5 TIPS MENULIS DI INTERNET

5 Tips Menulis di Internet

Dah makin ramai orang berminat untuk menulis blog dan menghasilkan artikel di internet. Ini terbukti dengan wujudnya banyak blog yang ditulis oleh orang Malaysia mengenai pelbagai topik.

Penulisan di internet (sama ada artikel, blog atau e-book) mempunyai beberapa perbezaan dengan penulisan buku. Jadi jangan menulis seolah-olah anda mengarang buku. Nanti jadi buku teks pulak. hehe

Di sini ada 5 tips yang penting untuk anda menulis di internet bagi memudahkan pelawat membaca penulisan anda.

1)Letakkan tajuk yang memikat hati pembaca. Tajuk dengan nombor contohnya “5 tips menulis di internet” atau “10 teknik hebat melariskan jualan anda” merupakan sesuatu yang disukai kerana pembaca tahu yang dia akan mendapat sekian banyak tips.

2)Gunakan ‘bullet’ dan ‘numbering’ untuk isi penting. Ada sesetengah orang tak ada masa nak baca artikel yang panjang terutamanya di internet sebab ada banyak lagi blog lain dia nak baca

3)Banyakkan ‘white space’ atau ruangan antara tulisan. Hadkan perenggan anda kepada 2-4 baris sahaja. Ada sesetengah penulis menulis tanpa perenggan! Kesian pembaca tak boleh nak ‘break’

4)Pastikan artikel anda ringkas dan ’straight to the point’. Artikel yang panjang berjela agak kurang digemari. Kalau terlalu panjang, cuba pecahkan kepada beberapa artikel pendek.

5)Penulisan anda perlulah sebaik-baiknya memberi manfaat kepada pembaca kerana setiap pelawat yang datang inginkan sesuatu daripada anda. Sama ada nak hilangkan bosan, nak dapatkan tips, nak dapatkan idea, nak dapatkan barang percuma dsb.

Di atas cuma beberapa tips untuk anda tetapi terdapat banyak lagi tips lain yang anda boleh cari di internet. Selamat menulis. Kejayaan di internet ialah melalui penulisan. Tulis tulis dan terus menulis. Eh.. tulis ke taip?

Ulasan

  1. Walaikummusalam firadila,

    Terima kasih,lepas ni firadila bolehlah keluarkan buku sendiri :)

    semoga firadila juga senyum dan sukses selalu,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KOLONEL SANDERS-PENGASAS KFC

Blog Tutorial:Aneka Gambar Untuk Header Bertukar-Tukar