Follo Molo (Become My Stalker And Ask Me To Stalk Back....I prefer a Yandere...)

Bored?You can play around with these line of colours for a while.....it is 100times better than PS4...because I dont have one....

17 Disember 2008

Faiza Bawumi Sayed Ahmad-Tauke Beras Faiza


Kalau sudah minat, umur bukan menjadi penghalang untuk berjaya. Inilah yang telah dibuktikan oleh pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad.


Ketika kebanyakan wanita yang seusianya berehat di rumah, Faiza pula sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan beras di negara ini.Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar.



Wanita ini turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat, di sini yang akan dibina tidak lama lagi katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Semangat berniaga bagi wanita yang berasal dari Mesir ini telah tertanam sejak kecil lagi kerana bapanya adalah seorang peniaga kedai makanan.



Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.



Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.



“Sebelum saya menjual beras, saya terpaksa pergi dari rumah ke rumah bertanyakan sama ada pelanggan mahu membeli beras sekiranya saya menjualnya,” katanya.Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam.



Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat sambutan baik.Katanya, daripada hanya dikenali di sekitar negeri Johor, jenama Beras Faiza melebarkan sayapnya ke Melaka dan Kuala Lumpur.

4 ulasan

Salam kembali CT,bidang perniagaan ni memang banyak rintangannya,nak jadi jutawan maka akan ada sejuta halangan bak kata Irfan Khairi. :)

Moga kita akan dapat mencapai matlamat kita,insya-Allah

Reply

kena buat xsingmnt tntang tokoh usahawan... berminat plak nk amik bahan nih sbg xsngmant..huuhhuu

Reply

koji
xde ke biodatanye???
sye pelukan ni... untuk xsigment,puan kena letak biodata baru senang nak dibaca....
hehehee

Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

At the post page,this banner can be spin around ;)