Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

14 April 2010

Real Madrid datang Malaysia?

Malaysia, Real Madrid berentap
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/04/13
Peluang peminat tempatan saksi kelibat bintang dunia Ronaldo, Kaka

BAYANGKAN bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Karim Benzema dan Xabi Alonso beradu kekuatan dengan skuad negara di depan khalayak ribuan peminat tempatan yang memenuhi segenap pelosok stadium untuk melihat wira mereka yang sebelum ini disaksikan di kaca televisyen sahaja. Ia kelihatan seperti fantasi semata-mata, namun mendekati realiti seandainya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak penganjur berjaya dalam misi membawa gergasi Sepanyol dan rekod sembilan kali juara Eropah, Real Madrid ke tanah air bagi perlawanan persahabatan berprestij jelajah pra-musim. Pengerusi Perbadanan Stadium Merdeka, Datuk Mohd Said Yusof mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan FAM dan penganjur untuk membawa Los Galacticos ke Stadium Bukit Jalil selepas Piala Dunia yang berakhir pada Julai.

“Saya sekarang menunggu pengesahan daripada pihak FAM mengenai usaha untuk membawa Real Madrid ke Malaysia. Jika menjadi kenyataan, mereka akan tiba selepas Piala Dunia untuk menentang Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Usaha mendapatkan gambaran jelas mengenai kunjungan ini menemui kebuntuan ketika FAM dan penganjur belum bersedia mendedahkan perancangan mereka.

Namun, kehadiran Real Madrid pasti akan mencetus keghairahan baru peminat tempatan yang sebelum ini disajikan dengan aksi pasukan Inggeris seperti Manchester United yang tiba tahun lalu, Chelsea dan Arsenal.
Jelajah pra-musim sentiasa dimanfaatkan Real Madrid dengan kunjungan ke Asia dalam usaha mempromosikan kelab itu kepada khalayak lebih luas, namun kelab terkaya dunia itu belum pernah menjadikan Malaysia sebagai hentian mereka.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Malaysia_RealMadridberentap/Article

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)