Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

20 Mac 2009

Tukarkan Idea Anda Kepada Wang

Ramai yang ingin menjadi kaya.Saya mahu menjadi kaya,anda juga ingin menjadi kaya.Tapi kalau nak kaya kenalah berniaga.Anda setuju dengan idea ini?Jika ya,tahniah saya ucapkan kepada anda kerana telah menjumpai salah satu langkah untuk menjadi kaya.

O.k.Sekarang kita ubah sedikit pemikiran anda semua.Cuba fikirkan apakah cara lain untuk menjadi kaya tetapi pastikan idea itu adalah idea yang baru.Saya yakin ramai masyarakat di dunia ini pernah berfikir seperti ini.Mencari jalan untuk menjadi kaya tetapi inginkan cara yang baru supaya dapat mengurangkan persaingan dan menjadi kaya yang cepat.Tetapi janganlah pula anda memikirkan jalan yang salah untuk menjadi kaya.Perkara itu adalah salah dan bertentangan dengan konsep pemikiran yang saya ingin asuh kepada anda.

Salah satu kesedaran yang saya ingin terangkan kepada anda dalam artikel ini ialah PERCAYA BAHAWA IDEA ANDA MUNGKIN BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA.Anda mesti yakin kepada kebolehan diri.Akal manusia di anugerahkan tuhan dengan pelbagai keistimewaan.Jangan sia-siakan anugerah akal ini.
Tetapkan satu minit setiap hari untuk berfikir tentang cara untuk kaya dan yakin anda akan menemuinya.

Bagaimana pula untuk mempercepatkan proses ini.Salah satu caranya ialah dengan membaca.Sekiranya anda ingin kaya.Sudah pasti anda perlu membaca buku atau apa saja maklumat tentang bagaimana untuk kaya.Sekiranya anda mampu,belilah sebuah buku setiap bulan bagi mendalami dan menambah ilmu.Banyak bahan bacaan yang di jual di Malaysia ini.

Yakinlah kepada tuhan dan berfikir untuk menjadi kaya.Saya yakin anda akan berjaya.Satu idea untuk kaya yang baru akan dapat menjadikan anda kaya dalam masa yang pantas.Perkara ini adalah kerana kurangnya peniruan idea tersebut.Kurangnya peniruan bermakna kurangnya persaingan.Sebagai contoh katakanlah dalam satu pekan anda menjual barang A.Tiada perniaga lain yang menjual barang A kecuali anda seorang sahaja.Sudah pasti kedai anda akan menjadi tumpuan pembeli kerana tiada persaingan.Perkara ini agak mustahil berlaku sekiranya wujudnya persaingan.Maksubnya perniaga lain juga menjual barangan yang sama dengan anda.

Sebagai penutup artikel saya ini,jangan mudah berputus asa dalam mencari jalan untuk menjadi kaya.Kekayaan adalah hak kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkan nya.

Tentang Penulis
Norfazli Hamzah adalah pengasas laman web www.artikelterkini.com.Sebuah laman web yang memberikan maklumat kepada rakyat Malaysia secara percuma.

Dapatkan e-book percuma 50 KATA-KATA HIKMAH
E-BOOK PERCUMA 50 KATA-KATA HIKMAH

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)