Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

27 Mac 2009

TIPS PERNIAGAAN INTERNET

===============================
Newsletter Daripada Majalah IM
===============================

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MIJI, apa khabar? Saya berharap anda berada dalam keadaan yang
terbaik.

Baiklah hari ini saya ingin menjawab salah satu soalan daripada
rakan kita. Soalanya berbunyi lebih kurang begini "Bagaimana nak
mula ebiz?". Baiklah saya cuba untuk berkongsi di sini agar pembaca
lain juga boleh mendapat beberapa tip di sini secara tidak langsung
akan menjadikan newsletter ini lebih berinformasi.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak
cuba cari duit secara online ni?

MIJI, anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa...kenapa dan
kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya
sekadar ingin mencuba.. saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana
sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha
yang bersungguh-sungguh.

Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan
Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan
menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut.

MIJI, bilakah anda ingin mulakan perniagaan Internet?

Ini juga merupakan soalan penting bila anda ingin mulakan
perniagaan Internet. Jika anda jawab sekarang maka anda check dulu
diri anda adakah ilmu sudah cukup? Adakah sudah baca semua ebook
berkenaan perniagaan Internet? Adakah sudah menghadiri
seminar? dan pelbagai jenis soalan lagi anda perlu tanya diri anda.

Jika nampak sudah ok maka mulalah sekarang! Jangan pula jadi macam
sesetengah orang yang sudah membaca berpuluh-puluh ebook tetapi
masih lagi tidak mengambil langkah
pertama. "Just Do It"

Seperti kata pepatah:

"Jarak perjalanan tidaklah penting tetapi apa yang lebih penting
ialah langkah pertama"

MIJI, nak berniaga apa di Internet?

Soalan ini merupakan perkara yang amat penting dimana akan
mencorakkan kewangan peribadi anda nanti. Ramai orang yang pening
nak berniaga apa di Internet ni... Nak berniaga apa yer?

Kaftan Team FlareBiz dah buat... Nak jual tudung orang dah buat...
apa yer orang masih tak buat?

Jika itulah yang anda fikir maka sampai bila-bila pun anda tidak
mampu untuk memulakan perniagaan Internet. Kenapa takut sangat
dengan persaingan sihat ni?

Kenapa? Jika takut persaingan kenapa anda ingin berniaga?

Perniagaan Internet tetaplah suatu perniagaan walaupun anda tidak
perlu betentang muka dengan pelanggan. Lihat bagaimana saya tetap
mengeluarkan ebook tentang adsense walaupun ramai yang kata ebook
adsense dah berlambak kat Internet.

Teringat saya kepada satu kata-kata yang berbunyi "Ramai orang yang
mempunyai banyak idea yang hebat tanpa tetapi tidak bertindak dan
ramai yang bertindak tanpa idea yang bagus. Tanpa idea yang bagus
dan tindakan yang sepatutnya anda tidak akan berjaya"

Idea... Idea dan Idea.. Itulah yang anda perlu sentiasa fikir dan
cari apakah produk yang sesuai untuk dijual di Internet. Baiklah
saya bagi anda idea secara ringkas bagaimana anda ingin mencari
wang secara online.

1) Jika anda mempunyai perniagaan secara offline, bawakan produk
tersebut secara online. Tak rugipun hanya keluarkan modal untuk
hosting + domain.

Contohnya anda berniaga minyak urut secara offline.. apa kata anda
jual minyak urut tersebut secara online.

2) Jika anda tahu bagaimana hendak menukarkan tiub basikal,motor
dan sebagainya (Jangan tiub kereta api sudah!) anda mungkin boleh
buat blog untuk menerangkan step by step bagaimana untuk menukar
tiub tersebut dan letakanlah kod adsense di blog anda. Secara tidak
langsung anda boleh mendapatkan duit daripada program Google
AdSense. Cara lain ialah anda mungkin boleh buat video menukar tiub
tersebut dan jual video tersebut melalui Internet! Jaga pemasaran
Insyallah laku macam goreng pisang panas!

Baiklah MIJI, saya rasa ini sahaja emel buat kali ini. Nantikan
pula sambungan emel ini dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Jika terdapat soalan anda boleh ajukan di emel ini:
support@flarebiz.com

Sekian,

Labanon,
Team FlareBiz,
http://MajalahIM.com

-------------------
Makluman: Emel ini dihantar kerana anda merupakan subscriber sah
kepada MajalahIM.com. Berikut ialah butiran pendaftaran anda:

Nama: MIJI
Emel: tarmiziahmad@ymail.com
Tarikh Daftar: March 21, 2009

===============================
PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA
===============================

MajalahIM.com merupakan satu portal dimana menyediakan info
perniagaan Internet secara PERCUMA. Anda boleh mendowload Majalah
IM yang dikeluarkan setiap bulan secara PERCUMA.

Oleh itu, jika anda rasakan info yang kami berikan secara PERCUMA
ini memberi manafaat kepada anda, maka kami sangat mengharapkan
agar anda menyebarkan Majalah IM ini kepada sesiapa sahaja dengan
syarat anda tidak menjualnya.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)