Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

20 Oktober 2008

NABI MUHAMMAD(S.A.W)-USAHAWAN ISLAM YANG TERHEBAT


Salam...

Hari ni waktu tengah boring2,tetiba jer baca pasal usahawan islam yg hebat,Nabi Muhammad (S.A.W)-kali ni blog cerita pasal Nabi Muhammad (S.A.W) sebagai seorang usahawan



Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!


Dipetik daripada blog Irfan Khairi*(IRFAN KHAIRI.COM)


TIPS YG DPT DIKONGSI:

1)Kita kena ada mentor dlm perniagaan :)
2)Seorang peniaga akan cepat maju jika mengikuti cara nabi berniaga
3)Sentiasa berusaha untuk memajukan diri
4)Bakat &minat blh dipupuk dari kecil-terutama bidang perniagaan


MIJI:Hebat betul Nabi Muhammad ni,dari kecil lagi dah menunjukkan kehebatan dalam bidang perniagaan

P:S-Tapi kenapa sekarang ni org yg bukan Melayu(Islam)terlibat&maju dlm perniagaan berbanding org Melayu(Islam)???

1 ulasan :

Alhamdulilah....ini adalah contoh yang terbaik son....jadikan nabi muhammad sebagai idola adalah yg paling tepat.....

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)