Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

07 Oktober 2010

Pos Dari Kamil:Cara Pikat Awek-Tips Utk Lelaki









Bagi memenuhi hajat orang yang tersesat ke blog ini semata-mata atas sebab mahu cari tips pikat perempuan.

Perempuan adalah misteri bagi lelaki dan vice versa. Kami takkan pernah memahami satu sama lain secara 100% maka sebab itu kena ada tolak ansur antara lelaki dan perempuan. Itu lain cerita.

Berbalik kepada topik asal, bagaimana memikat perempuan. Haruslah difahami lain orang lain caranya jadi tips yang saya senaraikan tidaklah 100% sempurna. Kalau sempurna, mestilah ada ramai perempuan yang mahukan saya. Ok, angkat bakul sendiri di situ.

1.Kenali diri sendiri
Lelaki anda perlu kenali diri sendiri terlebih dahulu. Senaraikan kelebihan dan kelemahan anda. Jadi kalau diri sendiri tak tahu kelemahan diri, adalah afdal anda tanya kawan-kawan anda. Jangan sampai putus kawan bila kawan kata anda seorang yang teruk, belajar terima diri seadanya tapi jangan pula sehingga tidak mahu berubah jadi lebih baik.Kalau yang rupa fizikal tak macho, bolehlah berkunjung ke blog http://darkbatman.com/ , abang batman ada banyak tips untuk membantu anda. Point utama dalam mengenali diri adalah untuk anda belajar meningkatkan keberanian/keyakinan/maruah diri. Ini akan saya huraikan di entry lain, tapi saya rasa sudah mencukupi dengan berkunjung ke blog abang batman.

2.Kenal pasti jenis perempuan yang anda mahu pikat.
Setiap lelaki pasti mahukan ciri-ciri tertentu pada perempuan. Tak salah kalau memilih.
Even playboy juga merupakan lelaki yang bersikap memilih, bukan semua perempuan yang dia mahu jadikan mainan. Cuma jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah harapan anda itu.

Soal perempuan bagaimana yang anda inginkan tak perlulah saya hurai, tepuk dada tanya selera atau lebih tepat tanya iman. Anda mahu teman seumur hidup yang beriman, teman sementara buat suka-suka, teman buat balas dendam, etc.....itu pilihan anda. Lebih afdal sekiranya anda berniat jujur, barulah dapat cinta sejati. InsyaAllah.

Walaubagaimanapun tip ini boleh menyebabkan anda cenderung pada cinta kerana sebab. Sebagai contoh, anda pikat dia kerana dia top student. Kalau suatu hari nanti dia sudah tidak berada dalam golongan top student adakah anda masih ingin pikat dan mencintai dia?
Fikir-fikirkan kerana lelaki adalah makhluk yang mudah jemu. Sangat mudah.

3.Berkenalan dengan perempuan.
Ini perkara paling sukar. Kalau tidak berkenalan bagaimana nak pikat perempuan? Perempuan yang anda ingin pikat mungkin kawan anda,sepupu anda, orang yang tidak dikenali sama ada secara maya/internet atau realiti seperti selalu bertembung tapi tidak berani bertegur sapa. Jadi secara teorinya, cara memikat adalah berlainan mengikut hubungan bagaimana yang ada di antara perempuan dan anda.
Yang paling sukar adalah sekiranya anda tidak mengenali perempuan itu. Bagaimana nak mulakan perbualan?

* Keywords di sini adalah berani. Berani melangkah dan menghampiri perempuan itu untuk memulakan perbualan. Terdapat beberapa percanggahan adakah anda perlu memperkenalkan diri atau cuma sekadar bertegur sapa dengannya. Permulaan paling mudah dan simple yang patut dilakukan adalah dengan hanya berkata,"Hi" dan berbicara mengenai topik yang umum. Teori sama boleh dipraktikkan di dunia online. Soal nama kurang penting apabila anda ada peluang kedua,ketiga dan seterusnya untuk berjumpa dengan dia. Kalau sekali jumpa barulah anda perkenalkan diri biarpun anda seorang artis, kerana dunia ini luas. Tak semua orang kenal artis baik dalam mahupun luar negara.
* Jangan lupa akan pandangan mata anda. Lelaki secara umum memang suka melihat perempuan terutama dari aspek seksual. Tapi dengan perempuan yang anda minat, jangan pula tunjuk terang-terang. Kawal nafsu dan berikan pandangan mata yang sejuk mata memandang. Bagaimana pandangan sejuk mata memandang? Yang ini saya tidak tahu sangat, maklumlah lain perempuan lain yang dia lihat pada mata anda.
* Senyum seindah suria. Hal ini sebenarnya juga ada konspirasi tersendiri. Kalau gadis yang anda ingin pikat adalah seorang yang emo, punk, gothic, rasanya senyuman bukan menjadi perhatian mereka. Tapi sekarang ini kita bercakap mengenai perempuan yang normal. Maka jadikan senyuman sebagai senjata dalam memikat. Ingat jangan senyum seperti orang gila. Senyum kambing mahupun senyum seperti ada udang di sebalik batu hendaklah dijauhi sama sekali. Cukup sekadar senyum seikhlas mungkin. Sederhana dan jangan terlalu excited.
* Jangan tergesa-gesa dalam soal meminta nombor telefon/facebook/myspace dan twitter terutamanya bila pertama kali berkenalan. Slow-slow dan dapatkan kepercayaan. Sila baca tip no 5 untuk kepercayaan.Jika takut tidak berjumpa lagi, anda sediakan kad nama beserta contact number,serahkan pada dia. Selebihnya harapkan dia hubungi anda semula.



