01 Julai 2009

Kegagalan Sebahagian proses Kehidupan

Tiada ulasan:
 
Kegagalan Sebahagian proses Kehidupan

Kata orang, "gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya"... kata bijak pandai pula, " kegagalan merupakan satu anak tangga untuk menuju kejayaan". Namun sesetengah individu yang mengalaminya menukar kegagalan tersebut sebagai sumber untuk bangkit semula atau failing forward berbanding failing backward. Jhon C.Maxwell pernah mengetengahkan istilah ini yang sealir dengannya.

Tiga bentuk tindakbalas individu terhadap kegagalan:-
a) Sikap individu yang membiarkan sahaja kegagalan yang menimpa dirinya. Hal ini akan menyebabkan dirinya mengalami situasi yang lebih parah.

b) Individu yang bersikap tidak mahu menerima kegagalan yang melanda dirinya itu. Individu ini selalunya lebih menyalahkan orang lain kerana pihak itu meyebabkan kegagalan itu.

c) Akhir sekali, individu yang menerima kegagalan itu dan seterusnya terus bangkit semula serta belajar dari kegagalan itu. Sikap ini harus dipuji kerana ia dilihat sebagai turning point dalam hidup mereka untuk berjaya.

Sebagai kesimpulannya, bangkit dari kegagalan merupakan usaha individu tersebut untuk bangkit dari permasalahan dengan lebih bersemangat dan bertenaga secara bijaksana. Keupayaan ini merangkumi kekuatan fizikal, mental dan sosiologi bagi mengadaptasi kegagalan.

ARTIKEL ditulis olh:wiraindrawan(Wang cyber.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH UNTUK KOMENKOMEN TERBARU

 
© 1986. Aideal Fitri - fitri1986 Malaysian Blogger