Peluang Perniagaan Ada Di mana-mana
Peluang ada di mana-mana,itupun kalau kita berusaha untuk merebutnya.Kata seorang pujangga,"Dunia ini tidak pernah menawarkan kejayaan yang sedia ada kepada sesiapa pun,tetapi dunia ini sentiasa menawarkan peluang kepada semua untuk berjaya."
Anda mungkin telah baca buku berkenaan peluang dan motivasi.Apa yang ingin saya katakan adalah peluang tidak akan datang bergolek melainkan kita rancang usaha dan gigih.Ibarat kata pujangga lagi ,"Tiada kejayaan semanis madu,tanpa usaha sepahit hempedu."
Kadang-kadang peluang muncul tanpa anda sedari,kadang-kadang muncul juga ketika anda dalam keadaan tidak bersedia.Anda akan lebih malang sekiranya tidak merebut segala peluang yang ada.Biasanya peluang tidak akan muncul berkali-kali.Jika terlepas peluang,entah bila ia akan muncul kembali.
Untuk mereka yang berjinak-jinak dalam perniagaan ,memang memerlukan motivasi.Apa itu motivasi?
Motivasi ialah kuasa melaksana,penggiat dan kehendak dalam melakukan pekerjaan.Kuasa ini memang hadir dalam diri kita,ia menjadi pendorong dan mempengaruhi diri dan jiwa kita.Semasa kita mengalami kegagalan (sementara sahaja)atau tidak berupaya untuk melaksanakan usaha,ia akan muncul dan membisikkan ,
"Anda boleh buat,Anda boleh lakukan! "
Dan dari situ,akan muncul satu semangat yang membara supaya kita meneruskan lagi usaha yang terbengkalai.Begitu juga kalau anda menggunakan medium internet.Ianya pun memerlukan kesabaran dan ketetapan hati.Komitmen diri penting untuk meningkatkan motivasi diri!.

Post a Comment:
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.