Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

09 Januari 2009

TIPS PERNIAGAAN INTERNET-PROGRAM AFFILIATE

Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?



Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pehak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) . Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai ‘rakan pemasaran’.



Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada dua jenis; yang percuma, dan yang berbayar. Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat, melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala yang berbayar pula, biasanya pehak penjual mensyaratkan kita membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya. Ada juga syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali ! Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian, namun peserta yang terlebih dahulu membeli produk, akan mendapat peratus komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma!



Komisen jualan adalah ditentukan oleh pehak syarikat/penjual. Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat!) komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pehak syarikat terpaksa menanggung kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran. Sementara untuk produk yang bukan fizikal (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja), kadar komisennya agak tinggi dan lumayan. Ini kerana produk seumpama ini tidak memerlukan modal kewangan yang besar.

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)