TIPS PERNIAGAAN-Kejayaan Yang Tidak Dirancang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hi MIJI, semoga anda hari ini ceria dan sihat untuk terus
melakukan kerja seharian. Pastikan juga anda terus bersemangat
untuk melakukan yang terbaik dalam hidup anda.

Menurut majalah perniagaan Inc., hampir kesemua perniagaan yang
mencapai kejayaan cemerlang ketika ini, pada asalnya bukan
perniagaan yang dirancang. Pada awalnya, perancangan adalah untuk
menjalankan perniagaan lain.

Namun, di pertengahan jalan, segalanya bertukar menjadi perniagaan
yang berbeza! Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Sebenarnya, perancangan perniagaan adalah penting. Namun
kadang-kala di dalam perniagaan, kita jangan takut untuk melakukan
perubahan darstik agar membawa perniagaan kita ketahap yang lebih
tinggi.

Anda perlu ingat bahawa jika percubaan pertama mengikut perancangan
kita gagal maka belum tentu percubaan kedua iaitu perubahan yang
kita lakukan di dalam perniagaan pun turut akan gagal. Kita
perlulah flexible dan berani untuk melakukan perubahan ataupun
transformasi kerana kejayaan sesuatu perniagaan mungkin bukan
seperti yang kita rancangkan.

Siapa sangka syarikat Samsung yang kini merupakan syarikat
eletronik terbesar, dahulunya merupakan pengedar buah-buahan,
sayur-sayuran dan ikan kering?

Kami juga akan melakukan transformasi dan perubahan bagi Majalah IM
pada Julai ini. Tujuan kami hanyalah satu iaitu ingin membawa
Majalah IM ketahap yang lebih tinggi dan memberikan yang terbaik
untuk anda.

MIJI, ingatlah bahawa tuah ayam nampak di kaki, tuah perniagaan
kita siapa yang tahu kan?

Sekian,
Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz.

p/s: Kami harap anda akan terus menyokong Majalah IM walau apapun
perubahan yang dilakukan. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar