Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

11 Oktober 2008

BILL GATES-JUTAWAN "MICROSOFT"






BIODATA

BILL GATES(William Henry Gates III) telah dilahirkan pada tahun 1955, Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.

Semenjak kecil lagi,Bill Gates telah menunjukkan kepintaran dan semangat bersaing yang tinggi.Semasa di zaman sekolah rendah,Bill Gates telah mengatasi kawan-kawannya dalam pelajaran terutamanya di dalam matapelajaran Matematik dan Sains,ibu Gates yang menyedari kepintaran anaknya ,telah mendaftarkan Gates di sekolah persendirian yang terkenal dengan pencapaian akademik yang tinggi di Lakeside.

Keputusan ibunya telah memberi keputusan yang mendalam terhadap kehidupan Gates kerana di sekolah inilah,Gates diperkenalkan dengan komputer.

DETIK PERMULAAN

Pada tahun1968 ,Sekolah Persediaan Lakeside bercadang memberi kefahaman mengenai dunia komputer.Pada masa itu, komputer adalah terlalu besar dan mahal untuk dimiliki oleh sekolah.Pada masa itu,bermulah kehidupan Bill Gates berserta rakan-rakannya seperti Paul Allen dan pelajar lain(kebanyakkan mereka merupakan pengaturcara yang pertama bekerja di syarikat Microsoft)dengan komputer

.Pada setiap hari,mereka berada dalam bilik komputer(sama ada siang atau malam)menulis aturcara,membaca risalah komputer dan apa sahaja mengenai komputer.Mereka tidak menghadiri kelas,tetapi yang hebatnya,mereka telah berjaya menghabiskan kesemua seisi berkomputer yang ditetapkan oleh Sekolah Persediaan Lakeside dalam hanya beberapa minggu sahaja.

Mereka(termasuklah Bill Gates)telah berjaya memecahkan sistem kawalan komputer dan meminda fail yang merakamkan jangka masa mereka menggunakan komputer.

Pada tahun1973.Bill Gates kemudiannya mendaftarkan diri di dalam salah satu kursus matematik yang paling rumit di Universiti Harvard.Bill Gates berjaya melepasi kursus tersebut dengan baik tetapi minat Bill Gates bukanlah kepada pelajaran,sebaliknya beliau lebih berminat terhadap dunia komputer.Bill Gates akan menghabiskan setiap malamnya di hadapan komputer dan tidur di dalam kelas pada keesokkan hari.Bill Gates telah berjaya mencipta satu bahasa pengaturcaraan yang dinamakan sebagai BASIC untuk mikrokomputer yang pertama-MITS ALTAIR.

KECERMELANGAN DITERUSKAN

Segala-galanya terus menjadi semakin baik bagi Bill Gates apabila kawan baiknya iaitu Paul Allen telah membeli sebuah majalah Popular Electronics.Majalah ini memamaparkan gambar Altair 8080 dengan tajuk yang bertulis “Mikrokomputer Kit Pertama di dunia untuk menandingi Model Komersial”.

Bill Gates menyedari bahawa satu perisian pasti diperlukan dan ini menyebabkan Bill Gates telah menelefon pereka Altair iaitu MITS(Micro Instrumentation and Telemetry System)dan memberitahu bahawa beliau mempunyai satu aturcara yang dinamakan BASIC yang boleh digunakan,walaupun hakikatnya,Bill Gates belum lagi menulis aturcara tersbut meskipun satu kod. Perisian yang disebut(BASIC) oleh Bill Gates telah berjaya menarik minat MITS untuk melihatnya.Dengan tergesa-gesa,Bill Gates dan Paul Allen mula mencipta Basic yang telah dijanjikan.Akhirnya perisian tersebut berjaya disiapkan dalam masa yang dijanjikan.Oleh itu,MITS membuat perjanjian dengan Bill Gates dan Paul Allen untuk membeli hak cipta ke atas BASIC.Dalam jangka masa setahun,Bill Gates telah berhenti dari Harvard dan akhirnya menubuhkan Microsoft.

Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga [1][2]. Pada tahun 2008, kesusutan nilai saham Microsoft sebanyak 15% meletakkan beliau ke tempat ke-3 selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu.

KEHIDUPAN PERIBADI BILL GATES

Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda French yang berasal dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Ibu Bill Gates, Mary Maxwell meninggal dunia hanya beberapa bulan selepas majlis perkahwinannya. Bapanya, Willian Henry Gates Jr, berkahwin semula dengan pengarah muzium Seattle, Mimi Gardner. Seluruh keluarga, termasuk kakak dan adik perempuan beliau menetap di Seattle.

Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai harta kekayaan dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak-anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.

Antara koleksi antik peribadi milik Bill Gates ialah Codex Leicester, sebuah koleksi penulisan Leonardo da Vinci. Beliau membelinya dengan harga USD $30.8 juta di dalam jualan lelong pada tahun 1994.

E-mail Bill Gates telah diedarkan secara meluas dan pada 2004, beliau menerima lebih kurang 4,000,000 e-mail sehari, yang mana kebanyakannya adalah spam. Microsoft Corporation mempunyai sebuah jabatan yang mana tugas mereka adalah untuk menapis e-mail spam sahaja. Menurut Bill Gates, kebanyakan e-mail spam yang diterimanya ialah e-mail skim cepat kaya atau meminta wang darinya yang kadangkala amat lucu apabila dibaca tetapi selalunya amat menyakitkan hati

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)