Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

18 Oktober 2010

Payung Yang Menarik









Payung "Inside Out"/Payung Dalam Luar


Payung ni merupakan rekaan yang menakjubkan kerana takde sesapa yang boleh mengahalang payung yang basah dari membasahkan lantai rumah korang.Payung "Inside Out" ni menyelesaikan masalah tersebut dengan boleh bertukar kepada beg yang kecil.Titisan yang basah berada didalam
  
Payung "Hand Free"/Payung Bebas Tangan


Payung "Hand Free" ni sesuai untuk berjalan,sambil sebelah tangan memegang handphone dan sebelah tangan memegang secawan kopi.Korang cuma perlu tekan butang dan tarik pemegang ke arah korang dan "pop" ia terbuka untuk melindungi korang di hari hujan

Payung "Stand"/Payung Berdiri
Payung "Stand" merupakan idea yang simple-sebuah payung yang boleh berdiri sendiri.Direka oleh Hironao Tsuboi.Pulang dari hari hujan,korang boleh diririkannya di mana mana sudut sementara menunggu ia kering.Tiga kaki yang kecil ni tak mengganggu korang bila korang menggunakan payung tersebut.

Payung LED Lightdrops


Payung LED ini bernama LighDrops.Direka untuk menggunakan tenaga titisan hujan.Ia menukarkan tenaga hujan kepada elektrik dan menyalakan LED.Ini bermakna,semakin lebat hujan,semakin terang payung LED ni.


Payung "Cloud"/Payung Awan

Payung "Cloud" ni berbentuk seperti awan dan direka oleh Dutch Joonsoo Kim.Korang perlu pamkannya apabila korang rasa titisan hujan.Payung ni dipam menggunakan pemegang pam.

Payung "Polite"/Payung Sopan

Payung "Polite" adalah payung yang boleh dikecilkan supaya pengguna mengubah bentuknya untuk mengurangkan penggunanan ruang.Pengguna boleh menyelaraskan payung dengan mudah pada bila bila masa dengan menarik pemegang supaya boleh melindungi diri dari angin yang kuat.

Payung "Musical"/Payung Muzikal

Jika hari hujan pun korang boleh layan muzik,dengan memgang payung.Pemegangnya bertindak sebagai bahagian kawalan muzik.Malah,korang boleh forward mana mana track,dengan pusingkannya ke kanan dan untuk reverse,pusingkannya ke kiri.


Payung "Bluetooth"

Payung "Bluetooth" pun ada gak.Payung dengan bluetooh ni pun boleh jadi radio jadi korang boleh "menyanyi dalam hujan".Mesti menarik tengok orang berjalan dalam hujan bercakap dengan pemegang payung,haha.

Mana satu payung yang akan menjadi pilihan korang jika hari hujan? :)




4 ulasan

memg the best.....hehehe...
payung paling best ialah payung hand free...
xletih nk pegang payung..hhehehe

Reply

so cool..minat hands free punya tu

xpayah pakai rain coat hehe

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)