Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

21 Oktober 2008

ZED ZAIDI DAN EZANY ARTIS+USAHAWAN




Waktu tengah belek2 suratkhabar yg ada kat rak ,terbaca psal 2 org artis ni-Zed Zaidi&Ezany,so gua pun ambik keputusan letak artikel tu kat blog ni :)

BERMULA kecil-kecilan, perniagaan Zed Zaidi dan Ezany semakin berkembang maju. BERGELAR artis dan pada masa yang sama menceburi bidang keusahawanan, jadual kerja pelakon kacak bernama Zed Zaidi serta Ezany Nizariff kini semakin sibuk.

Terkejar-kejar menerokai peluang berniaga di samping terikat dengan jadual pengambaran, semuanya dilalui penuh sabar demi memikirkan soal masa depan.

Sungguhpun sibuk, keduanya tetap selesa dengan kehidupan harian serta enggan untuk meninggalkan mana-mana bidang bagi memfokus kepada satu sahaja iaitu sama ada lakonan atau perniagaan semata. Ditemui baru-baru ini, Hits berkongsi pengalaman mereka dalam meniti hidup sebagai golongan usahawan.

Seharusnya dijadikan contoh, sememangnya ada ramai lagi artis yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan antaranya Linda Onn, AC Mizal, Nadia Mustafa dan juga Amy Search.


Projek terbaru Ezany

Selepas menghasilkan belacan, sos cili dan tomato, kicap serta melabur dalam butik Grass Jeans, pelakon yang berasal dari Perlis ini mahu mengembangkan lagi produk perusahaannya.

Produk tersebut antara lain adalah sos tiram, cuka dan ikan pekasam.

Kata Ezany, melalui projek ikan pekasam, ia akan dijalankan secara kerjasama dengan beberapa pihak.

Ini kerana, jelasnya, produk itu membabitkan proses kacukan antara ikan tempatan dan Thailand di samping perancangan untuk memasarkannya ke luar.

“Perkara ini masih di peringkat perbincangan,’’ ujar Ezany yang juga Pengarah Urusan E.M.P Sdn. Bhd., syarikat miliknya.

Mengenai belacan, sos cili dan tomato serta kicap pula, Ezany berkata, produk tersebut yang menggunakan jenama EZANY kini sudah pun dijual di pusat beli-belah Jusco selain Giant dan Mydin. “Bukannya mudah hendak memasuki pasaran di Jusco. Sebelum itu, banyak perkara terpaksa saya ubah termasuk pembungkusan untuk menepati kriteria Jusco.

“Sekarang ini saya sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada pengurusan Tesco dan Carrefour pula,’’ katanya.

Jelasnya, jualan bagi produk terbabit cukup memberangsangkan sehingga unit pengeluarannya terpaksa ditingkatkan. “Sebagai contoh belacan. Daripada 2,000 ketul pada awalnya kini sudah mencecah pengeluaran sehingga 40,000 ketul

. “Pasaran belacan juga sudah berkembang ke hampir seluruh Malaysia,’’ ujarnya yang baru sahaja selesai menjalani pengambaran drama Obsesi.

Kepingin cahaya mata Sementara itu, ditanya mengenai perkahwinannya bersama Lizda Nuryanti Abidin, 26, Ezany memberitahu, sehingga kini dia masih belum dikurniakan cahaya mata. Melangsungkan pernikahan pada Julai 2006, jelas Ezany, isterinya sudah tiga kali mengalami keguguran.

“Kami baru dua tahun kahwin sudah tentu mahu menimang anak sendiri. Tetapi ini semua sudah ketentuanNya. Belum ada rezeki,’’ katanya yang tidak putus berdoa semoga Allah mengurniakan cahaya mata.


Tinggalkan hasad dengki – Zed Zaidi

Menjengah cerita Zed Zaidi pula, pelakon berusia 28 tahun ini sedang sibuk menjalankan beberapa perniagaan antaranya maruku, minuman berkhasiat Guarana Cappuccino, pengedar air zam zam serta kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Melalui dua syarikatnya iaitu D Zed Resources dan DMB Kembara Sdn. Bhd., Zed bertindak sebagai pengurus syarikat di samping turut turun padang menjalankan kerja-kerja pemasaran.

“Memang meletihkan kerana saya buat banyak kerja di samping sibuk berlakon. Tetapi, dengan adanya jadual kerja harian, segala kerja-kerja saya berjalan lancar.

“Walaupun letih, berniaga amat menyeronokkan kerana kita akan dapat berkenalan dengan ramai orang,’’ katanya yang kini sibuk dengan pengambaran drama bersiri Anum dan latihan teater muzikal Impak Maksima.

Ujar Zed, semangat berniaga dalam dirinya telah wujud sejak kecil apabila diajar oleh keluarga supaya pandai mencari duit sendiri.

Jelasnya, apabila dewasa, amalan sejak kecil itu telah sebati dalam hidupnya sehingga kini merancang untuk mengembangkan potensi perniagaan ke luar.

Namun, di sebalik kejayaan yang dikecapi ketika ini, terselit pelbagai pengalaman pahit yang ditempuhinya sepanjang memulakan perniagaan.

“Saya pernah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit, ditipu rakan kongsi termasuk terkena ilmu hitam orang yang dengki dengan kejayaan saya.

“Saya sendiri hairan bagaimana ada orang tergamak menganiaya rakan sendiri sehingga menggunakan ilmu hitam,” luah Zaidi penuh kesal.

Katanya, sepanjang bergelar usahawan, dia banyak menerima pengajaran antaranya jangan lekas percaya dengan orang lain, kena jujur serta tidak kedekut ilmu.

Bawa peminat bercuti ke Bandung Dalam pada itu, menjelang tahun 2009, Zed punyai perancangan sendiri khususnya untuk peminatnya dengan membawa mereka bercuti ke Bandung.

Sebagai cara merapatkan hubungan antaranya dan peminat, percutian selama lima hari empat malam itu akan dijalankan dengan kerjasama beberapa penaja.

“Setiap tahun saya pasti adakan program untuk peminat. Kalau semuanya okey, program bercuti ini akan diadakan penghujung Januari depan. Tempat terhad, mungkin dalam 80 orang sahaja,’’ katanya.

Menurut Zed, seminggu sebelum Aidilfitri lalu, dia telah pun terbang ke Bandung untuk meninjau kawasan bagi menjayakan projek tersebut

DIPETK DARIPADA:UTUSAN MALAYSIA



P:S-Hensem betul diorang ni, cam rupa gua jer :)

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)