Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

03 Januari 2009

PANDUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Dapatkan ilmu

Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.

2. Mempraktikkan ilmu

Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupa bentuk mahupun rasanya. Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuas hati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuas hati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi

Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan

Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan

Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan

Sumber:saya dah lupalah :)

p:s-Siapa yg nak lagu Irfan Khairi,boleh e-melkan dekat saya-tarmiziahmad@ymail.com

Post a Comment:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)