sihat’, contohnya yang memasarkan produk kesihatan seperti Xango, bukan seperti skim piramid cepat kaya dan seumpamanya. Saya syorkan anda melakukannya secara sambilan kerana ia memang berbaloi. Jika anda bersungguh-sungguh, ia bukan saja boleh menjadi sumber pendapatan tapi dapat membina banyak kemahiran pengurusan dan perniagaan. Ini amat berguna untuk anda dalam karier yang dianggap ‘ketua pada diri anda sendiri’ (boss on your own) di mana anda perlu laksanakan setiap aspek, baik dari aspek promosi, pemasaran, strategi dan sebagainya.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)