05 Oktober 2010

Puisi Ciptaan Aideal:Apa yang......

4 ulasan:
 








Tajuk:Apa Yang.....
Karya:Aideal Fitri

Apa yang dipandang pada wajah
Jika hati tiada yang indah
Apa yang manis pada senyuman
Jika penuh dengan kepalsuan
Apa yang diharap pada kasih
Jika bicara penuh dalih
Apa yang dinanti pada janji
Jika telah lama dimungkiri
Apa yang ditagih pada cinta
Jika benci sentiasa melanda
Apa yang dikira pada harta
Jika hidup tiada bahagia
Apa yang didengar pada nama
Kerana disini dan disana
Kita hanyalah hamba
Apa yang ada pada kehidupan
Jika kita tiada tujuan
Apa yang kau mahu pada aku
Jika kau tiada apa yang ku mahu
Selamat tinggal dan jumpa lagi
Semoga engkau lebih mengerti
Aku hanyalah aku
Namun aku tetap akan menjadi aku....













P/S:Puisi ini tiada kaitan dengan percintaan pun....



4 ulasan:

TERIMA KASIH UNTUK KOMENKOMEN TERBARU

 
© 1986. Aideal Fitri - fitri1986 Malaysian Blogger