Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

31 Oktober 2010

KISAH KEJAYAAN LUAR BIASA


Hari ini kisah tokoh seterusnya-Rosyam Nor(Hero Malaya)

ROSYAM NOR-ARTIS/USAHAWAN

BIODATA

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohd. Noor bin Shamsuddin dilahirkan di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Beliau telah mendirikan rumahtangganya dengan Runika dan dikurniakan 5 orang anak. Selain menjadi seorang pelakon yang terkenal, beliau juga ialah pengacara serta model bagi beberapa produk seperti Julie's dan Nona Roguy. Beliau merupakan anak saudara kepada Seniman Hussein Abu Hassan dan juga sepupu kepada aktor Faizal Hussein.

DETIK PERMULAAN

Rosyam bermula sebagai tukang cuci tandas dan pejabat di sebuah syarikat produksi, kemudian jadi budak pejabat, krew filem, pelakon tambahan, pengurus produksi, penerbit eksekutif, pelakon pembantu dan akhirnya kini dia sudah kerap menjadi hero filem dan drama, malah kini sudah bergelar produser drama yang berjaya serta memiliki syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

KECERMELANGAN DITERUSKAN

Bukan soal Rosyam kini sudah jadi jutawan semata-mata tetapi bagaimana susur galur dan jejak perjalanannya mendaki tangga kejayaan itu yang lebih menarik. Bukan calang-calang artis untuk berjaya sepertinya sebab dalam mengharungi kerjaya anak seni, bukan mudah untuk mencapai kejayaan secara konsisten - bermula dari kosong dan kini membina empayar dengan memiliki 14 syarikat.

Filem

* Gila-Gila Remaja (berganding dengan Faizal Hussein)

* Boss

* Kanta Serigala (bergandingan dengan Faizal Hussien)

* Sayang ( bergandingan dengan Amy Search dan Raja Ema)

* Tak Kisahlah Beb (bergandingan dengan Faizal Hussien dan Pyan Habib)

* Suami, Isteri dan ...? (bergandingan dengan Lydiawati)

* Jimi Asmara (berpasangan dengan Allahyarham Hani Mohsin)

* Lenjan

* Berlari Ke Langit

* KL Menjerit

* Pontianak Harum Sundal Malam

* Pontianak Harum Sundal Malam 2

* Bara

* Laila Isabella

* Gangster

* KL Menjerit 1

* MX3

* Castello

* Janji Diana

* Gerak Khas The Movie I

* Bilut

* Syaitan

Drama

* Pondok Buruk

* Tumirah

* Rumah Di Tepi Sawah

* Rindu Semakin Jauh

* Masih Ada Cinta

* Sekeras Kerikil

* Sesuci Cinta Sofiya

* Korban

* Popular ke?

Anugerah

* Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Skrin & Bintang Popular 1997/1998)

* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia 1999)

* Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin TV3 98/99)

* Pelakon Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999)

* Pelakon Drama TV Sensasi (Anugerah PPMH 2000)

* Pelakon Lelaki TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2000).

* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Festival Filem Asia-Pasifik 1999)

* Pelakon Drama TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2002)

* Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002)

* Bintang Paling Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002).

* Pelakon Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia Ke-16)

* Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin Ke-6 TV3 2003)

* Pelakon Filem Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003).

* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Anugerah Skrin 2004)

* Karektor Jahat Lelaki (Anugerah Oskar (PPFM)

* Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Festival Filem Asia Pasifik ke-51 2006)-Bilut

* Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005)

* Pelakon TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006)

P:S-Banyak lagi award dia dapat-xkan nak tulis semua yer tak

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)