5 CARA KEKALKAN MOTIVASI
1) Sentiasa berdoa.
Ya, cara pertama ialah berdoa kepadaNYAmengenai impian kita dan secara langsung kita akan terus mengulangi matlamat kita. Selepas berdoa kita akan merasakan lebih tenang dan bersemangat kerana kita sedar kejayaan kita ditentukan oleh NYA.Ingatlah Tuhan sangat suka kepada hambanya yang berdoa.
2) Sentiasa membaca matlamat.
Ya, ini salah satu cara untuk berjaya ialah dengan membaca matlamat kita berulang-ulang kali.Perbezaan di antara jutawan dan billionaire ialah kekerapan membaca matlamat. Jutawan membaca matlamat mereka sekali sehari manakala billionaire membaca matlamat mereka 2 kali sehari. Cara untuk anda membaca secara tidak langsung ialah dengan menampal matlamat anda ditempat yang sering anda lihat. Saya percaya sejak di sekolah rendah lagi anda mengetahui teknik ini, namun adakah anda praktikkan? Tepuk dada tanya diri anda!
3) Sentiasa bercakap dengan diri sendiri.
Anda boleh menghadap cermin dan melaung-laungkan kata semangat kepada diri anda sendiri.Anda juga boleh mencabar diri anda sendiri dengan tujuan membina motivasi diri. Namun, jangan sesekali anda mengatakan diri anda dengan ayat-ayat yang negative seperti "Saya ni tidak pandai","Saya ni bodoh", "Memang saya ni dilahirkan tidak kaya" dan sebagainya. Ia melambangkan seolah-olah anda tidak bersyukur dengan nikmatNYA dan minda anda akan terus merealisasikan apa yang anda katakan tersebut secara tidak sedar.Sebaliknya ganti dengan ayat-ayat yang membina motivasi seperti"Ya, saya boleh berjaya dengan perniagaan Internet", "Saya adalah usahawan Internet yang terbaik" dan sebagainya.
4) Membaca kisah kejayaan orang lain.
Ya , ini juga merupakan cara kegemaran saya dimana sering membaca kisah-kisah kejayaan orang lain. Perkara yang sering saya lakukan sebelum membuat kerja ialah membaca kisah-kisah usahawan muda. Selepas membacanya, rasa begitu bersemangat untuk terus berusaha untuk menjadi seperti mereka. Secara tidak sedar, diri ini berasa tercabar dan tahap motivasi anda berada ditahap yang terbaik. Ya,sering berjanji dengan diri anda untuk menjadi salah seorang daripada mereka.
5) Mendengar alunan muzik yang bisa membangkitkan semangat anda.
Ya, semua orang mempunyai lagu-lagu yang boleh membangkitkan motivasi diri. Seperti Dr. Irfan Khairi akan terus bersemangat apabila beliau mendengar lagu-lagu rock. So, tidak salah untuk anda mencuba juga teknik ini.Itu sahaja untuk kali ini.
Semoga perkongsian saya ini dapat mengubah kehidupan anda. Dengan mengekalkan motivasi diri maka lebih mudah untuk anda fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Apabila fokus menjadi rutin anda, kejayaan akan mendampingi anda pada bila-bila masa sahaja.
-Labanon,

Post a Comment:
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.