Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

04 Oktober 2010

Picture:Design Pasu Bunga Yang Kreatif

Pasu Bunga Rumput/ Grass vase
Tengokla pasu "Rumput" seramik yang cantik ni.Direka oleh pasangan pereka Claydies,melalui kata mereka:"-'Grass' mempunya ekspresi seramik yang sangat naif yang mana menaikkan dan menghiburkan".

 Pasu Bunga Bawang /Onion Vase


Pasu Bunga Daun Fajar Taman Pulau/Island Garden Dawn Leaf Vase
 Jambak Bunga/Bouquet
Dahan porselin diikat bersama untuk membentuk pasu bunga berbentuk seni arca bebas

Pasu Mantel Ed Branson /Ed Branson Cloaked Vases
Dari bangsal epal yang diubahsuai di Massachusetts,artis kaca Ed Branson mereka karya agung yang bersifat tersendiri pada warna dan bentuk.Dia berusaha untuk membekukan pergerakan kaca dalam bentuk semulajadi yang cantik dan dia berjaya melalui pasu ni.Terdapata dalam pelbagai pilihan warna,pasu ni boleh menghasilkan sentuhan moden yang dramatik pada mana-mana bilik.

Pasu Bunga Akar/ Roots Vase
Direka oleh Human Touch,Thailand.Pasu ni direka supaya kelihatan seperti akar pokok.

Pasu Bunga Kuntum Neko/Nekko Bud Vase
Dibuat dari plastik,kelihatan dan rasa seperti seramik tapi lebih tahan lama.Dibuat dalam bentuk akar 3D,bekas yang unik untuk potongan bunga:"melambangkan gaya hidup aman dimana bunga berkembang berdekatan".

Pasu Bunga Akar Berbentuk Telur/ Egg shaped root vase
Pasu bunga kecil dan berketul ni direka oleh Marcel Wanders untuk Droog Design. Dibuat di Belanda,datang pada  tga saiz.Pasu bunga telur porselin yang putih datang dari sumber inspirasi yang unik,rekaan ni terhasil semasa perekanya meletakkan telur yang panas kedlam kondom lateks!!,haha,apadah...XD(jngn tnya aku apasal dia buat camtu,aku x tahu..........)

Pasu Bunga Dahan/Branch Vase 
Pasu dengan tempat untuk meletakkan dua bunga kecil,diinspirasi dari bentuk dahan pokok.Letakkan dua pasu  yang sama berselebahan untuk menghasilkan suasana yang menarik.

Pasu Bunga Tersembunyi/The Hidden Vase
Direka oleh Dan Yeffet dan dinamakan begitu kerana bahagian tengah pasu secara praktikalnya disembunyikan oleh struktur yang seperti dahan disekelilingnya.

Pasu Bunga Kuntum Berlingkar/Spiral Bud Vase – Bowl

3 ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)