4.Pengetahuan dan humor .
Elakkan dari bercakap terlalu kosong,cakap tiada makna. Kena ada ilmu pengetahuan maka rajinkan diri untuk membaca. Bercakap terlalu falsafah juga harus dielakkan melainkan wanita itu memang seorang yang berfalsafah punya keistimewaan dalam berbicara. Kena pandai selitkan unsur humor dan humor kenalah pada masa yang sesuai. Elakkan dari buat lawak yang terlalu bodoh apatah lagi lawak mengenakan orang lain. Serious humor digalakkan tapi sesuatu yang sukar dilakukan.

5.Dapatkan kepercayaan dari perempuan.
Lelaki mahupun perempuan pada masa sekarang, kedua-duanya memang sukar dipercayai. Kenapa? Itu cerita lain.
Berkawan adalah cara paling mudah untuk dapatkan kepercayaan, cuma berhati-hati...jangan sampai perempuan itu hanya menganggap kamu sebagai kawan biasa. Peluang kamu akan jadi sukar malah mungkin boleh dianggap kosong apabila si dia hanya anggap kamu sebagai kawan biasa. Jadi haruslah lelaki berikan hint pada perempuan.
Perempuan lebih mudah mentafsir hint cinta berbanding lelaki. Seandainya dia tidak melayan hint anda, terima kenyataan bahawa dia hanya menganggap anda tidak lebih dari seorang kawan sahaja.

6. Beri perhatian, buatkan dia rasa penting.
Seperti biasa, tekankan kesederhanaan di sini. Perempuan memang sukakan perhatian dari lelaki tapi jangan terlebih terutama di peringkat awal memikat perempuan. Terlebih perhatian yang dimaksudkan adalah cuba untuk berhubung 24jam dengan si dia, selalu beri hadiah, terlalu banyak soalan mengenai aktiviti dia.
Seperti mana manusia lain, si dia juga mahukan waktu untuk bersendirian.

Paling penting cuba ingat tarikh penting seperti hari lahir, ulang tahun kamu couple dan lain-lain tarikh.

Lelaki tidak boleh jadikan perempuan sebagai hak mutlak terutamanya apabila kedua-duanya tiada hubungan yang sah.
Pemberian hadiah yang terlalu banyak, ajakan pergi makan bersama mungkin buat dia rasa tak selesa. Kalau berjaya sekalipun teknik ini(terlalu banyak perhatian di awal perhubungan)....saya percaya di satu peringkat, salah seorang akan berasa jemu(biasanya pihak lelaki) dan hubungan cinta sebegini akan berakhir.

7. Sikap sederhana dan terima takdir.
Rasanya contoh sederhana sudah banyak saya terangkan dalam points di atas. Tak perlu terangkan lagi. Cuma soal terima takdir. Kalau perempuan itu tidak menerima anda, terutamanya apabila anda sudah berusaha untuk tempoh yang lama, rasanya eloklah anda berundur.
Bunga bukan sekuntum, kumbang juga bukan seekor. Usaha lagi dan pergi cari perempuan lain, kena cepat,tangkas,bijaksana supaya kumbang lain tidak ambil bunga yang anda mahukan itu. Nanti anda juga yang menyesal.
Kalau anda sentiasa berkata," ahh..kalaulah aku ada teman wanita seperti kawan aku" sepanjang masa, bukankah itu dianggap hidup yang agak pathetic ? Sampai bila anda ingin berkata kalau?
Siapa suruh anda segan sangat nak berkenalan dengan perempuan.

Jadi jangan segan2...


author

Pos ini dicatatkan oleh:


Kamil -baru belajar nak menulis

3 ulasan

Mel,ko sndiri x de awek,tulis pasal nk pikat awek plak wahahaha =))

Reply

@Aideal Fitri
sape kate ni? awek aq dah kawin lari ngan oghang laen ler...ape ley wat..taw la ko suke awek mat salleh..hhahahah

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)