Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

08 Januari 2009

TIPS-MEMANCING DAN USAHAWAN

Umpama memancing, begitu juga dengan perniagaan

Begitulah kata pemilik selaku Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn.Bhd yang lebih dikenali jenama Ramly Burger dipasaran tempatan.

Kata beliau lagi,

Jika orang memancing diberikan sebanyak manapun umpan, jika dia tidak berminat, tidak berhasil juga

Begitu juga dalam perniagaan, jika kita minat, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan berusaha menangani pelbagai cabaran yang datang walaupuan ianya perit.

Saya kagum dengan pencapaian beliau. Sudah hampir 30 tahun perniagaannya kekal kukuh yang pada asalnya hanya mempunyai 2 orang pekerja sahaja, dan kini sudah menggaji 400 orang pekerja dengan penjualan sehari sebanyak 1000 keping dengan keuntungan RM400 juta setahun.

Beliau hanya memiliki SPM sahaja. Namun beliau percaya, perniagaan adalah sumber pendapatan yang paling besar. Bayangkan kalau beliau bekerja makan gaji? Adakah mampu beliau berjaya seperti ini? TIDAK sama sekali.


Kekecewaaan saya

Saya ingin meluahkan sedikit pandangan kepada mereka yang masih ragu-ragu dengan dunia perniagaan. Saya masih tidak faham mengapa orang melayu memandang serong kepada orang yang ingin berniaga tidak kira online ataupun offline.

Bila kita suarakan kita hendak berniaga, pelbagai macam kata-kata yang akan keluar. Pelbagai perkara negatif yang mereka sogokkan kepada kita. Bukan menggalakkan, tapi melemahkan.

Memang betul, kita bekerja makan gaji, tiap-tiap bulan kita akan mendapat duit, kita tidak perlu risau. Tapi adakah kita nak begitu sampai ke tua? Mengapa tidak berani untuk berniaga?

Mengapa kita tidak mempunyai impian untuk membuka perniagaan?

Inilah masalah orang melayu. Masalah inilah yang menyebabkan pengangguran yang banyak dan malangnya orang melayu paling ramai. Kalau hendak berniaga, nak mulakan dengan modal yang juta-juta. Hati tak lepas daripada perasaan nak berlagak!! Sekiranya gagal, menyalahkan orang.

Kita orang melayu merasa bangga memberikan duit kepada bangsa asing. Tersenyum mendengar kejayaan bangsa asing di bumi kita dalam perniagaan. Tidak cuba untuk menggalakkan orang kita sendiri berniaga.

Bagi saya, saya tidak akan mempedulikan apa yang mereka cakap. Cakaplah sampai berbuih mulut, saya akan memekakkan telinga dan buat apa yang saya nak buat.

Kegagalan adalah manis bila kita sudah mencapai kejayaan

Kesimpulan

Bila kita sudah bermula, jangan memandang ke belakang. Jangan merasa menyesal dengan keputusan yang dibuat. Teruskan ke depan.

Saya suka menasihatkan anda selalulah membaca kisah usahawan-usahawan yang berjaya. Selami bagaimana kepayahan yang mereka pernah alami. Dapatkan Harian Metro setiap ahad, dan buka muka surat tengah-tengah, akan ada disiarkan cerita mengenai usahawan-usahawan Bumiputera yang berjaya tiap-tiap minggu. Bacalah kalau anda memang benar-benar mencintai perniagaan. Saya hanya beli semata-mata nak membaca kisah-kisah tersebut.

Marilah berniaga

SUMBER:MAZLIENADZRI.COM(http://mazlienadzri.com)

2 ulasan

miji saya setuju memang ramai orang melayu tertinggal dari segi budaya perniagaan ni....so kita sebagai blogger perlu menyedarkan mereka tentang perkara ni..

Reply

Betul pJutawanMalaysia,harapnya lepas ni lebih banyak lagi blog pasal keusahawanan,insya-Allah

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)