Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

26 Oktober 2008

KISAH JUTAWAN SENYAP-DARI KALANGAN BELIA


Yeah,berjaya habiskan gak baca buku Jutawan Senyap oleh Chef Li :)

Biasalah gua kalau nak khatamkan buku ni memang slow sikit sebab nak paham maksud setiap bab terutamanya buku2 motivasi yang memang menjadi kegemaran gua,memang banyak kisah/cerita/story dsb yang best dalam buku ni,dan yang mengkagumkan pasal buku ni ialah kisah jutawan yang memang xdisangka dan memang susah nak percaya(betulke ayat aku ni)bila membaca kisah tentang pendatang asing yang berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjual air soya (kalau xpercaya baca sendiri buku ni) berbanding kita yang memang dilahirkan sebagai warganegara yang sah.


Tapi citer paling best bagi gua dalam buku ni ialah pasal kisah jutawan dari kalangan belia.(sebab gua pun belia lagi :) )


Citer dia lebih kurang camnier ah,ada 2member yang berasal dari kampung lepas tu gi KL(cam citer drama Melayu jer) untuk mencari rezeki di bandar yang besar ni-biasalah KL.


Mamat seorang ni nama dia Samad dan seorang lagi Mat Ali, Samad merupakan seseorang yang betul2 ingin maju dalam hidup dan amat mementingkan nilai setiap sen duit dia,berbanding Mat Ali yang lebih mengejar keseronokan dan gaya hidup masyarakat kota(ada jer duit beli barang baru-kasut REEBOK ke,baju mahal,handset baru dsb)-huh membazir betul


Samad telah mengambil langkah yang mengubah hidupnya apabila mendaftarkan dan mengikuti kursus yang dijalankan oleh Chef Li-kursus membuat roti(cayalah),selepas Samad menyedari akan potensi perniagaan kek dan roti,dan ternyata langkah ini mengubah hidup Samad apabila dia berjaya mempunyai kedai roti dan keknya sendiri serta mampu memiliki sebuah kereta dan sebuah rumah hasil titik peluhnya pada usia yang muda.Manakala, kawannya Mat Ali masih lagi bekerja sebagai pembantu pasar raya,tempat dia dengan Samad kerja bersama-sama waktu sampai kat KL dulu.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)